Friday, April 11, 2014

Tugu Monumen Nasional Jakarta [Day 1]

Makan masa seminggu baru nak keluar cerita cuti2 aku ke Jakarta Bandung.. Nangis lah korang baca entry aku panjang berkilometer ni yer.. hehe. Bawak bersabar Senah.. banyak sangat gambar nak kena resize & nak di'watermark'kan.. baru je semalam aku buat satu amukan jembalang kat blog ni sebab orang curi gambar.. so lepas2 ni memang aku akan make sure semua gambar2 aku tak dicurik lagi. Bukan selama ni aku tak watermark gambar2 aku kat blog.. maksud aku gambar yang kat fb.. sekarang kat account fb & IG aku semua aku nak letak watermark.

Sekarang, mari baca cerita aku ni.. cewahhh macam gud gudder gudders je Kak Jah nak bercerita.. hahaha. Tak best pun tak apa lah yer.. janji semua memory2 akan aku campakkan dalam blog aku ni. Korang suka kaluuuu baca.. tak suka kaluuuu sila tutup ajos =)

Kitorang bertolak haritu Khamis pagi. Sesuboh Adam&Hawa dah terpacak kat LCCT. Rasanya sampai LCCT haritu dalam pukul 5pagi kot.. lupa plak Kak Jah timing sampai sana haritu. Maklumlah dah tua ganyut.. hehehe. Flight pukul 7pagi. On that time kitorang park kereta kat LCCT. Tapi bukan yang berbayar sehari namblashengget tu.. ni kat dalam tempat Pos Malaysia. Nizam pinjam pass kawan dia kerja Pos Malaysia.. so dapat parking free. Selalunya kitorang naik bas je dari KL Sentral ke LCCT. Reason why park kereta kat sana.. sebab Nenek pun ikut sekali. Sian plak orang tua tu nanti kena naik turun bas pagi2 buta.

Kalau korang nak tau, ada kejadian kelam kabut terjadi.. hahahhaa masa kat boarding gate macam biasa ar semua orang menunggu.. penuh tempat menunggu dengan manusia2 yang nak ke Jakarta pagi tu. Dalam pada tengah menunggu lebih kurang pukul 6.45pagi aku perasan ramai yang bla dari situ.. so assumed diorang naik flight ke destinasi lain kot. End up Nizam terdengar final call.. perrgghhh apa lagi.. bersepah kitorang lari ke airplane.. hahaha.. dah lah airplane parking jauh.. jenuh nak sampai ke sana.. nasib baik sempat.. kalau tidak kitorang dah tertinggal katerbang dah time tu. Mana taknya.. masa menunggu haritu masing2 sibuk dengan gadget masing2.. tu yang tak dengar bila diorang announce flight ke Jakarta dah menunggu. Phewwww 

Alhamdulillah.. selamat sampei ke Jakarta. 

Dalam hati haritu dag dig dug jugak.. takut giler siot.. dah lah kes MH370 pun masih blom ada penyudahnya.. dalam hati gamble je lah.. apa nak jadi pun jadi lah.. muahahahaha.. giler cuak nyah!!!


Kedatangan kami disambut oleh Pak Budi tersayanggg.. auuww sayang sangattt hahahhaha. Kitorang dah anggap Pak Budi ni dah macam sedara antara dua benua tau.. everytime ke sana for sure kitorang hired dia as our supir. Gigih sampai Jakarta pagi tu pukul 6pagi waktu sana.. padahal waktu itu kitorang baru nak naik flight. Even though masa Nizam pergi Yogyakarta haritu pun dia gigih drive sengsorang dari Bandung ke Yogyakarta tau.. 10jam perjalanan dari Bandung ke Yogyakarta. Hebat bukan???!! Yer lah demi untuk memuaskan hati tamu, sanggup je lah kann.. lagi pun dia cari makan kot.

Dari  Soekarno Hatta International Airport, Destinasi pertama, Pak Budi langsung bawa kami ke Monumen Nasional atau lebih dikenali sebagai Monas terletak di Jakarta Pusat. Masa kali pertama aku ke Jakarta dua tahun lepas aku tak sempat berjalan2 sangat kat Jakarta.. sebab masa banyak habis di Bandung je time tu. Tu pun sebab nak lepak satu malam kat rumah kawan aku di Thamrin City Jakarta.. tu yang tak sempat jalan2 area Jakarta. Ok tak apa..itu dah lepas. Janji kali ni Nizam dapat bawak anak2, aku & Nenek sekali jalan2 ke Jakarta & Bandung. Janji diorang happy =)




Cantik kan view belakang tu.. Jakarta banyak bangunan. As u know, Jakarta adalah Kota yang agak macet (jammed) dan Kota yang agak urban jugak lah dari segi shopping mall diorang berbanding Bandung. Actually Bandung more to shopping2 kat FO selain tu ada jugak tempat2 yang menarik untuk kita pergi. Wahh Kak Jah macam ambassador Negara Indonesia pulek nih.. hahaha.

