Thursday, November 28, 2013

Kalau Dah Jodoh

Aku macam tertarik pulak nak kaitkan entry aku semalam pasal Dapat Offer Jadi Menantu Pakcik dengan cerita yang menggegarkan Malaysia tahun lepas pasal Budak 12 tahun berkahwin dengan remaja berusia 20 tahun. 

Semalam ada yang bagi komen tentang anak pakcik tu. Ada yang kata  anak pakcik tu baru 23 tahun muda lagi apa nak dirisaukan.. masih jauh perjalanan lagi.. bla bla bla.  Yer aku setuju juga dengan pendapat korang yang berpendapat gitu. Even aku dulu berkahwin pun diusia yang muda.. Umur aku 22 tahun jodoh aku dah sampai. Dapat anak umur 24 tahun. Bagi aku itu semua not a big deal kot.. janji aku memenuhi syarat2 agama. 

Sampai seru, kawin lah dia.. kalau ditakdirkan mereka tak panjang jodoh, bercerai lah dia.. Ini semuakan rahsia Allah.. Dah tertulis sejak azali lagi. Tapikan.. bagi aku lah kalau umur 12 tahun tu macam melampau sangat nak kawin.. hahahaha ;D

Issokay lah.. itu dah jodoh dia. Cerita ni aku C&P je dari blog Phat

***********************************

Pengantin Umur 12 Tahun Bercerai Talak 3



KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.


Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.


SUMBER

20 comments:

  1. sonok kawen tauu, tp nk jaga perkawenan tu yg X sonokk.,ahHKs

    ReplyDelete
  2. Allah is the best planner.... Rahsia Dia setiap kejadian...

    ReplyDelete
  3. dah xde jodoh mereka...tp kesiannya muda2 dah dpt talak 3.....kesian sgt2...

    ReplyDelete
  4. mudah2an menjadi pengajaran utk pasangan tu kan..n teladan remaja2 zaman skrg, kwen muda tu takde salahnya klu pandai mengemudikannya ;)

    ReplyDelete
  5. tak dapat bayang umur mcm tue dah kawin kan.. last2 kena cerai pulak talak 3.. kesian sungguh iah... umur baru 13thn dah jadi janda.. nak salah siapa nie ek?? =D

    ReplyDelete
  6. Jodoh itu rahsia Allah SWT.Kalau Allah tidka menulis jodoh kita bersama dengan si dia,kita tetap tidak akan bersama dengan si dia.Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang dan sebaik baik yang merancang itu adalah Allah SWT.Maha perancang segalanya.Mungkin jodoh mereka masing masing bersama orang lain.Apa yang terjadi jadikan sebagai pengajaran.

    ReplyDelete
  7. bab budak budak ni no komen..

    bab u ni ai nak ckp gedix ye jah...hahahaa..gurau je beb!kawin awal ke lambat ke yg penting tau tanggunjawab selepas kawin bukan kawin kerana suka-suka then terbarai abis semua...

    ReplyDelete
  8. jodoh mereka hanya setakat itu...tp bila fikir pun macam nak marah juga kat bekas lelaki budak ni..

    ReplyDelete
  9. ade bace kisah mereka...kesian...sampai talak 3 sekali bagi...adoiii...mmg xmatang laki tue...

    ReplyDelete
  10. sekolah pun baru nak mula, pelajaran sains bab persenyawaan pun bila dah ting 3 (15 tahun) baru belajar. advance budak ni...

    ReplyDelete
  11. org zaman dulu kalo menikah muda tak pa la sebab dok umah ja kan.. skrg ni dah ada macam2 laman sosial .. hari ni kawen esok3 berkenalan dengan orang lain plak.. nama pon muda lagii darah membara la ... ^_^

    ReplyDelete
  12. Tertanya2 jgk y talak 3 ek..
    Tapi kawen umur 12 tahun..hmm..apala yg bdk besar tu reti..huhu

    ReplyDelete
  13. My marriage last time bertahan 2 tahun je....kawen umur 25, 26 dpt anak...27 hancur berkecai di tgh jalan...kadang2 kita x tau aturan hidup kita kan...

    ReplyDelete
  14. Umi qi baca dah artikel ini semalam...tp yg menghairankan Umi Qi ialah gadis itu sgt2 matured...muka dan badannya langsung x menunjukkan dia darjah enam...sebaliknya suami dia nampak kurang matang wpun umur dah 20 lbih kan...haishhhh apa nak jadi.

    ReplyDelete
  15. Mgkn juga x matang lagi .. apapun setakat itu saja jodoh mereka kan !

    ReplyDelete
  16. betul. mungkin tak matang lagi kalau umur 12 tahun. nak g mana2 pun susah sebab belum ada lesen. nak kerja masih belajar. bila hidup berkeluarga tapi mak ayah masih tanggung jadi rumit juga.

    ReplyDelete
  17. Awal atau cepat berkahwin tak penting sebenarnya. Namun... Kita tak tau rahsia setiap apa yg berlaku. Hanya Allah Maha mengetahui.

    ReplyDelete
  18. Ni yang Okje nak terus nak cari berita budak tu kawen dulu... tak ingat beb muka dia...cerita tapi tak dapat bayangkan muka dia tak syoklah weyh!!
    Masing masing muda tu yang dapat bertahan kot!!!

    ReplyDelete
  19. Anak akak 12 tahun masak air pon tak berapa nak reti...ehehehee...

    ReplyDelete