Thursday, November 21, 2013

Dapur Meletop Kak Jah Kembali Berasap!!

Bila idea dah kontang, tak tahu dah apa yang nak dicarutkan kat blog.. lepas tu buat2 sibuk tunjuk kehandalan memasak pulak.. hahaha dasar dah tak ada cerita sangat2 dah ni.

Abessssss, asek nak bercerita pasal anak laki je pun bosan jugak kennn.. sesekali kita mesti tunjuk kepakaran memasak.. betul ke tidok Cik Joyah???!! ;P yer betul.. at least Kak Jah boleh lah share2 recipe yang tak seberapa ni.. plus boleh juga Kak Jah memorial kan percobaan pertama recipe Kak Jah kat sini.. ngehehehehe

Semalam aku saja lah try masak ikan siakap sweet sour. Ini first attempt aku yer.. nasib lah jadi ke tak menjadi.. janji aku nak try juga.

Cik Joyah semua dah bersiap sedia nak tengok gambar?? Ok mari kita saksikan :))

first sekali mesti ada ini.. ini penting untuk buat sambel belach (sambal belacan) slurrppp

Semalam stock benda ni habis kat rumah, pergi supermarket nasib baik lah jumpa.. itu pun dah tinggal lima pack je.. cepat2 aku grab tiga pack.. yang lagi dua tu aku tinggalkan untuk orang lain lah kenn.. takkan nak bersikap tamak pulak nak borong semua.. gilo apor?! 

karang makan belacan dah macam makan nasi pulak romannya.. hahaha.

Semalam aku post gambar ni kat fb, cousin aku Martika Diyana [LINK] kata aku emosional giler bila jumpa belacan.. hahaha. Well you know me kan KakNa ;P

Ini antara bahan2 untuk buat sambel belach. Sedap nama.. dah macam nama omputeh pulak haih.. cara membuatnya pandai2 lah buat sendiri yer ;P

Untuk masakan ni aku tak letak gambar step by step cara masakan. Alahai benda senang je kot.. takkan nak harap kan gambar step by step dari Kak Jah.. engkorang semua dah besar.. mesti tau punya lah.. amboiii belagaknya kau Jah!! hahaha.

Lagi pun masak memasak ni sangat subjective. Kalau rasa kurang garam.. boh lah garam, kurang gula.. boh gula, kurang masam.. letak lah apa yang ko rasa boleh buat benda tu masam. Yang lain2 tu macam presentation ke deco ke sukati ko lah nak buat macam mana pun. Jangan sampai orang yang makan tu tercirit sudah.. hahaha

Panjang nau mencarut dah ni.. jom kita sambung cerita balik...

Ini lah arwah ikan siakap sebelum dikelar kelar dan digorengkan ;)

 Di antara bahan2 untuk dicampur aduk kan kedalam kuah sweet sour. Jangan pulak kau letak sebijik2 macam ni ye..

potong sikit lebih kurang macam ni baru lah nice to see. Ada sikit bahan dari recipe asli yang aku tak masukkan.. iaitu nanas cube.. malas lah aku nak letak nanas tu.. bagi aku rasa masam pada buah tomato & tomato sos tu pun dah cukup masam2 sedap. 

Ohh lupa, ingat nak gantikan nanas dengan apple.. masa kat supermarket semalam tengok apple tak ada jual yang sebiji2.. arrghhh langsung tak payah letak.. ;D

 Tadaaaa.. ini lah rupa paras ikan sweet sour Kak Jah yang meletop tu.. phewiitttt nampak ekor je.. seluruh badan dah disaluti sos dan segala macam bahan ;P

Hahahahaha menggelabah betul statement kau Jah!!

Nah kasi tunjuk sikit muncung dia ala2 duck face gittue. hehehe

Semalam cakap kat Nizam.. Bie kalau kat kedai ni I rasa mau duatigaplohhengget ni.. ahahahaha. Sebenarnya bajet suruh laki puji masakan sendiri.. LoL!

Eh betul babe, sebenarnya berbaloi kalau kau masak sendiri kat rumah daripada makan kat kedai.. aku beli ikan ni sekor baru tujuh hengget.. bahan2 lain untuk buat sos tu aku rasa tak sampai lima hengget kot. 

Ok tak dinafikan, kalau kau nak senang & mudah memang lah kedai menjadi pilihan, tapi kalau anak kau ramai berderet macam ketapi senandung malam, sekor macam ni memang tak cukup.. ko beli dua ekor ikan besar2 ini, masak je lah sendiri kat rumah.. lagi jimat.