 Untuk ke Monumen Nasional, kita dikehendaki menaiki tram yer.. ewahhh makin skema bahasa2 Kak Jah nampaknya.. hehe.

Naik Tram ni ilek je.. driver tram ni siap baca sotkabar sambil drive tram.. hahaha. Lawak giler.. Jangan dia buat perangai macam tu kat highway sudah.. hahaha.


Symbolic. Tugu Monumen Nasional

Turun je tram nampak si Mikki Kimos (Minnie Mouse) ni. Terus budak2 teruja nak ambik gambar. Yang si bapak budak pun sama.. siap gendong handbag Nenek lagi.. hahaha. Time ni aku temankan Nenek ke toilet. So gambar aku ada satu je dengan binatang ni.. sobs =(

Alololo tomei2 nya anak2 emak ni... sekali pandang dah macam kat Hong Kong Disneyland pulak kannn.. InshaAllah.. Hong Kong Disneyland dalam wishlist untuk tahun depan.. kalau tak tahun depan pun tahun lagi depan ke depan kot.. hahaha. Tengok pada ongkosnya ya buk.. kalau dimurahkan rejeki, makanya boleh sampei.. kalau tidak, kita pergi Zoo Negara je pun dah ok dah.. hahahaha.

 Geram pulak aku tengok si Mikki Kimos tu.. hahaha gemok!! Ohh masa bergambar dengan natang ni, dia ada sediakan tong kat depan dia. Tong tu untuk kutip duit. Ek elehhh ambik gambar pun nak buat kutipan amal ke?? Dasar mata duitan kau kann!!

Ini lah satu2nya gambar aku dengan Mikki Kimos ni. Tu pun ambik guna camera hp =( tak clear pulak tu.. kecik ati aiy tau.. huhu.

 Nak ke atas tu kitorang kena melalui tunnel ni.. aku kira2 dalam 700meter ke 1km kot panjang tunnel ni. Dah lah panas.. tak ada aircond plak tu dalam ni.. becak tiak aku.. phuiitt.

Eleh eleh elehhh.. tengah2 panas pun nak posing macam buat cover album pulak kau Jah.. hahaha.. Tak kisah lah Joyah.. janji muka hakak ada hehe. 

Amacam??? macam cover album kan?? ini versi duet dengan anak perempuan.. kau tengok si Khairine kat atas tu.. hahahaha.

Ini versi nak buat cover album anak beranak tak menjadi.. hahahaha.

Ehhh aku kesian kat Nenek time ni.. dia tak nak naik.. tapi Nizam dah beli ticket so terpaksa lah dia naik jugak. Takkan nak tinggalkan dia sorang kat bawah.. not nicelah kann. Bukan tak nak sebab dia kekwat.. tapi sebab dia kena naik turun tangga.. agak leceh sikit untuk dia.. kaki dia dah lah tak kuat.. jalan pun pakai tongkat. Dia kuatkan jugak semangat untuk meniti tangga2 kat situ. Pak Budi pulak banyak membantu jugak. Dia papah Nenek naik tangga. Kadang2 tukar turn.. kejap aku, kejap Nizam. Janji Nenek happy... kan Nek?? =)

 Main enterance untuk naik ke Bangunan tinggi tu. Niat nak naik sampai puncak tapi tak kesampaian. Sebab masa kitorang nak naik tu ramai budak2 sekolah (rombongan) beratur kat depan lift untuk naik. Its take time for us to going up. Cancelled.

Actually bangunan ni setinggi 44 tingkat je tapi view boleh nampak most of Kota Jakarta. Sayang tak dapat tengok. Tak apalah.. janji dah jejakkan kaki ke sini pun ok lah kot. Kat KL pun ada jugak bangunan macam ni.

View dari sebelah main entrance.

 Turun je dari situ & sementara tunggu tram datang, Pak Budi ajak kitorang menggeletis ambik gambar kat kuda ni. View yang sangat2 cantik.. boleh buat video clip kau!! hahahha.

Cantikkan view belakang tu. Masa ni tengah panas terik. Habis segala peluh jantan betina keluar.

Tak dapat ambik gambar dengan kuda macam gambar Mummy.. korang kecik sangat.. karang ambik gambar penuh2 tenggelam pulak korang dalam kuda tu.. kat tembok pon jadilah nak..

Suka tempat ni.. luas, angin pon kuat walaupun panas terik.

