Monday, March 10, 2014

Simpati

Seperti sedia maklum, misteri kehilangan MH370 dah lebih 48 jam.

Ini lah tragedi kedua bagi aku yang sangat2 menyentuh hati aku selepas kejadian Tsunami dulu. Tiba2 hati aku jadi tersentuh giler2 bila aku tengok news kat tv and social network. Rasa nak nangis bila dengar berita ni. Ini baru berita yang kita terima, kesahihan & apa yang sebenarnya berlaku kita belum tahu lagi. Aku jugak dapat merasai perasaan ahli2 keluarga yang terlibat.. betapa sedih & pilunya diorang bila kejadian misteri ni terjadi. Bagi aku ini bukan calang2 misteri yang terjadi.. ini melibatkan seluruh dunia.. lagi2 yang hilang tu adalah sebuah kapalterbang yang melibatkan rakyat Malaysia jugak. Kalau layang2 diawangan hilang tu lain lah.. tak siapa pun yang nak pedulik aku rasa. 

Aku nampak ramai benau buat liputan secara rasmi dan ada jugak yang tak rasmi tentang MH370 sejak dari Sabtu lepas hari kehilangan pesawat tu. Secara tak langsung jugak semua meluahkan rasa simpati pada apa yang terjadi. Aku jugak nak meluahkan rasa simpati pada mereka2 yang terlibat. Yang penting bukan nak memandai2 buat spekulasi yer.. ini sekadar luahan perasaan aku je menunjukkan rasa simpati.


Malam tadi aku sempat tengok PC oleh Dato' Azharuddin Abdul Rahman, Director General of DCA.. kemain touching aku bila dengar berderu2 fakta yang dikeluarkan.. disambung pulak dengan deruan soalan dari Wartawan which is not only from Malaysia malah dari seluruh dunia.

Ehh dah lah.. tak payah lah aku cerita panjang kat sini.. almost satu dunia dah kecoh hal ni. Even masa kejadian ni berlaku, Nizam berada kat Jakarta pun cepat je dia dapat tau berita ni.

To all Malaysian, jangan berhenti berharap & berdoa.. jangan buat spekulasi yang tak betul.. berdoalah dengan sepenuh hati kita supaya apa yang berlaku dapat dipermudahkan. Doakan juga keselamatan penumpang & FA yang terlibat. Semoga mereka selamat walau dalam apa keadaan sekali pun. Yang penting think +ve.

Pesanan PM, "Rakyat diseru hentikan keluar kenyataan berbaur perkauman" walaupun aku benci cina2 kat opis tu (ada kena mengena tak?) ;P 

Tak sabar nak tau latest news pukul 12noon nanti dari Datuk Azharuddin Abdul Rahman live dari KLIA. Terima kasih jugak kepada negara2 yang terlibat yang simpati untuk sama2 membantu misi pencarian MH370 (ko nampak aku dah macam wartawan BERNAMA pulak kannn?? ko rasa?? hahahaha). Dalam keadaan macam ni pun kau boleh nak bergelak2 yer Jah!! dasarrrrr phuii! ;P

Pssttt.. sepanjang pagi ni aku dengar radio semua pasal MH370, dah lah cerita ni sedih yang buat aku touching.. diorang boleh pulak pasang lagu2 sedih kat radio.. hawau betul.. lagi lah buat aku menitik air mata.. terus aku tutup radio tak mo dengar dah.

Sebenarnnya aku berdebar jugak menunggu berita terkini kot2 lah kalau diorang dapat good sign kata dah jumpa pesawat yang hilang tu. 

#PrayForMH370

24 comments:

  1. aku kesian kat bos aku tuh...dpt kecaman dr rakyat, disebabkan bg jawapan kat media mcm hiding something..korang x dok kt tpt dia, xtau perasaan dia cane..salah jwb, kena bdepan dgn PM...naya jaaa...so, pelissss la, jgn dok ckp DCA x wat keje la, salah pilot laa, govn sorok maklumat laa...suma kena maklum, SOP DCA adalah selagai x jumpa bangkai pesawat, selagi tu xleh declare pesawat tu terhempas...kesian laa kat bos aku tuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Relax babe.. ko jgn emo sangat.. dalam entry aku ni pn aku tak ada kecam mana2 pihak..
      luahan ko ni nampak mcm ko nak kata aku buat spekulasi buruk pulak kat boss kau tu..

