Thursday, January 22, 2015

Hari Cuti Sekolah

Cuti sekolah haritu.. Nizam ajak pergi  Pusat Sains Negara. Kat sana kan ada open swimming pool area. Entah kenapa haritu aku malas sangat nak ikut.. Nizam bawak budak je lah pergi.. plus bawak anak abang aku sorang dengan anak kakak Nizam sorang.. so bermandi-manda lah budak2 tu berpupu-pupu (cousin).

Masa kat sana Nizam whatsapp gambar kat aku.. bukan main lagi berkubang budak2 tu macam badak air.. hahaha.

Macam tak ramai je time tu tak tau lah kenapa..biasanya kalau weekend kemain penuh budak2 datang mandi.

Sepupu sepapat ;P


Eh.. dengar cerita nak mandi kat sini dah kena bayar.. betul ke?? selama ni free je. Haritu masa Nizam pergi guard tu kata suruh bayar kat kaunter dalam Pusat Sains tu.. memang TAK lah nak suruh laki aku panjat ke sana semata2 nak pergi bayar kannn??!! Dia buat bodo je datang terus mandi bawak budak2 tu.. hahaha. Jahat Bang Nizam tau! :D

Selesai bermandi-mandi dalam pukul 7 lebih macam tu diorang gerak balik. 

Bila aku dapat gambar yang Nizam whatsapp tu ofcoz lah aku masuk dalam moment kat wechat. That time kan cuti sekolah.. budak2 ni garit dengan handphone masing2.. bila aku masuk gambar kat moment sibuk komen kat gambar yang aku post kat moment tu.. 

Yang tak menahan tu jawapan si Khairine.. cuba korang perati kat petak yang aku tanda merah tu.

Dia pun panggil mak dia ni JAH!! 

Kau ghasa??? hahahaha.

Ni hari lain pulak.. kitorang pergi tengok wayang cerita Night At The Museum. 


KhaNish

 Mummy & Khairine

Mummy & Danish

Kak Zaza & Bang Nizam =)

Pergi anak beranak je.. maklumlah cuti2 sekolah hujung tahun selalunya kitorang jarang sekali plan pergi bercuti.

Kau paham2 je lah Bedah.. kalau dah cuti sekolah in peak season semua harga emma maembong melambong-lambong plus hotel sokmo fully booked punya.. tu yang malas. Tu yang selalu pergi time2 bukan musim cuti sekolah. Cuma sayang lah budak2 ni ponteng sekolah dua tiga hari.. InshaAllah tahun ni kalau boleh nak kurangkan ponteng sekolah untuk Khairine & Danish..kalau boleh tak nak lah.. sian budak2 tu karang tertinggal ketapi plak dalam pelajaran.

17 comments:

  1. mak jah tak ikut pi mandi manda ye...tak boleh bla jawapan si khairine tu kan..hehehe

    ReplyDelete
  2. yelah jah.. hahaha.. comel je jawapan dia menyakat mummynya.. ;)

    ReplyDelete
  3. hahaha.. anak n momy yg sporting :D

    ReplyDelete
  4. Hahaha..lawaks betul khairine...pandai plak dia gurau2 dgn mummynya ek

    ReplyDelete
  5. seronoklah dorang mandi manda ye.amboi kakak khairine pun panggil jah..hehe..melawak dengan mommy tu

    ReplyDelete
  6. Kak jah update blog??kak jah update blog?? Ohmmmmmgeeeeee 😱😱

    ReplyDelete
  7. hahaha saje khairine sakat tu hehehe

    ReplyDelete
  8. salams zaza, kak mieja follow dari GMBM :)
    seronoknya tgk dia org mandi manda baru tau ada open pool...

    ReplyDelete
  9. hai kakak syg, best kan dpt tgk wyg ramai2. nanie pon sekarang rajin bebemar tgk moview. baca la review filem dr blog nanie. hehe

    ReplyDelete
  10. Tanjat kak zaza update blog...dulu2 jenguk blog sis selalu tp xd update...bila update huwaaaaaaaaaa syokkkk rasa hehehhe wahhh berkubang ye diorang sonok la...tgk movie wewittttttttttt

    ReplyDelete
  11. amboii khairine.. hahaha. ala sesekali khairine nk menyakat mummy dia.. jangan la marah..=D

    ReplyDelete
  12. Betuahhh punye khairine..hahaha..
    mcm best je pool tu..aritu penah dgr org ckp ade pool.kt ctu tp xpenah pun menggoogle..bsr jgk kan..aiseyyy..tp dh kene bayo plak..

    ReplyDelete
  13. hihihi..lawak larrr anak zaza nie...bestnya berjalan-jalan boleh release tension...hhuhuhu

    ReplyDelete
  14. Mana poi, lama tak nampak??? Manjat pokok ko? Haha...

    Boleh pulak mummy tak pergi .....
    Kalau bang Brahim tu sanggup dia cancel kalau bini tak ikut sebab mls nak tengok budak budak.
    Jah mentang mentang le gi swimming pool open gitu ko sombong ek....

    Dah tengok gak cite tu. Bolehlah layannnnn .....tak delah sedap sgt ek

    ReplyDelete
  15. Hahaha...khairine nak bergurau ngan mommy tu ☺

    ReplyDelete
  16. Amboi khairine....over tau.....sabar je la...

    ReplyDelete