Tengah syok2 ambik gambar sekali Nizam jerit dari jauh suruh aku cepat2 naik tram.. Ehhh kau dah kenapa bang.. ilek ar.. bini you tengah fifiling ambik gambar ala2 ditaman bunga okehh.. kacau je. Lepas tu lintang pukang aku berlari dengan Khairine & Danish.. Yang si Pak Budi pun sama.. hahaha lantak kau lah Jah!

Penuh pulakkk.. aku terpaksa naik jugak sebab nak kena temankan Nenek yang dah ada dalam tram tu. Nasib bahek badan hakak tecik.. muat2 je bontot aku bertenggek kat depan tu.. tu pun terima hazab bagai nak giler.. Panas bontot aku duduk atas enjin tram ni.. hawau betul!! 3-4 hari tak berak.. aku syak taik aku mengeras kat dalam. pfffttttt ;P

Kat luar2 ni banyak orang meniaga.. dah macam pasar pagi je.. tapi harga semua sengat.

 Habis putar2 di Monas, Pak Budi bawak kitorang makan siang di Restoran Sederhana. Memang tengah gigil kelaparan hoiii.. Nasi Padang memang menjadi pilihan hati aku lah gamaknya.. its my favorite. 

Biasa lah kannn kalau tak penuh lauk semeja bukan Nasi Padang lah namanya kannn.. Tak toleh kiri kanan aku makan macam baru balik menoreh.. nyummsss sangat. perut kenyang hati pun senang.. balik Kolumpor susah hati sebab satu hari 3 kali makan Nasik Padang.. muahahahaha.. jahanam diet!

Depan Rumah Makan Sederhana.

Lepas makan Pak Budi bawak kitorang putar2 sekitar Kota Jakarta. Unfortunately.. tayar mobil kekurangan angin. Maka mencari tempat untuk digantikan tayar yang bocor... gittue.. jadi tak sleng Indon hakak?? hahahha.

Selesai ganti tayar, Pak Budi bawak kitorang ke Tanah Abang. Waduh2 macet banget.. nak sampai ke tempat yang tak sampai 500meter pun rasa hazab!! adoiiiihaiii.

Akhirnya sampai jugak.



Kat Tanah Abang aku tak bershopping sangat.. mostly tempat ni macam kau shopping kat Kenaga (KWC) je.. tak boleh beli satu satu.. kena beli in bulk. Baik aku beli kat Pasar Baru je.. tempat pun lebih kurang sama je.


Malam tu kitorang terus ke Puncak Bogor. Tempat ni sejok.. ko tengok aku dah berbungkus kepala dah kesejokan. Kalau kat Malaysia sama lah macam kat Cameron Highland. Ada tea farm, jual sayur2 bagai.. memang sebijik sama lah macam kat CH. Tapi kitorang singgah makan dulu kat sini. Apa ke nama tah restoran ni aku dah lupa.. tapi dari balik tingkap kaca tu kita boleh tengok view malam sekitar Bogor.


Lepas makan teruskan perjalanan ke Hotel Metro Permai. macam bajet hotel je. Tak perlu nak hotel berbintang2 sangat.. sebab check in pun dah tengah malam.. esoknya pagi2 dah nak berambos.

Penat hoiii menaip panjang berkilometer entry ni. Kalau korang dah habis baca, lepas ni boleh lah jawab soklan "Kuiz Gempak Bersama Kak Jah" hehehe. Syarat & terma korang dah tau kann?? kalau tak tau lagi sila picit LINK ni.

***************************************************************************************
Sedia?? mari jawab soklan2 hakak =)

1) Dimanakah destinasi pertama aku selepas Pak Budi ambil kami dari Airport?

2) Apakah maksud "Mikki Kimos"? (Jawapan ada pada gambar2 diatas, cuba carik sampai jumpa)

Macam soklan SPM pulekkk.. hehehe.

Senang je kannnnn?? Selamat membaca & mencuba =)

23 comments:

  1. Bestnya zaza..gambar2 semua cantik2 sangat!! hari tue p jakarta tido semalm jer.. tak sempat jenjalan byk tempat..huhuhu..

    Meh nak cuba nasib gak.Jawapannya adalah...jeng..jeng..jeng..
    Monumen Nasional.. 2. Minnie Mouse..

    ReplyDelete
  2. jawapan untuk :-

    1)Monumen Nasional atau lebih dikenali sebagai Monas terletak di Jakarta Pusat.

    2)Maksud Mikki Kimos ialah Minnie Mouse..

    heheh...dah jawab dah...eniwey...bestnya tengok gi bercutiiiiii...bile la dapat pegi becuti kat oversea nie..haiih..

