Friday, November 1, 2013

Khatam Al-Quran

Alhamdulillah.. syukur aku ke hadrat Illahi.. kegumbiraan ni buat aku tak terkata sangat.. Walaupun setakat ni aku belum boleh berpuas hati sangat sebab jauh lagi perjalanan yang perlu dia tempuh untuk masa depan dia.. setakat ni, cuma kegumbiraan saja yang boleh aku kongsi bersama.

Aku terharu sangat kemarin bila Khairine balik dari mengaji dan kata yang dia dah Khatam Al-Quran.. Bila aku dengar je dia cakap macam tu aku terus jadi sebak. Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat. Selama ni aku cuba memberikan yang terbaik untuk dia dari segi pelajaran sekolah dan keagamaan (terus nak menitis air mata aku bila menaip ni). 

Aku pernah cakap kat dia.. kalau boleh Mummy nak Khairine Khatam Al-Quran sebelum naik darjah empat.. dan sebelum cuti sekolah ni.. Ternyata dia dapat buktikan pada aku =)

Tarikh 30 Oktober 2013.. adalah tarikh Khairine Khatam Al-Quran buat pertama kali dalam hidup dia.

Bakal Ustazah satu hari nanti =)

Sepanjang kehidupan dia InshaAllah aku akan berikan yang terbaik untuk dia. Walaupun sering merungut sebab penat pergi sekolah untuk dua sesi.. pagi ke sekolah kebangsaan, tengahari kadang2 tak sempat nak makan dah terkocoh2 nak ke sekolah agama pulak. Balik sekolah agama pergi mengaji pulak.. nasib baik rumah ustazah mengaji tu depan rumah je.

Memang kesian, lepas mengaji buat homework.. kalau tak ada homework buat revision pulak.. tapi apa kan daya.. itu yang sepatutnya aku lakukan untuk melihat kejayaan dia.

Dan Alhamdulillah dengan berkat kegigihan Khairine, dia memperoleh Kejayaan dalam Anugerah Pelajaran Cemerlang diusia Khairine 7 tahun (2011) di Sekolah Agama.  Antara mata pelajaran cemerlang yang Khairine dapat ialah mata pelajaran Fekah dengan peratusan sebanyak 93.45%. 

Dengan bangganya aku datang kesekolah Agama Khairine untuk meraikan Majlis Penyampaian Hadiah bersama2 dia =) sebagai ganjaran kecemerlangannya, aku hadiahkan dia patung Baby Alive =)



Masa ni tahun 2011. Dulu baru2 dapat memang tak lepas kat tangan Baby Alive tu.. sekarang bila aku tanya mana Baby Alive tu.. dia kata ada atas almari.. ewahh ewahh dah boring ko campak je atas lemari yer... ggrrrr

InshaAllah aku akan jadi ibu yang terbaik untuk anak2 aku. Aku tak akan sia2 kan hidup dan peluang diorang demi untuk masa depan diorang akan datang. Aku sentiasa berdoa agar anak2 aku sentiasa dilindungi olehNya.

Aku rindu zaman2 masa dia kecik2 dulu.. selalu tengok gambar dia dalam album fb aku.. antara gambar favourite aku...

Khairine masa umur setahun lebih kot baru pandai berjalan.. tengah hisap jari tu :)

Ni umur dia 3 tahun lebih.. tengah bijak bercakap rasa nak cubit2 je mulut dia hehe

Umur empat tahun lebih.. sebelum masuk sekolah tadika..

ini umur 5 tahun ke 6tahun dah tak ingat..

Zaman anak aku beranak dulu mana ada lagi social network bagai macam facebook lah, blog lah, IG lah, twitter lah dan seangkatan dengannya..

So tak ada lah macam korang punya life.. letak dalam blog macam2 cerita ada.. dari zaman korang baru kawin, time mengandung sampai 9 bulan, sampai lah saat2 nak masuk dalam labour room pun ada jugak cerita.. tup2 keluar cerita anak ko dah umur setahun.. buat plak besday sambut dengan penuh meriah.. 

Means zaman aku tak dapat nak up cerita dan moment beranak kat blog macam korang. Maka aku selit2 kan je lah gambar anak aku masa kecik2 dulu.. itu mana yang ada je lah. hehe. Takkan aku nak buat throwback dalam blog ni plak kannn.. sah2 lah cerita2 dah kepam ;P

Ok lah hope korang sama2 dapat mendoakan kejayaan untuk anak2 aku juga yer.. 

terima kasih =)

43 comments:

  1. Betul za..zaman rin dulu pun xd medium nk up citer psl ank2 rin yg dh besar ni..smpt tang kak cik yaya n aish je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Rine... zaman skrg kan makin canggih.. rasa mcm dah tua sgt dah kita ni hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah tahniah khairine.semoga sntiasa berjaya dihari mndatang..salam jumaat zaza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Adrianna.. eh nama nak dekat2 nama Khairine plak.. full name dia Khairine Adrina hehe

