Saturday, October 18, 2014

Sampan Sungai Sarawak (Penambang)

Ada yang panggil Tambangs (sampan water taxis), Tambang Sampan Boat, Sampan Sungai Sarawak. Kalau ikut aku, aku panggil tongkang je. Kecik betul lah sampan tu. Macam sampan dekat Kuala Selangor tengok Kelip-kelip tu je. Cuba kau bayangkan kitorang yang namblas horang ni boleh muat satu tongkang tu... kecoh huru hara dibuatnya. Maklumlah first time naik.. mau tak cuak.. terhuyung hayang sampan tu kitorang kerjakan.. menjerit-jerit  semua dalam tu.


Sungai Sarawak

Info : Naik tambang ni seorang di-charge limaposen je. Aku tak pasti untuk budak kecik & orang dewasa berapa sebab tak tanya pun kat orang tu.. lagi pun bukan aku yang bayar.. hahaha.


Excited


 Sebahagian dari kami

 Bagi budak2 naik dulu.. orang2 tua naik kendian..

Punya lah takut nak naik.. bergoyang-goyang sampan tu dibuatnya.. Mak aku dah cuak.. dia tanya Nizam "boleh ke Mak naik ni Zam".. Yang si Nizam cepat2 confident-kan Mak aku kata boleh.. hahaha. Bukan apa.. karang buatnya Mak aku tak nak naik, tak kan nak tinggalkan dia sengsorang kat waterfront tu.. kitorang sedap2 berjalan kat seberang jalan tu karang dia boring dok sengsorang. Nak tak nak Nizam paksa jugak Mak naik skali.. aku tengok dah cuak je muka orang tua tu.. hahaha. Kesian Mak kita.

 Dalam pada cuak dalam sampan masing2 bukan main kecoh lagi.. jakun sungguh! termasuk lah aku.. hahaha.

 Kayu yang Nizam pegang tu sebenarnya bukan monopod.. itu tongkat Mak aku sebenarnya... dia angkat tinggi2 lepas tu suruh semua pandang tongkat tu sambil cakap "semua pandang sini.. kita ambik gambar pakai monopod" terus semua gelak besau! hahahahaha.. sengal lah laki aku tu.

 Cuak cuak jugak.. gelak gelak jugak.. hehehe.

 Kami

Entah pandang apa time ni.. masing2 kusyuk benau.

Ada setengah gambar yang tak dapat aku masukkan kat sini sebab bad quality.. Nizam tersalah setting kat camera gabak haritu.. burn je gambar kitorang ramai2 masa kat jeti sungai Sarawak haritu.. sobs :(


Dekat je.. tak sampai 5 minit dah sampai seberang.

Dah sampai.. Emak takut nak naik.. sampan goyang2.. hahaha.

Sebelum beli kek lapis kitorang lepak makan dulu kat food court ni. Kenapa tak ramai orang?? mostly food court ni bukak petang sampai malam.. kitorang sampai awal haritu.. so tak semua kedai lagi bukak. Makan je lah apa yang ada kat situ.

 Tujuan aku memang nak order mee kolok.

Ramai yang suggest suruh aku try makan mee kolok. Ni first time aku makan. Walaupun kat Kolumpor ada jual, bagi aku biarlah aku try makan mee ni purely kat Sarawak.. Dah alang2 kat Sarawak.. haruslah kita mencuba.. yerdak?

Haritu aku ada post gambar kek lapis kat fb.. ada mamat sengal bagi komen kat gambar aku "ek eleh macam lah kat KL tak ada kek lapis" eh hello!! awak ni bodoh ke apa??!! dah nama pun kek Sarawak.. haruslah beli kat Sarawak!!! Damn you!! terus aku remove dia dari FB.. Sukati aku lah nak beli kat mana pun.. kau susah kenapa?? ngok sangat. 

Badan aku dah berlengas time ni.. penat berjalan ke Pasar Serikin haritu terus ke sini naik sampan.. tu yang rupa pun tak semenggah tu.


 Laksa Sarawak Khairine.. Bukan main suka dia makan laksa Sarawak. Sedap katanya.. 

 Nasi goreng Udang pilihan Nizam.. Ini agak kuciwa sikit.. Tak sedap langsung kata Nizam. Presentation bukan main nak love lagi.. tapi rasa agak kureng. Dah lapau.. bedal je lah.

Aku dengan Emak makan mee kolok. 

Bagi aku mee kolok ni tak lah sedap mana pun.. mungkin sebab bukan taste aku. Bak kata Khairine Tak boleh terima kat tekak hahaha.. pepandai je minah tu.  Dah rupa macam maggie goreng je aku tengok.. better lagi Laksa Sarawak.. ai is so loike Laksa Sarawak.. nyummm.

Nasi putih + ikan masin + sambal belacan + ulam.. Ini kak ngah punya. Macam menyelerakan.. 

