Tuesday, December 24, 2013

Spectacles At A Young Age & Frozen

Amboihhhh kemain nak omputih sangat tajuk kau tu Jah.. hahaha. Sesekali apa salahnya kannn.. 

Sebenarnya benda ni happened dah lama. Khairine selalu mengadu kat aku yang dia selalu sakit mata + gatal2 mata. Dia selalu gosok2 mata dia sampai meroh. One day aku bawa dia pergi klinik.. check mata. Doktor kata ini cuma alahan je.. mungkin sebab selalu terdedah pada habuk.. ehhh doktor ni nak kata anak aku selalu main dengan habuk ke apa?? hahaha. Tapi aku percaya dust and germs ada dimana2.. tak terkecuali boleh terkena pada kita yang orang tua ni. Kalau terkena dekat budak2 haruslah effect dia lagi menonjol.. budak2 lah katakannn.


Opsss sorry muka Khairine baru bangun tido dengan baju tido sekali aku snap.. hahaha.

Dengan bekalan ubat dari doktor, dalam masa dua minggu aku selalu juga tanya Khairine samada berkesan ke tidak ubat yang doktor bagi tu.. dia kata OK.. so aku lega sikit lah. Assumption doktor kata  dust and germs tu betul lah kot.

After a few weeks Khairine mengadu kat aku lagi.. dia kata mata dia sakit balik. Duhhhh pekena dengan anak aku ni.. haritu kata dah ok.. now jadi balik. 

Ohh lupa, at the same time Khairine kerap sakit kepala. Aku ni biasalah sikap cuak tak habis2. Tak nak lah bad things happen.. dan tak nak lah aku pikir yang bukan2.. Bab2 sakit kepala ni memang aku takut sket. Sebab member aku sorang tu memang kerap sakit kepala, end up bila check kat sepital.. ada tumor. 

Dah!! stop lah cerita benda2 tak elok macam tu. Aku tak nak buat assumption yang terlalu jauh sampai macam tu sekali. Apa yang penting aku nak anak2 aku sihat walafiat dan hidup gembira.. InshaAllah =)

Back to the story.. haritu EmakNenek buat spect kat Focus Point. Bila dah siap EmakNenek ajak aku teman dia pergi collect spect dia kat Focus Point. Dan2 je EmakNenek kata.. check sekali mata Khairine tu selalu na gatal2 & sakit kepala.. kot2 lah kena pakai spect ke.. 

Gluppp!!! aku ni dah lah tak suka budak yang kecil2 lagi dah kena pakai spect.. last2 kena kat anak sendiri pulak.. huhu. Bukan tak suka apa, cuma bagi aku budak2 kan fresh lagi, deria melihat diorang ni pun masih elok.. kenapa mesti nak kena pakai spect. Sebagai parents, aku tak boleh mengelak dari kenyataan ni.. huhu


Check kat alat ni tak tepat sangat.. 

Masuk sini untuk check dengan lebih tepat lagi.


She's ready now



Pffffftttt gelap!! harus lah gelap.. mana boleh check mata time2 cerah. 
Aku ni kan sakai gambar, dalam gelap pun aku snap juga gambar anak aku tengah check mata dalam gelap ni.. muahahahaha. Pedulik ;P


Mulut kaber sket Khairine.. hahahaha. Dah check dalam bilik gelap tu, dia ajak keluar pulak check dalam keadaan terang.


nak jugakkkkkkk ambil gambar dalam cermin ;P


Everything kawtim.. esoknya spect boleh siap. Power untuk spect Khairine ni tak lah tinggi mana pun.. orang tu kata mata dia more to silau je. 


Harga RM200 juga lah buat spect untuk dia. Tak apa.. untuk kebaikan anak aku sanggup je.


Tadaaaa... dah macam mokcik2 pulak budak ni kecik lagi dah kena pakai spect.. hahaha. Nampak Danish kat belakang tu?? notti kan??!! ;P


*****************************************************

Boleh tak aku sentil satu lagi cerita kat sini?? Tak boleh pun aku bolehkan juga.. malas aku nak bukak entry baru untuk cerita ni ;P

Haritu aku pergi tengok wayang dengan Khairine cerita Frozen.. sibuk na nak tengok cerita Frozen.. haritu kitorang pergi berdua je. Kalau bawa Danish tentu2 lah dia tak minat cerita pompuan macam Frozen tu.


Excited!


Dah nak start..


