Thursday, August 28, 2014

Khairine Belajar Silat

Amboi kau hantar anak kau kelas silat Jah?? Yer Cik Bedah.. aku hantar anak aku belajar silat. Actually abang aku yang suggest suruh hantar anak2 aku belajar silat sebab dia pun belajar silat kat tempat ni jugak.. tapi dia dah lama start. Jangan takut yer tuan-tuan dan puan-puan.. Khairine cuma belajar yang basic2 je plus more to untuk buat persembahan je kot2 ada jemputan orang kawin ke atau mana2.. Silat untuk pertahankan diri pun dia ada belajar juga.. tapi tu bukan yang level2 orang tua punya ar.

 Pengurusan Seni Silat Setiabakti Malaysia

 Pasang kuda-kuda

 Tak nampak Danish dalam gambar ni kan?? dia memang tak ada.. sebab dia tak minat nak bersilat. Ok fine. Budak2 ni tak boleh paksa nanti dia belajar sekerat jalan je lepas tu aku yang stress sebab dah keluar duit. Sebenarnya Mummy pun tak minat jugak.. Mummy cuma minat bersilat atas katil je dengan Babah.. muahahaha.

Masa abang aku suggest suruh budak2 ni belajar silat, Khairine kata dia minat.. minat kalu mak kau confident nak hantar untuk belajar silat.. kalau dia kata tak minat mahap dipinta. 

Jangan jadi macam tahun lepas sudah.. dia sibuk nak belajar swimming.. bila hantar ke swimming class dia belajar satu sessi je.. lepas tu tak nak sambung lagi dah.. gggrrr. Alasan dia sebab sejuk.. lagi pun malas nak bangun pagi-pagi. Mana taknya.. class start pagi pukul 8 pagi setiap Sabtu dan Ahad. Mesti korang tertanya2 kenapa tak pergi sesi petang.. tau kenapa? sebab petang banyak program aku boleh buat. kalau pergi kelas pagi habis pukul 10 je.. lepas tu tengahari dah boleh meronggeng.. maklumlah weekend kannn.. tu je masa yang boleh merayap.

Minggu lepas 17 Ogos.. kelas pertama Khairine attend belajar silat. Kelas dia setiap hari Ahad pukul 11pagi sampai 12.30tengahari je. Baju belum beli lagi.. so pakai je lah tshirt dok rumah dengan seluar track sekolah tu.. hahaha. 

Masa nak pergi haritu aku cakap kat Khairine suruh dia pakai kasut sebab aku tengok dia pakai selipar je. Pastu kena sound.. "Mummy, belajar silat mana ada pakai kasut.. pakai kaki ayam je lah".. pfffttt termalu mak kau sekejap.. hahaha.


 Tumbuk

 Tumbuk

Lepas tu balik rumah dok mengadu kat aku tangan dia sakit sebab pergi tumbuk punching bag tu.. hahaha. Silat kata ko.. kena lah tabah nak oiii :D

 Dua orang sebelah Khairine tu anak-anak abang aku. Elok lah korang belajar silat bersama sepupu. Jangan dah pro sok bertumbok sesama sendiri udah ler.. hahaha. Yang paling aku risau mana tau sok-sok aku bergaduh dengan Khairine, dia wachaaa kan aku pulak nanti.. hahaha.

15 comments:

  1. Langkah pertama yg baik ni Zaza.
    Seni tu seni juga tapi utk persiapan sebagai pendiding diri pun ye juga..

    ReplyDelete
  2. Waktu sekolah dulu, budak yang belajar silat ni jarang nak bertumbuk. Biasa diorang cool je, tak macam budak martial art lain. Pantang kena ejek sikit, tau nak sparing je kerjanya.

    ReplyDelete
  3. Eh silap.. Ada gaya Khairine bersilat.. Zaza tu mummynya.. Haha!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  4. Silat best jugak..kan..
    Ada jgk nak swh anak2 masuk taekwando..
    Tapi abhnya tak bg sbb anak2 i kasar2..nti lg kasar..yeke ??

    ReplyDelete
  5. Bley lah khairine ajar mommy dia bersilat plak.

    ReplyDelete
  6. Kalau dia minat.. masukkan je.. kalau aktiviti sebelah pagi ok lagi tapi kalau buat sebelah petang atau malam agak melecehkan.. terasa ganggu aktiviti meronggeng di hujung minggu.

    ReplyDelete
  7. baguslah khairine belajar bersilat..ade gak bekalan ilmu pertahankan diri.

    ReplyDelete
  8. bagus ni.. senang nak karate siapa yang kacau dia.. hihi

    ReplyDelete
  9. Bagus la zaza.. nanti boleh jaga diri sendiri kalau ada org kacau....hehehe

    ReplyDelete
  10. Bagus ni pergi hantar bersilat. Sekurang-kurangnya ada juga la benteng kalau jadi apa-apa.

    ReplyDelete
  11. Bab bab silat ni mmg Cik Bedah tak minat .... patah tangan mak yg banyak lemak ni kang hehe....tp kalau depa nak belajar no hallah..... Boleh aje janji yurannya murah. Eh? ada ke zaman yuran murah la ni.....
    Lepas ni baik baik sikit ko Jah bila cakap dengan Khairine hehe

    ReplyDelete
  12. Wah silat...hebat lah Khairine...sure bangga papa dan mama khairine...at least dia minat nak ceburi silat...sis zaza, betul tu kalau kita paksa mereka untuk minat apa yg kita suka memang susah diorang nak belajar, kalau tanya diorang minat apa dan pandu mereka sure mereka lagi berbunga2 di hati sebab mak ayah bg dorongan dan semangat...good job sis...learn parenting guide from u...harap Qi sok2 besar minat seni mempertahankan diri juga...cm takewondo ke kan...if tak minat berserah je lah heheh...tak pun mak Qi tu kena belajar ilmu silat...mampusssssssss nak tumbangkan musuh hehehehhe

    ReplyDelete