Ikan sweet sour aku ditemani oleh sambel belach + timun ;) aku tumbuk cili tu kasi lumat2 sikit.. karang makan cili yang tak lumat berselirat pulak cili dalam usus perut aku nanti.. not good.

Lepas tu aku ada gorengkan ayam untuk budak2.. gambar ayam goreng tak ada lah kat sini.. ayam goreng je kot takkan tak kenal.. hahaha.

Rasa2 korang, Kak Jah boleh terbitkan buku masakan tak??? pfffftttt ;P

22 comments:

  1. I yg tgh demam nie tgk ikan siakap u memang membuka selera betul.. kalau la dekat nk nak jer mtk u masakkan utk i boleh.kih..kih.kih.. sorry byk hari tak singgah sini.. lps balik kursus pancit terus demam sampai skrg xnak kebah.. ada tips xdak...hehehe

    ReplyDelete
  2. Kiut betul packing belacan tu macam gula2 pun ada, jgn ada yg tersilap udah le buat gula2 perisa belacan.

    ReplyDelete
  3. Kak ngah diva...belacan ke dalam pek kuning tuh? Ncm menarik. .belikan utk kak long... boleh x...boleh x...wink2..terpesona ni. .pliss plis....

    ReplyDelete
  4. Kalau kuah sweet sour tak sah kalau tak tenggelamkan ikan tu kan..so sedap la kak..boleh lah terbitkan buku nanti ye.hehe..waa..sambal belacan pun enak!

    ReplyDelete
  5. siakap ko hado!!! mmg kalau kat kedai tu mau puluh jugak kalau makan 2-3 orang..buat kat rumah nak bahan2 banyak dalam tu pun boleh...kat kedai confirmlah tak boleh nak request kalau takde pulus lebih...

    ReplyDelete
  6. jaranglah weyh jumpa belacan dalam packet kekecik tu....berapa seketul tu Zaza...Kat ne belinya ? Tak pernah jumpa!
    Pergh...ko mmg pandai masak jah...Sedap nampaknya tu...krup kraplah yeh makan timun ngan sambal belacan yg maveles tu... terkecur weyh cik Bedah dah ni!

    ReplyDelete
  7. Betullah Zaza... tak payah tunggu anak berderet tapi kalau sehari jimat 10 ringgit kena sebulan dah boleh bayar bill bulanan. Kakak dah meleleh tengok gambar yg zaza tepek sebenarnya:)

    ReplyDelete
  8. meletopnyaaaa..kecur air liur tgk sambel belach tu..aduhai

    ReplyDelete
  9. kahkah memang klako betul la biler baca tang arwah ikan siakap tu...
    nanti nak buat gak sambal belach tu...mesti sooodap ni...

    ReplyDelete
  10. tegk 2 menu ni pun dah terliur

    ReplyDelete
  11. Tu dia kak jah dah muncul dgn resipi baru. Gelak aku baca jln citer ko ni nok. Arwah ikan tu yer...ahaksss...

    Terliur wei. 1st tgk belacan dlm peket tu. Cute lah pulok.

    ReplyDelete
  12. ish memang meleleh air liur tgk gmbr ni hahaha

    ReplyDelete
  13. boleh la rakan2 blogger singgah makan..

    ReplyDelete
  14. Ikan msk sweet sour mmg sedap. Fiza selalu buat jugak. Betul kata akak tu. Lagi jimat masak sendiri... Nak2 kalau anak ramai. Hehe...

    ReplyDelete
  15. singgah sini.. sedapnya sweet sour tu. terliur tgk :)

    ReplyDelete
  16. Alamak sedapp nyerr.. siakap tu.. memang jadi arwah siakap tu di tempat yang sepatut nyer..
    potong2 pun serba serbi cantik jer.. bila nak buat open house ??? hehehee.. :D

    ReplyDelete
  17. amboi kak jah sekarang..nk jadi master chep ni hehehe..hebak2 ;)

    ReplyDelete
  18. beergggghhhh... tak ku rajin beginieh... kne tunjuk kepakaran semulajadi gak la mcm nieh hahahahaha :P
    *kak, teringat dolu2 men masak2 kan hahahah

    ReplyDelete
  19. Nanti nk carik menda alah tu la....ada jal kat mana kak ngah diva?

    ReplyDelete
  20. waaaaaa..akk ni terror masak jgk kan.. good job.. ;)
    next resepi plisss..hehe

    ReplyDelete