Gambar ni bukan cubaan nak buat cetak rompak yer.. saja je snap dari dalam cinema.. boleh gittue???? ;P

Habis je tengok wayang minah tu sibuk ajak karaoke pulak.. ek ehhh budak ni kemain lagi ajak mak kau berkaraoke pulak!! hahaha kau rasa????? 


Siap bervideo sekali Bedah!! lepastu main pass2 hp lagi dengan Khairine hahaha.. tapi gelap sket ar.

Jangan gelak kan tau!! video dibuat hanya untuk syok sendiri ajosss... hahahahaha

48 comments:

  1. Fiza haritu mula2 memang pening je. Then mata start merah2. Sekali buat cermin mata. Hilang dah pening dan mata merah2.

    Oh frozen. Fiza tak tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu lah kan Fiza.. kadang kita ni tak boleh pandang remeh wpun sakit kepala sikit2.. kena pegi check cepat2.
      Nanti pegi tgk tau Frozen.. best cerita dia..

      Delete
  2. Kalau silau sakit gak mata kann. Mcm suami nina. Drive time panas2. Mudah silau dia. Lagi satu org ckp silau lg bahaya dr rabun ni. Xtaw la ye idok. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm lebih kurang sama je kot Nina.. silau + rabun tetap kena pakai spek.. hehhee

      Delete
  3. Khairanie dah kena pakai cermin mata.siannya..amboii bukan main sedap suara korang nyanyi yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah Ema.. huhu
      haha suara mcm katak bawah tempurung je :D

      Delete
  4. Okey 1st entry~ ala keciannya kat khairine patut la mata selalu sakit rupanya nak kena pakai spec.. tapi xpe pe la untuk kebaikan mata dia jugak kan..

    2nd entry ~ Amboiii kemain dua beranak nie yer berkarok.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Farah.. I redo je janji utk kebaikan dia ;)
      hahaha berkarok berdua2an pun bolehhhh ;P

      Delete
  5. best je kan bila ank dah besar bleh jdi kawan ;)

    ReplyDelete
  6. alo comelnye khairine dgn specky.. :)

    ReplyDelete
  7. Biasa kalau selalu sakit kepala memang salah satu tanda mata rabun. Kakak dah tahu sangat sebab kakak dulu pun macam itu dan tiga-tiga anak kakak pun sama. Kalau boleh memang tak suka tapi kalau dah terpaksa kena pakai juga. Anak dara kakak tak suka sampai pakai lens tapi kakak selalu tak bagi - bahayanya banyak

    Tengok wayang berdua aje ke sebab cerita sesuai utk budak perempuan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kakzakie.. rupanya selalu sakit kepala ni petanda rabun jg yer selain faktor lain yang menyebabkan sakit kepala.. dulu saya suka jg pakai lens esp. yang kaler2 tu.. lepas ada infection terus tak pakai lagi sampai skrg.. risiko besar pakai lens ni kalau tak betul dengan caranya.

      a'ah kan.. cerita utk budak2 ppuan.. hehe

      Delete
  8. 1st part:
    Khairine pakai cermin mata ye....RM200 ok lah murah tuh lg...silau ye...harap ia tak berpanjangan...btol tuh mama KhaNish...utk anak2 apa sahaja kita akan bg utk kesihatan diorang kan....good job mama...dlm gelap pun ambil gambar ye...hehhehe bukti tuh bukti kan

    2nd part: Waaaaaaaaa layan movie frozennn...beshhh lah dating ngan anak2...Umi Qi tingin nak buat cm zaza....hahahhahah lambattt lagi nih...best plak rasa nk beli ar cd tgk kt umah ngan Qi ngeee

    3rd part: Hahahahahha napa karouke x ajak umi Qi...umi pun suka karok tau...sedap la Khairine dan mama nyanyiiii...merdu plak mama nyanyi ewahhhhhhhhh hehhehe....Qi kali dgr lagu nih kt hp walid tau apa dia buat mama zaza?