Ni je gambar makanan yang dapat aku share.. lain2 tu aku tak tau apa diorang makan. Dah lapar kata ko.. tak kuasa nak ambik2 gambar lagi dah.

Lepas makan kitorang bergambar sikti2 kat depan sungai tu lepas tu terus jalan kaki reramai beli kek lapis.




My family




Jalan kaki ramai2 pergi ke Kek Lapis

Mak pun gigih jalan kaki dengan monopod tongkat dia.. hehehe.


Sebelah kedai kek lapis ni ada jual terubok masin.. aku ushar2 je tak beli pun.. sebab esoknya tu ingat nak beli kat Pasar Satok je.. selebihnya ambik gambar depan ikan.. hehehe.  


Bergambar depan kedai. Kek lapis Sarawak Mira cake house Kek lapis basah.. amboi panjangnya nama kedai kau Kak Mira oii.. hahaha.

Ramai yang suggest suruh pergi ke kedai Dayang Salhah.. disebabkan malas nak jalan lebih2.. Mira pun boleh lah.. lain kali kalau ada umur panjang boleh pergi carik kek lapis sarawak makcik Dayang Salhah pulak.


 Pilih pilih pilih..

Sampai2 je terus serbu kat tempat tester.. masing2 macam pirana aku tengok.. teruja agaknya tengok warna warni kek lapis sarawak.. 

Menarik.. tertarik.


Kantoiiii.. ni rasa ke kau makan sampai kenyang?? hahahahaha.

Info : mostly harga2 kek lapis kat sini RM10 je.. yang best sikit macam yang dalam dia ada cadburry tu RM20. Mau tak giler membeli.. nampak pulak berkaler2.. rambang mata aku memilih. Kalau kat Kolumpor kek yang harga RM10 tu boleh cecah RM25.. itu yang aku survey lah lepas balik dari Sarawak haritu.


Kuih raya & pes laksa sarawak pun ada jual kat sini. 


Tak banyak gambar kat kedai kek lapis yang menggembirakan untuk aku share dengan korang kat sini. Macam aku cakap kat atas sana tadi.. Nizam salah setting kamera.. Aku pulak tak snap pakai handphone time tu sebab sibuk mengetes satu persatu kek lapis.. sambil melayan anak2 aku pilih kek apa yang diorang nak.. nampak tangan danish kat atas tu dah tunjuk kek apa yang dia nak.


15 kotak je bawak balik dah siap pack senang nak hand carry masuk flight.

 Puas membeli apa yang berkenan dihati.. time to menyeberang balik kesana. Mari kita bikin kecoh lagi dalam sampan.. hahahahaha.

 Selamat sampai ke seberang.. bergambar dulu ramai2 kat sini.

Dengan family

Dengan anak2 buah yang tinggi2 dari Mokshu (aku lah tu).

Haritu ingat nak naik cruise kat depan tu.. sebab suggestion dari orang ramai (orang ramai sangat kannn.. hahaha) best naik cruise petang2 boleh tengok sunset. Bila tanya kat pakcik tongkang tu dia kata satu kepala RM60.. pergghh kalau 1 kepala RM60, kitorang ada 16 orang.. sila lah kira sendiri. So tak payah lah naik cruise tu.. naik tongkang tu pun dah cukup bahagia dah bagi aku.

Puas tengok gambar??? panjang pulak entry ni. mesti korang bosan giler kannnn.. mesti korang tengok gambar je kannn??? 

Apa2 pun aku rasa lega sangat bila dah sampai ke seberang dengan tongkang tu dengan selamat. Nak tau siapa pembawa tongkang tu??? 







Sila scroll ke bawah..















Lagi sikit..












































Laki den!!! muahahahahahhaha..

Kbai nanti sambung cerita lain pulak yer.. penat lah aku tengok gambar yang melambak banyak ni.. pening nak susun.

38 comments:

  1. tentang naik sampan tu boleh fefeeling naik sampan kat venice babe...muahahahaha....

    ReplyDelete
  2. amboi...cik abg bawak sampan ye..punah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. eksyen2 je sis.. klau betul2 mau tenggelam tongkang tu.. hehehe

      Delete
  3. - ngeri jugak weehhh tgk sampan tu...kecikkk...dalam sungai tu ada buaya tak? hahahahaha...kalau my mom, confirmed dia takmau naik, sebab takde jaket keselamatan katanya...hahahaha

    - part testing kek lapis tu mmg terbaik lahh...kita test makan sampai kenyang! hahaha

    - mee kolok tu ala ala macam mee maggi goreng aja kan rupanya? Tak pernah makan...tapi ramai yg makan kalau gi sana...laksa sarawak i pernah makan sekali, makan kat kolumpo la tapi..kat KLCC...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ngeri.. mulanya mcm tak confident je boleh muat ke kitorang ramai2.. hahaha. Buaya ada lah kot.. "bujang senang" hehehe My mom pun tak confident sbnrnya... dah kena paksa ngan menantu.. ikut je lah wpun I tau dalam hati dia takottt hahaha...

      hahaha testing dah macam datang makan kat kenduri je kannn :D

      Tu lah.. kita kalau dah sampai kat tempat orang, haruslah mencuba kannn.. Laksa sarawak tu mmg sedap.. bau dia macam ubat.. tp dia punya taste wa ckp lu.. nangesss hehehe

      Delete
  4. Zaza...tingin sgt nk g sarawak nti..seronok tgok zaza n the gang kecoh2 kt sana..

