Thursday, September 11, 2014

Tamu Dari Bandung ke Putrajaya

Lepas bawak Pak Budi makan kat Flora malam tu Nizam terus bawa Pak Budi ke Rawang.. dia pergi jumpa kawan dia kat sana.. Nizam kata pukul 3 pagi baru dia sampai rumah malam tu. Aku memang tak sedar langsung pagi tu diorang balik. Dari Rawang haritu Nizam kata dia bawak Pak Budi pusing2 town tengok keindahan lampu niun malam di kota.. hahaha Indon sangat ayat kau Jah. Aku tengok jugak gambar2 yang diorang snap malam tu.. siap bergambar kat flyover kau!! mentang2 pukul 3 pagi.. kemain ko dok tengah2 jalan ambik gambar berviewkan KLCC yer.. hahaha.

Malam tu Pak Budi tidur rumah kitorang.  Esoknya bawak dia jalan-jalan Putrajaya. Kemain jakun dia tengok bangunan2 kat Putrajaya. Biasalah kalau kita ke tempat orang pun mau kagum kot.. ni kan pulak dia first time datang Malaysia. Masa aku first time datang Bandung dulu pun aku jakun jugak.. tapi jakun aku tu aku sorok sikit.. karang tunjuk terang2 kat orang kena kutok belakang2 plak kang.. hahaha.

Me & pak Budi

Hari tu Nizam memang ambik cuti siap2.. Khairine & Danish aku bagi cuti.. tak payah pergi sekolah.. aku pulak MC haritu.. (ni kalau ada orang opis ke Boss aku baca mampos kena kecaman hebat). Ini semua gara2 Pak Budi datang Malaysia.. habis satu keluarga aku cuti, ponteng & MC.. hahaha.. kecuali Emak aku lah.. dia nak cuti apa je pon.

 Istana Kehakiman.

Aku yang warganegara Malaysia pun tak pernah berenti kat area bangunan2 kat Putrajaya semata2 nak ambik gambar macam ni.. kerana kau Pak Budi, aku relakan bergambar sebegini.. hahaha.

 Tengah jalan

 Me & Pak Budi

Kawan 




 Cewahhh.. main cak-cak disebalik tiang bendera pulak dia tu..

Background PICC

 Bersama Pak Nizam

 Sama ibu

Macam cover album kompilasi lagu2 Indon plak kann.. hahahaha.

 Amboi dia!

Nizam layan dia bergambar kat tengah2 jalan.. ko ghase?? hahaha.


Cewah.. ini lah bukti yang Pak Budi berada di Malaysia.. gambar berlatar belakangkan Jalur Gemilang Malaysia.. terasa nak tukar warganegara lettew.. hahahah.

 Kami

Emak & Pak Budi







Habis jalan2 kat Putrajaya, kitorang bawak dia ke Dataran Merdeka pulak. Bergambar lah nyah.. apa lagi.




 Pelancong sangattttttt.. muahahaha

 Dah turun turun.. jangan nak jadi Supir pulak kat KL ni.. cukup lah ko jadi supir kitorang kat Bandung je Pak.. hahahaha.


Danish & Pak Budi

Itu lah dia cerita Pak Budi datang ke Kolumpor. Dah macam tajuk drama pulak kann.. hahaha.

Sebelum ni ramai yang email aku tanya perkhidmatan Pak Budi di Bandung. Kalau nak contact Supir di Bandung boleh email aku.. nanti aku bagi contact number orang tua ni.. Tapi dengan syarat.. eh bukan syarat ar.. tapi just untuk info je.. once korang dah dapat contact number dia nanti dari aku, korang MESTI kena mention yang korang dapat contact dia dari Buk Zaza isteri Pak Nizam.. samada dapat diskaun atau layanan istimewa tu aku tak pasti lah.. as long as dia tau yang ko tu contact aku.. gittue. Korang jangan ingat aku makan commission plak eh.. sebab aku suruh mention tu at least dia tau korang dapat dari mana contact dia je.

InshaAllah selama aku kenal dan dah beberapa kali ambik dia as tour guide masa kitorang kat Bandung, sangat2 puas hati.. siap dah jadi kawan.. 

Malah dah macam sedara plak. Masa Nizam & kawan2 dia ke Jogja haritu pun Pak Budi sanggup jadi supir diorang.. Bayangkan perjalanan dari Bandung ke Jogja makan masa 10 jam tau. Nak tau cerita2 kat Jogja, boleh tengok kat sebelah kanan side bar blog aku ni.