    ReplyDelete
  3. 1.monumen nasional

    2.minnie mouse

    Selesai jawab soalan SPM..kehkeh

    ReplyDelete
  4. gambar dah ada watermark dah sekarang.. good job zaza.. alamak nak jawab soalan berapa patah perkataan.. tak der pilihan jawapan a,b,c,d ke..

    ReplyDelete
  5. weeee..jakarta memang bestttttt..
    tp xpenah sampai lg..satu hari nnt..(may be)
    hihi

    ReplyDelete
  6. wahh sakan jalan² bercuti akak sefamily...happy!

    Nak jawab pop quiz akak
    1. Destinasi Pertama : Monumen Nasional
    2. Maksud Mikki Kimos : Minnie Mouse

    ReplyDelete
  7. 1- Monas - Monumen Nasional
    2- Minnie Mouse


    Hahah tak komen hape, terus jawab soklan. Dasarrrrrrrrrrrrr.. :p

    ReplyDelete
  8. wahh..bestnya bercuti dibandung...(^_^)

    ReplyDelete
  9. alaaaa da terlambat nak jawab. mereka da jwb dlu. sob sob..

    btw suka la akak gojes dgn anak pakai baju sama. cun melecun

    ReplyDelete
  10. kak jah look selimmmm ;p hihi takdan nk jawab dah ada yg lgi cepat...

    ReplyDelete
  11. amboi sakan ya kak..
    mls komen jeles... lg satu rajin ya pak budi.. entah betul ke x saya taip..gigih dia.. untung ada shabat kat sana... mudah jalan..

    ReplyDelete
  12. Semput mak weyh baca entry deme ni Jah.....suka tengok aksi anak dara dengan mak dara angkat kaki tu seksi sangat....
    Untunglah ada Pak Sedara angkat kat sana...senang nak libur hehe

    ReplyDelete
  13. wahhh bestnya.... habis mia baca entri. terasa seperti berada di sana. thanks ya..

    ReplyDelete
  14. jenuh membacanya...sib baik x semput jer....dah cair ke taik tu cik jah oiii....hehehe....boleh tahan gak pak budi tu...badannya sasa gitu....hahahaha

    ReplyDelete
  15. huiiii...SA amik masa 20 minit baca ni ha....satu2 baca....bestnya tp kesian kat nenek kan...mesti dia penat...sama macam my mum la kalau pi mana memang kena ikut rentak dia...even dia suka berjalan kan...tp tgok tempat...adakala kena la dia tunggu sebab dia x larat...

    zaza, bagi alamat baru dear...email or sms je eh...

    ReplyDelete
  16. 1) Monumen Nasional - Monas
    2) Minnie Mouse

    Yeyy dah jawab....alhamdulilah, seronok gila tgk gambar zaza di Jakarta...cantik benar tempatnya ya bu' hihihi....lg seronok tgk wajah ibu zaza...happy je anak2 bawak pi melancong....adeh adeh adeh rasa nak pi la...itulah Umi Qi pun suka tau dok hotel bajet2 ni...bukannya nak dok seharian kt hotel kan...kita nak berjalan...so kalo pi jauh2...xperlu hotel memahal...buang duit jek...hebat lah zaza mengarang berkilometer...tp seronok baca yeyyy...nak bac apart 2 plak...heheh

    ReplyDelete
  17. Wahhhhhh kak memang lawa la pemandangan tempat akak pegi ni.. :) Emak Nenek pon heppy ja nampak nya .. :)

    ReplyDelete
  18. tak sempat nak joinn...tp dah mencuba nasib di entry kedua..heh
    takde lah sesak kan kat sana, nape ramai yg ckap sesak lah hapalah kat sna tu, tengok gambar macam bersih & best je..

    ReplyDelete
  19. Selalu tengok gambar tugu monumen tu tapi tak sangka pula kawasannya sangat luas!
    Memang bestlah jalan2...dan bertambah best baca celoteh Cik Jah oiii!
    Sampai hati tinggalkan daku... huhu...

    ReplyDelete
  20. Tugu Monumen Nasional Jakarta tu mesti masuk dalam list kalau akak gi sana. Alaaaaa kenapa tukar2 nama Minni Mouse jadi Mikki Kimos ...:)

    ReplyDelete
  21. Alaaaa...Klo aku jawab pon mesti tak menang dah...hahaha...Aku tgh cuti masa ko up entry ni.

    Shopping sakan yerp ☺

    ReplyDelete
  22. Kak. Kte sekejap kerut sekejap senyum sekejap sengih bc ni. Hahaha. Dh boleh berak belum? Ok nak bc part 2 pulak. Lalalala.

    ReplyDelete