Wednesday, October 29, 2014

Birthday Treat di Penang Village

Ini birthday treat untuk Nizam yer.. aku punya belum buat entry lagi.. hehehe.

Tak ada surprise pun.. tiap-tiap tahun kalau birthday aku ke, Nizam ke, Khairine ke, Danish ke, Emak aku ke kitorang cuma celebrate makan-makan je. Kalau ada kek pun setakat satu slice je. Kitorang ni bukan pencinta kek sangat. Setakat nak habiskan satu slice kek boleh lah.. itu pun share je.

Hari yang Hari Jadi Nizam haritu balik kerja terus balik rumah ambik KhaNish & Emak aku then kitorang terus pergi ke Penang Village kat Great Eastern Mall. Dekat giler dengan rumah.. senang hidup tak payah nak bersesak-sesak jammed. 

My Family

Antara ahli jemaah yang hadir.. 


Birthday Man.. Encik Ahmad Nizam :))

Dah semestinya Puan tanah :))

Emak


Special guest.. Abang aku.

Actually birthday abang aku selang satu hari je dengan birthday Nizam.. Abang aku 15 Oct, Nizam 16 Oct.. so aku ajak skali abang aku join the dinner.. Tapi aku tak bagi dia bawak bini dia.. sebab??? cuba kau pergi baca entry "pengkhianat" yang aku published haritu.. then you will know.


Khairine


Danish

Memang saja je aku pilih tempat tu. Kat situ makanan dia ada malaysian cuisine & western. Senang nak order. Kalau ikut tekak Emak aku dia bukan reti makan western pun. Karang balik balik dia order fish & chips.. tu je yang dia tau makanan western.. hahaha. 

Last year masa celebrate birthday Nizam kat Hard Rock Cafe Emak aku order kue tiau goreng je kat sana.. hahaha.. very the kampung dot com kann. Kalau dah melayu tu melayu jugak lah kannn.

Nak tengok malaysian ke tak malaysian, jom tengok apa yang kitorang order.

Kue tiau goreng lagi yang Emak aku order. Khairine pun pilih menu yang sama macam nenek makan jugak.

Haritu aku cakap kat Mak aku.. "Mak, ingat tak masa kat Hard Rock haritu Mak order Kue tiau goreng jugak??" mak aku gelak je.. hahahahaha. Kan aku dah kata.. dia mana reti makan western western ni.. lebih baik aku bawak dia makan kat kedai yang ada makanan melayu.

Aku punya.. Nasi lemak rendang tok.

Abang aku sound "datang sini makan nasik lemak je.. baik tak payah" eh sukati ai lah.. tekak ai yang rasa nak makan nasi lemak okeh.. hahahaha

Fish & Chips.. Danish punya

 Abang aku punya.. apa benda tah ni.. rupa macam kue tiau kungfu pun yer jugak.

 Pilihan Nizam.. Chicken chop

Refreshment

 Sagu gula melaka.


ABC

Actually sebelum ni aku pernah makan kat sini.. that time food & presentation boleh tahan sedap lah.. haritu overall makan kat sini tak sedap pulak. Food presentation pun tak menarik.. kalau nak menaikkan napsu syahwat orang nak makan, patutnya food presentation kena cantik.. barulah orang bernafsu nak makan.

Sambil makan-makan tu ada pulak sesi suap menyuap.. hehe.

Lepas makan ada sesi penyampaian hadiah dari anak-anak kepada Babah diorang.

Penyampaian hadiah.. eh macam penyampaian hadiah sukan sekolah pulak.. hahahaha.

 Jeng jeng jenggggg


Tadaaaa.. Ini lah kasut yang Nizam tak kenan haritu.

Lepas dah selesai makan-makan kitorang terus ke kedai tu balik tukar kasut lain plus kasut ni dia tak muat.. kecik benau hahahaha.

Sebelum chow moh kita bergambar dulu.

 Me & Emak

 Us


 My Lil' Family

With my bro yang datang single haritu.. hehehe

With my Man.. Love you Bie..

22 comments:

  1. ahhh comel la mak! mak ooo mak..anak mak yg kat sini pun tekak melayu je duapolohempatjam..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alala anak anjer mak ni.. nanti aku bawak ko jumpa mak aku yer..

      Delete
  2. cantik design restaurant ni... suka black and white.

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday nizam....best bila sambut birthday dgn family kan...lama x mkn kat situ...last 2 tahun lepas...

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday to ur hubby ye zaza..
    Semoga uols berkekalan hendaknya..semoga ur hubs dilimpahkan rezki yg diberkati..dan panjang umur...amin

    ReplyDelete
  5. Lama dah tak makan kat penang village sejak yg ada kat alamanda ni tutup..

    ReplyDelete
  6. Sweetnya aksi suap menyuap tu. Tekak mak² ni memang tekak makanan melayu jer.

    Tapi aku berkenan ngan bag harrods tu lah.

    ReplyDelete
  7. bleh plak tak muat! hahhaha bruuu nk seperaissss ;p
    pestime tgok emaknenek pkai suar comeyyy ;) nmpk muda

    ReplyDelete
  8. Selesai sudah celebrate en hubby Zaza lepas ini Zaza punya turn pulak kan..
    Mak suka kue tiow macam kakaklah Zaza.
    Kakak pun sama kue teow goreng ke, sup ke, tomyam semua kakak suka:)

    ReplyDelete
  9. Alamak, lapar nak makan char kue teow la pulak.. Glup!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  10. igt kan cerita birthday kak zaza tadi, cepat2 ja nak baca.. Hadiah kak memang superb la.. ^_^ terliur dengan abc tu kak :)

    ReplyDelete
  11. happy belated birthday buat en.nizam tu ye

    ReplyDelete
  12. assalam kak.. I MISS YOU SOOOO MUCH!!!

    Happy belated birthday kakakku syg.

    kirim salam mak ye :)

    ReplyDelete
  13. Asslmkm.. Waaa.. Bestnya setiap besday celebrate.. :)
    Klau sy suami ingt x hingat je.. Hehe

    ReplyDelete
  14. semua nampak sodap lah.. tempat pun best zaza.. =D

    ReplyDelete
  15. Ye ar...... nasi lemak tu udang macam kedekut nak bagi jer 2 ketui celah gigi mak jer tau...daging tu pun entah berapa ketui agaknya.....Cik Jah tempat dia cantik yeh, putih bersih...nampak mcm suci gitu...

    ReplyDelete
  16. Hepi Birthday untuk awak dan en.somi....moga happy selalu :D

    ReplyDelete
  17. siap ada penyampaian hadiah lagi tu..makan makan camni pun seronok dah kira meriah celebrate birthday :)

    ReplyDelete
  18. so sweet…
    I selalu ade kat GE mall (i tak keja situ hehe)
    Thank you eik buat review tempat ni. Selalu lalu jer
    nanti leh cuba..

    xoxo

    ReplyDelete