      Delete
  3. alahaii...anak dara nie...comel la masa kecik2..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...seronok nyer anak dara dah besar :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Tahniah Khairine. Comel nya tgk gambar2 anak dara nih.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Khairine...akhirnya capai impian mama zaza nk tgk anak khatam Al-Quran...sonok ye...tidak terkira!....Bijak betul anak2 mama zaza nih...hebat!...moga Qi ikut kakak khairine esok besar....

    p/s sedih baca bila mama zaza sebak tgk anak dah khatam....ju pun leh rasa mcm mama zaza rasa...ya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. ini semua anugerah Allah buat Khairine. Sebagai ibu, Zaza rasa bangga & terharu sgt.. hope baby QI boleh ikut jejak Kakak Khairine ok.. atau lebih dari itu ;)
      tu lah rasa terharu Tuhan je yg tahu.. kalau pelajaran pn kita bangga apatah lg Al-Quran ;)

      Delete
  7. Tahniah zaza...comel betul khairine..^^

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... kakak tumpang bangga Zaza. Moga anak-anak cemerlang bukan utk dunia aje tapi akhirat tak dipinggirkan.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...tahniah untuk khairine...bangga bila tengok anak2 kecik dah khatam quran

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..seronok kan kak tengok kejayaan anak-anak..sebak je rase dah besar anak-anak..quran pun dah khatam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.. terharu, sebak, gembira, sedih semua ada..

      Delete
  11. Alhamdulillah .. Khairine dh khatam yer... kak zaza memang ibu yang terbaik lahhh.. ^_^ seriusly ... comel sgguh khairine masa kecik yer... tapi muka dia time 4 tahun sampai lah sekarang ni tak banyak beza sangat kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah Lieya.. akak cuma buat apa yg termampu & yang terbaik je utk anak2.. semua ni ketentuan Allah yg mengizinkan :)
      haha skrg dah kurus comot dah sbb dah sekolah..masa kecik2 ok lagi dok rumah je tak pandai explore dunia luar lg hehe

      Delete
  12. alhamdulillah za,,,sejuk perut ibu mengandung..harap dia akan terus mengaji walaupun dah khatam...suka tengok dia masa baby..comel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... ini semua atas keizinan Allah kita hanya mampu berusaha :)
      masa kecik2 org ingat dia anak cina.. dah besar comot hehe

      Delete
  13. TeTibe rasa nak menitis air mata baca ni...memang kita mak2 ni memang nak lakukan yg terbaik untuk2 anak kita...moga usaha kita mendatangkan kebaikan untuk anak2 kita dan jadi insan yang berguna...insyaaalah...tahniah khairine...bangga auntie tau...

    ReplyDelete
  14. smoga jadi anak solehah syg. aunty doakan kejayaan kamu,. cakap kt mommy, bile nk jumpa aunty. asek dok gosip2 dlm blog je. dlm no hp whatsapp pun jadila

    jgn lupa ye, pesan kt mommy ye..

    daaaa~ *kesat air mata*

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah... dah khatam Al-Quran dalam usia muda.. Congrates jugak Zaza :)

    ReplyDelete
  16. Amin..Alhamdulillah..acik proud of you too Khairine...semoga doa mama nk Khairine jd ustazah akan termakbul...:)

    ReplyDelete
  17. Tahniah! Buat Khairine. Semoga terus beroleh kejayaan :)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.. i fhm kenapa u sebak.. i pun terharu baca entri nie..Tahniah zaza u dh berjaya dlm mendidik khairine...I doakan semoga khairine akan terus success dan membanggakan ibubapa yer..keep it up dear.. =D

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah..tahniah khairine..ilmu agam tu sangat penting untuk mencorak hidup yang mendatang..moga menjadi anak yang solehah. :)

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah...Jgn jadikan ianya yg terakhir pula ye.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.. Semoga dapat katam alquran lagi.. Jadikan amalan.. InsyaALLAH akan dapat banyak manfaat-)

    ReplyDelete
  22. tahniah khairine kecik2 dah khatam al-quran.

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah :-)

    Budak-budak kecik zaman sekarang ni cerdik-cerdik belaka. Cepat je khatam al-Quran. Zaman saya dulu, susah nak jumpa budak yang dapat khatam al-Quran masa darjah 4.

    ReplyDelete
  24. Tahniah Khairine....tahniah cik Jah kerana berjaya mendidik Kairine drngan jayanya...Ingat nK suh TLBD mengaji le kat rumah cuti sekolah ni......asyik berehat memanjang je budak tu...
    Betullah Zaza zaman anak kita kecik, okje buta internet kot.....manalah tau nak buat blog. .huhu

    ReplyDelete
  25. wahhh.. tahniah... semoga menjadi anak yg baik & berjaya dunia akhirat.. amin

    ReplyDelete