    Di gelek...gelekkkkkkkkkk ewahhhh ko nak...Qi gelekkkkk ku yg dulu bukanlah yg sekarang hahhaah...happy always!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh aduh aduhhhhh panjangnya komen Umi QI.. dah boleh buat entry penuh ni hehehe. Thanks for the comments Umi QI hehehe

      Delete
  9. teringin nak bawak anak2 gi tgok movie..
    tp entah bila entah..hhahaha

    ala..khairine kenapa awal sangat kamu pakai spec mata nak??
    sayangla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anytime pun boleh kan Rine.. lagi2 bila adanya cerita2 mcm frozen ni.. sure dorang suka..
      Tu lah..I pun mcm tak setuju dia pakai spek.. tapi apakan daya.. huhu

      Delete
  10. zaza, bukan kena dapatkan surat dari pakar mata ke untuk budak-budak bawah umur ni? anak mama dulu dorang tak mahu buat spec selagi tiada surat dari pakar.... terpaksa buat 2 kali kerja, ke pakar pastu baru buat spec, koyak gak lah.. sebab power tinggi, dengan silau tinggi.. 450 semua... jenis tahan lasak..

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. comel tu ada lah sikit kot.. tapi rasanya macam terlalu awal utk umur macam Khairine kena pakai spect huhu

      Delete
  12. Siannya khairine. Tapi comel apa pakai spek.

    Mommy & daughter day out lah ni yer. Siap karok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah terlalu awal utk umur dia pakai spek..
      a'ah mommy&dotter's day out :)

      Delete
  13. comel spek mata Khairine.. Sesuai dengan muka.. Dia macam excited ja dapat pakai spek mata tu kak .. hikhikhik :)

    ReplyDelete
  14. laaaaaaaaaaaaaa dah berspek ke anak dare nieh...ish ko kene bagi mkn karot byk2 nieh...tak mo la rabun...x syok la apakai spek...aku ni dari darjah 6 rabun n berspek ko tau....aduh rimas beb!!! tapi skrang gelitis jek sbb boleh paka lens kaler2 kakakaakakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nanti aku nak tanam corrot buat kebun kasi Khairine makan hari2 corrot bg bijik mata dia cerah.. ko pun awal jg yer Lieya.. skrg ni senang, tak nk pakai spek bleh pakai lens kaler2 mcm omputeh hehe

      Delete
  15. Sakai gambar! Bahahahahaha..
    Tapi u mmg obses ambik gambar la Zaza...
    Dalam bilik periksa mata ambik gambar....dalam wayang pun ambik gambar!!! Wakakakaka

    ReplyDelete
  16. Anak yg sulung selalu sakit kepala dan bagitau mata dia macam tak nampak sgt. Akak bawak pergi jumpa pakar mata rupanya kat tengah mata hitam dia ada macam parut so tak ada ubat katanya tunggu parut baik sendiri. Tak boleh guna cermin mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh macam tu pulak kesnya.. tapi apa yang melibatkan mata ni mmg bahaya kan sis

      Delete
  17. Oi dlm gelap amik gambau..alaaa khairine dh pakai spec....tp bukan pakai selalu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dalam gelap pun bolehhhh.. a'ah tak selalu.. time belajar & tengok tv je kena pakai

      Delete
  18. Makin cute specky la..hee..
    Alaaaa tak dpt view video tuuu...lugi lugi.. :-)

    ReplyDelete
  19. Hai zaza.. i think nak kena banyak makan carrot nih kot... jus carot, pie carot etc 4 ur darling... harap it will repair sooner.. kesian.. betul kata u, she's 2 young 2 wear specs...

    thanks for sharing this.. i don;t have a daughter but for me mummy+son jer day out... jeles I !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. I ingat lepas ni nak bukak kebun carrot kat laman rumah.. hehehhe.. InshaAllah nnt I cuba utk bagi Khairine makan carrot as per ur advice.. thx yer Artie.
      ohhh dotter or son sama je.. u still can go out with him for movie rite.. ;)

      Delete
  20. adik sy da beli da semua barang nak ke sekolah nanti :)

    ReplyDelete
  21. kecik2 dah pakai spek.. byk membaca la ni..

    ReplyDelete
  22. Takpelah demi anak2 kita sebagai ibubapa sanggup aje.. janji dorang sihat Alhamdulillah..
    Kalau anak ai.. dak Adik.. nak mengikut je pastu cepat bosan.. tu pasal malas nak bawak dia jalan2 cuci mata.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu babe.. InshaAllah rezeki anak2 tu ada :)
      hehehe tunggu lah dah besar sok.. sila2 dia yang ngajak mummy keluar hehehe

      Delete
  23. kecik² dah pakai spek dah..jaga² mata tu ye

    ReplyDelete
  24. Tlbd pun rajin gatal mata ..... dia ni pun rajin bersin pagi pagi...
    Tapi yg bestnya okje pun pernah gatal mata masih kecik ...ingat sampai sekarang

    ReplyDelete