    Mee kolok tu xsemenggah la tgok..
    Laksa sarawak biasa mkn sbb mak rin pndai buat..lama jgk dok sarawak dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok kalau ramai2 Rine.. lagi2 anak2 buah & anak sendiri dah besar.. senang nak berjalan & buat kecoh hehehe..

      Rine kena pergi tau.. mungkin dulu dan sekarang dah banyak berubah..

      Delete
  5. nasi en nizam kemain be love2 bagaii hahha.... mee kolok tu mcm maggi goreng jek...
    naik sampan tu mcm funny jek tpi takut gak kot2 ade buaya ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. love je lebih tapi kureng sedap.. a'ah mee kolok tu dah tupa maggie goreng je.
      funny & enjoy dalam sampan tu.. dalam hati masing2 mmg cuak ;P

      Delete
  6. kek lapis dan sarawak berpisah tiada.

    begitu juga dengan mee kolok.

    ReplyDelete
  7. Macam menakutkan je naik sampan gitu.. kalau anak kecil mesti melalak2 derang.. btw salam perkenalan...

    ReplyDelete
  8. lum pernah jejak kaki kat sarawak lagi...target nak pergi next year...

    ReplyDelete
  9. emm puas baca..macam nak pi sana je merasai keseronokannya. nak naik sampan !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PCL harus pergi one day nanti yer.. best naik sampan.. mcm naik sampan mainan je hehe

      Delete
  10. Selamat datang ke Sarawak. Bestnya jalan2. ;D

    ReplyDelete
  11. yap.

    nak makan kek lapis sarawak ni..haruslah beli kat sana. baru best.

    ReplyDelete
  12. sedapnya kek lapis sarawak tu..baru pas balun kek lapis sarawak yang adik beli dgn kwn die dr sarawak..sanggup tu pos...tapi berbaloi2 laa sebab sedapppp...

    - naik bot ramai2, sure xrasa takut...kecoh sebab nak hilangkan rasa takut kannn...bestnyee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berbaloi.. kaler menarik, rasa pun sedap
      kalau dah ramai2 mmg dah rasa takut.. lagi kecoh adalah.. haha

      Delete
  13. sy memang keje kt sarawak...mmg dh penah naik penambang waterfront ni :)

    ReplyDelete
  14. Nasiblah 5 minit je berdayung tu..kalau tak jenuh nak simpan rasa takut tu..huhu..apepun seronoklahaii hsopping kek lapis tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5minit pun terasa jugak cuak naik sampan tu Fiza..
      mmg seronok shopping cake lapis.. kenyang makan tester je hehehe

      Delete
  15. haha, suka gile komen pasal kek lapis tu.tak suka orang gitu, sibuk je kan...hahaha

    betul-betul ingat pegang monopod tadi.

    ReplyDelete
  16. Laaa...zaza mkn mee kolok yg goreng eh....ada satu lg jenis yg sup..itu I mkn kan kat tapak pasar satok yg lama...mmg terbaik...

    ReplyDelete
  17. ehh..eehh..yeke abg jebat yg bawak??haha
    ehhhh..xla..kite xskip pun tau..bace spi abis, tgk gmbr spi abis..sebab arap2 1 hari nnt dpt la gi sana..aminnn

    ReplyDelete
  18. kak zaza..mee kolok yg sedap kat airport..memang terbaik

    ReplyDelete
  19. Weeeeeeeeee nambelas orang sekali haaa naik tongkang...memang meriahhhhhhhhhhhhhh...suka la ramai2 cm ni heaven sungguh...alamak sis ju terbaca komen mamat tu ckp cm tu ttg kek lapis...ish bahaya yer komen cm tu...tak baik tau, better pi sarawak rasa yg betul2 ori...mmg la kl ada tp tak seoriginal di sana...hmmmmmmm tetiba naik marah plak kan ju baca...kalu ju di tempat akak pun naik marah gak...hehheheheh sis pedulikan komen tu...buang je..teruskan menulis utk bg informasi pada kami semua...tak semestinya yang dh pi sarawak tahu...kebanyakkannya tak tahu pun wpun mereka duk sarawak sendiri haaaaaaa

    ReplyDelete
  20. mee kolok kat situ so-so jer.. yg sedap kat tempat i bagi tahu u hari tue.. kat Bt.9.. tak pe la merasa jugak kan..mcm farah kureng sikit laksa sarawak..tak kena dengan tekak kot..hehehe..

    ReplyDelete