      Lagi pun boss kau tu tau macam mana nak handle kes ni.. kalau dia tak reti nak handle tak kan lah dia boleh jg Director General of DCA.. kita yang org bawahan ni mmg turut simpati.. but what can we do.. dah itu tanggungjawab dia kot.

      Delete
  2. Hanya mampu berdoa dan terus mengharap keajaiban....semoga pesawat ini ditemui dan semuanya selamat.

    ReplyDelete
  3. Memang sedih lah. Dgr plak HOT pagi tadi. Pastu dorang bley plak pasang lagu touching2. Memang merembes lah airmata. Sama2 lah kita berdoa smoga usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan olehNYA. Smoga ada keajaiban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. ke kebetulan je lagu2 sedih keluar kat radio lepas tu kita plak touching kan noqs.. hahaha..
      InshaAllah.. kita sama2 jgn berhenti berdoa..

      Delete
  4. Betul Zaza... siapa pun simpati atas apa yg terjadi.
    kemampuan kita hanya berdoa dan terus berdoa...

    ReplyDelete
  5. jom kita sama2 berdoa untuk mereka pulang dengan selamat...yg pakar2 penerbangan yang x bertauliah tu...hentikan semua spekulasi...elok berdoa dari menabur fitnah....

    ReplyDelete
  6. Sama2 kita doa semoga dimudahkan pesawatMh370 dijumpai..memang sedih sangat zaza..tak terbayang kesedihan keluarga msngsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn Lizz..
      kita sbg rakyat Msia jgn putus berdoa utk diorang..

      Delete
  7. Memang menyedihkan...kita yg x ada kaum keluarga dalam tu pun sedih...ini kan plak kaum kelurga yg ada dalam tu...x dpt nk bayangkan perasaan tu macam mana....tapi ada plak manusia2 vongok yg buat kelakar2 vodoh...permainkan perasaan org...menyamar pun ada...dh x ada akal agaknya...mmg geram dengan manusia mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. We can feel their situation kan Noe..
      hope org2 yang mulut longkang & keybaord worrier diberi hidayah & petunjuk

      Delete
  8. Sakit hati bila baca komen2 bodoh kat fesbuk trutamanya..suka2 hati nak salahkan pilot lah bawk kpal terbang tak betul lah, igt pilot tu suka2 nak jadik camni, melibatkan nyawa orang, nyawa dia skali tau... #prayforMH370

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua dah ditakdirkan kannn..
      tak sepatutnya diorang buat spekulasi yg entah apa2...
      yang penting kita jgn berhenti berdoa yer Cik Viva =)
      #PrayForMH370

      Delete
  9. Berdoa...berdoa dan terus berdoa...

    ReplyDelete
  10. Betul tu zaza.....makpun sedih weyh....moga cepatlah terungkai segala kekusutan, moga Allah tunjukkan jalannya.... insha allah

    ReplyDelete
  11. Mommy zaza....hugssssssss u babe!
    Umi Qi ingat nak up entry pasal PrayforMH370...tp sebakkk sgt2...so x tau nak cakap apa...bila baca mommy zaza ckp rasa lg bertambah2 sebak dan menangis...wpun kita xd kene mengena dlm hal ni...tp kita semua sebagai rakyat malaysia bersaudara...ya Allah doa kt atas tu buat Umi Qi nak amalkan nanti dlm solat...harap sgt Allah bg petunjuk...dugaan Allah ni utk kita semua.

    ReplyDelete
  12. Moga ada keajaibannya...sama-samalah kita berdoa untuk penumpang dan kru MH370 selamat kembali.

    ReplyDelete
  13. Semoga semuanya selamat inshallah :)

    ReplyDelete
  14. bila on radio lagu mendayu-dayu yang dipasang.. dugaan gak time memandu.. mengantuk seh.. tapi nak wat camane.. bukan itu yang kita minta..
    apa-apapun moga usaha dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  15. Teruskan berdoa moga ada yang berita baik nanti. Moga urusan mencari dipermudahkan oleh Allah.aminn

    ReplyDelete
  16. Masih menaruh harapan agar mereka semua dpt ditemui dalam keadaan selamat.. #PrayForMH370. . :(

    ReplyDelete