22 comments:

  1. seronok la pak budi tu kan..ada orang melayan dia bergambar bagai...ehem..ehem..yang mc tu pun punya sakan bergambau...meriah benau aku tengok..hehe

    ReplyDelete
  2. Memang sakan sungguh akak bergambar dengan pak budi ye.... :) tapi memang cantik bangunan kat Putrajaya tu,, saya pon still dok teruja kalo pi sna.. yang i love KL tu saya pon ada gak bergambar kat situ cuma xsempat nak up entry lagi hihihi

    ReplyDelete
  3. Yg I Love KL tu menarik nnti nak bawak husband ngan anak pergi sana..hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh bagusnya...nanti leh minta no telefon pak budi nie dari zaza kalau nak ke bandung...

    ReplyDelete
  5. amboi.. dah macam model dah.. haha...

    klik untuk madam zaza.. hihi

    ReplyDelete
  6. Mesti pak Budi ni kenang jasa Zaza/Nizam sekeluarga sampai bila-bila
    Dah nampak mesra sangat macam saudara sendiri. Selesa sangat dia kelihatannya..

    ReplyDelete
  7. wah2..sakan ko bergambar dengan pak budi ek zaza..
    mengalahkan pelancong..hahahaha
    untung pak budi betul2 enjoy dia nmpk..
    glemer pak budi..hahahhaa

    ReplyDelete
  8. untung la Pak Budi yer..siap dibawa jenjalan lagi kat sini kan..so apa kata dia pasal Malaysia.. mesti best kan kat sini.. mesti dia rasa mcm tak nak balik..hehehe =D Ehem.ehem yang tourist guide tue pun kemain sakan berposing..hehehe.. =D

    ReplyDelete
  9. hahhaha dah mcm akk plak jdi TG ek...
    syookkk nya pakbudi mai m'sia ek ;)

    ReplyDelete
  10. dah erat macam saudara mara dah..... terperasan ada double gambar lekat..mentang-mentanglah sakan bergambar dengan pak budi kan....hehehehe

    ReplyDelete
  11. bagus ni networking berjaya, nanti boleh guna jugak perkhidmatan pak budi via zaza ye :)

    ReplyDelete
  12. bagus .. mmg aku ade plan nk ke jogja/bandung tp tkt terkena supir yg agak scary ... menipu ke hape .. ni sbb ko dah rokemen .. harus la grab ...

    ReplyDelete
  13. sempoi buk zaza nanti senang2 boleh la contact..

    ReplyDelete
  14. Semua gambar cantik sangat2 zaza....rasa mcm bergambar di luar negara plak tengok semua ambil hati pak budi...ni lah contoh yang terbaik. Lagi satu ju tengok ibu zaza pun sama2 menghargai pak budi mai kolumpur pestime...mesti pak budi seronok kan...alhamdulilah...bagus...

    ReplyDelete
  15. sakan pak budi jalan jalan pusing putrajaya ye..seronok dia..seronok juga melayan n bawak tetamu dtg tempat kita..time ni la kita pun nak sakan gak..hihi

    ReplyDelete
  16. BErjalan sakan pak budi yerp. Seronok lah ada org bawak di bersiar2.

    ReplyDelete
  17. Untung Pak Budi puas pergi sana pergi sini kat KL ni. Tak yah susah susah nak sewa hotel lagi!. Pendik kata memang tak sia sialah nama Budi, see budi Pak Budi dgn Cik Jah sefamily hari tu sudah dibalas....hehe

    Cik Jah dia ni tak de bini ke?

    ReplyDelete
  18. hahaha..kanmahen pak budi posing..tgh2 jln lagik..

    ReplyDelete
  19. haa..boleh la ni. nanti fand ctc kak zaza kot2 nak ke indo pulak ye.. :)

    ReplyDelete
  20. Nampak macam tuan blog je yang lebih macam pelancong. hahaha

    ReplyDelete
  21. Salam,yang nak gi jogja boluh pm saya,nama saya nizam .one of the best recomended driver in jogja.fb:RoundJava
    https://www.tripadvisor.co.id/Attraction_Review-g2304084-d6876805-Reviews-RoundJava_Private_Day_Tours-Bantul_Yogyakarta_Java.html

    ReplyDelete