Tuesday, June 24, 2014

PENGOTOR!

  • Jauhi sifat pengotor
  • Jangan bersepah dan bersikap pengotor
  • Dah minum air kotak, buang dalam tong sampah
  • Dah makan, sila cuci pinggan
  • Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor
  • Dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah
  • Dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya
  • Dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal
  • DAH BUANG AIR BESAR ATAU KECIL SILA FLUSH.
  • Dan lain-lain..

Rasulullah S.A.W didik kita untuk menjadi ummat pembersih dan menjadi contoh kepada bukan Islam. 

********************************************************************************************

Sebagai manusia, mana ada orang yang sukakan kekotoran kan? apatah lagi menjadi seorang yang pengotor.. Yarkkk geli okeh.. even kalau kita tak perasan taik hidung kita terkeluar pun aku rasa dah malu seumur hidup kalau ada orang tegur.

Jadinya, sifat2 pengotor tu ada banyak dan ada pelbagai aspek. Korang paham2 sendiri lah yer. Ok mari baca apa cerita yang nak di'carut'kan oleh Kak Jah.

Baru2 ni aku lepak kat satu kedai ni. Kalau tengok dari luar restoran tu tak lah GAH sangat pun. Cuma kalau kita tengok dari tepi jalan kedai ni boleh dikategorikan sebagai kedai baru bukak. Environment pun memang nampak fresh dan baru je lagi.

Macam biasalah kalau lepak kedai mesti nak makan dan minum kannn.. Bila dah makan dan minum mesti mau borak panjang2 kannnn?? bila dah borak panjang2 pulak mula lah rasa nak terkencing kannnn??? bila dah rasa nak terkencing mestilah nak carik toilet kan?? Bila nampak sign TOILET aku pun terus meluru ke belakang kedai untuk ke toilet (macam ayat novel sangat.. hehehe).

Bukak pintu toilet tengok... 

YA AMPUNNNNN.. 

RASA GELAP DUNIA NI BILA AKU TERNAMPAK TAIK CAIR DALAM BOWL TOILET YANG DITINGGKALKAN!!!!! 

WHAT THE FISH!!!!! 

Dalam hati aku masa tu bersumpah seranah kat tuan empunya taik tu.. suwey betul!! ni tengah dok menaip ni pun naik kembang tekak aku nak muntah bila terbayang..phuihhhhhh


Kau tengok lah perangai orang2 yang tak bertamadun sekarang ni Bedah oiiii.. tak ada rasa tanggungjawab langsung.. kot yer pun tak tahan nak tercirit, janganlah sampai kau tinggalkan taik cirit kau tu kat dalam bowl.. kau tau tak orang lain pun akan guna toilet yang sama nanti?? kejam betul!

Kepada pengusaha2 kedai.. tolonglah jaga kebersihan.. kalau kedai kau dari depan nampak begitu GAH ala2 setarap hotel lapanblas bintang pun tak guna kalau toilet kedai kau kotor.

Sama jugak kalau orang datang rumah kita.. orang kata kalau nak tau orang tu pembersih ke pengotor, cuba tengok toilet rumah dia.. bersih ke tidak.

Engkauorang jangan lah sesekali buat perangai macam tu.. mendatangkan dosa orang je. Kalau dah guna atau menumpang toilet kedai/ station minyak jangan sesekali korang tinggalkan bahan buangan korang yer. Yang tuan kedai tu pun satu.. tak kan lah tak ada pekerja yang rotate untuk bersihkan toilet kedai kau.. Even station minyak pun ada pekerja yang rotate bersihkan toilet. Ini kan pulak kedai baru bukak.. Choyyyy sangat.

Identiti kedai terpaksa dirahsiakan.. takut nanti orang kata aku nak sabotaj pulak.


kbai (buat muka bengis)

18 comments:

  1. bluerrkkk..nak muntah!!!!eeeeee....

    ReplyDelete
  2. kalau camni memang terbantut nak membuang kan..terus tak jadi..itulah kan, jangan nampak bersih cantik dari luar..kat dalam pengotor ya amat

    ReplyDelete
  3. yg tak tahan tuh yg tak reti flush.. mmg menyakitkan hati.. huhu

    ReplyDelete
  4. euww...kalau saya terus keluar tinggalkan kedai tu kot...

    ReplyDelete
  5. nk muntah aku baca entry ko kali ni jah! mmg geli kan! hasihhh apa lah dorg ni.bukan susah pon nk tarik flush tu.aku pon geram,aku pon kdg2 datang SIFAT MALAS tu,tapi aku fikir,semua tu utk kesihatan aku jugak.kena jaga kebersihan,so bab kebersihan kena lah dititik beratkan.aku kalo pegi mamak mst masuk toilet,sbb jenis pundi kenciing terlalu lawas.tapi kalo nampak bendasing,terpaksalah tutp mata,tahan napas.haih!

    ReplyDelete
  6. haish...memang sakit hati tengok orang macam tu..takde kesedaran sivik betul..

    ReplyDelete
  7. Hang ni cik Jah spesis TLBD....pergi mana mana mesti nak kencing hehe....Cik Bedah agak dia nak riki toiletlah..... bukan nak check bersih ke kotor tapi nak tengok toilet cantik ke tidak hehe...
    Lain kali pakai le pampers hehe...

    ReplyDelete
  8. Serius klu gini sumpah mmg takde selera nk tumpang membuang..bengong betul..

    ReplyDelete
  9. asslmkm kak.. alaa.. kat mna2 pun mmng gitu la situasinya..
    kalau kat masjid pun sy pnh terkena camtu.. geli...

    ReplyDelete
  10. hmmmmm banyak kali dah julia jumpa zaza....tp ada satu kedai belakang brickfields (selalu lepak ngan suami bfast) dari luar kedai sampai dalam kedai makan yer toilet bersih mengalahkan hotel 5 bintang....rasa mcm nak buang hajat sambil termenung lama2...siap rasa nak baringgggg...haaa gitu...kalo kedai yer toilet pengotor hmmmmm mmg julia x repeat dah...silap2 kene FP (Food poisoning) hmmm mcm2...

    ReplyDelete
  11. Kembang tekak wei.; Aku p ernah kena. Bukan kat kedai makan tapi kat office aku nih. Ntah siapa lah pengotor sangat. Bukan sekali tapi lebih dari sekali lah...hahaha...dengan titik² kening kat keliling mangkuk tandas. Phuiiiii...Rosak mata aku wei. Rasa macam nak pakai cermin mata hitam bila masuk toilet. At least nampak hitam jewr kan.

    ReplyDelete
  12. baca nie pun dah kembang tekak kak jah oiiiii.. taik cair ek...bluwerkkkkkkk...

    ReplyDelete
  13. baca nie pun dah kembang tekak kak jah oiiiii.. taik cair ek...bluwerkkkkkkk...

    ReplyDelete
  14. Tengok tandas macam tu dari nak kencing terus tak jadi nak kencing. Pengotor betul.

    ReplyDelete
  15. eee..iyaksss..pengotor gle kot sape yg tgglkan tu..kombang tokak den..uweks..

    ReplyDelete
  16. allahu.. memang kembang teakak la nak mkn oastu. mau muntah hijau. aishhh

    ReplyDelete