Tuesday, March 24, 2015

Kavi's Wedding

Seumur Hidup ini first time aku attend wedding orang india kat Kuil. Perasaan aku? ofcoz lah teruja. Bila dapat invitation dari ex officemate aku haritu.. firstly dia tanya samada aku ok ke kalau dia buat wedding kat temple.. boleh datang ke? Aku kata aku ok je.. tak ada masalah pun.. as long as kita bukan ada niat lain selain dari nak meraikan hari kawin dia kat situ.. betui dak?!

The invitation

Disebabkan Nizam ada kerja haritu, aku pergi berdua je dengan Khairine.. sempoi ;) 
Dah lah tak tau nak pakai baju apa. Malas lah aku nak bersari/ kurta ke kuti bagai. Karang aku masuk temple tu orang ingat Kareena Kapoor pulak. Mula lah semua nak mintak sign akak.. hahaha.

Welcome

Pelamin.. yang duduk tu Tok Kadi


Nak describe lebih2 takut salah. So kita buat tanggapan macam ala2 wedding melayu je lah ye. 

Sorry Kavi.. I tau you akan baca blog I ni.. *peace* ;)


Apa2 pun you nampak cantik.. lain sangat muka you.. hampir tak kenal I ;)

Guest


Seronok sebenarnya dapat pengalaman baru macam ni. Budaya kita kan berlainan dengan diorang.. so macam2 benda baru aku dapat tengok.. sampai melopong mulut.. hehe.

Sementara menunggu Bride tukar pakaian.. tetamu semua dihiburkan dengan persembahan dari penari2 cilik.. hahaha.. skema sangat ayat aku.. phuiii.


Penari2 comel ;)



Lepas habis tarian dari budak2 kecik berdua tu.. tibalah masanya pengantin berarak ke pelamin untuk acara seterusnya.


Dulang girl.. tapi tak bawa hantaran ye.. diorang pegang lilin


Ketibaan pengantin diiringi gendang & seruling


Flower girl & flower girl




Kalau melayu kira macam upacara batal air sembahyang lah.. kalau india tak tau upacara apa macam ni. Sebab lepas pengantin berarak masuk, yang groom terus duduk kat pelamin. Bride pulak duduk depan tok kadi. hehe.. pandai2 je aku kann??! 


Tengok pengantin lelaki tu.. kena lap peluh sendiri kau! hahaha. Kalau kita yang melayu ni siap nak ada tukang kipas bagai.. diorang ni jugak sempoi.. kau mampu?? hehehe.

Lepas tu bride & groom duduk kat pelamin. At the same time ada upacara bersalam dan berbincang bersama besan. Kalau korang tengok dalam gambar atas ni ada dua pasang husband & wife tengah bercakap.


 Lepas habis upacara tu.. kedua2 pengantin kena bangun untuk mengelilingi kawasan pelamin


Ada beras kuning tiga tompok kat tikar tu. Bride kena pijak sambil cantumkan beras tu menjadi satu dan kaki membawak sampai ke atas batu untuk disarungkan cicin kat jari kaki.

Lepas dari tu sessi bergambar pulak.


Ini tak pasti untuk apa.  Kalau melayu orang kata sebagai hantaran.. ini tak mungkin lah hantaran kot.. hehehe. Sebab aku tengok barangan ni elok je terletak depan pelamin tak diusik-usik.


Beras kuning

Oh lupa nak cerita. Beras ni aku dapat dari one of the penanggah kat situ. Dia akan mengelilingi tetamu yang dok dekat2 dengan pelamin untuk kita baling kat pengantin.


 Begini lah aku haritu. 
Hello abang belakang tu.. senyum kat camera I nampakkkkk.. hehehe.

Tak pakai sari pun. Pakai jeans dengan tshirt je. Masa aku baru sampai haritu aku tanya kat sorang Macha.. aku tanya boleh ke aku pakai macam ni masuk temple. Dia kata ok je.. no problem.. fuh lega Kak Zaza dengar masa tu ;)


Khairine


 Khairine & new friend

Aku cakap kat budak comel tu.. awak ni comel lah.. boleh ambil gambar tak? terus dia sua muka dia depan camera aku.. sporting betul budak ni.


Me, Khairine with Bride & Groom

Upacara haritu dari pukul 10.30 pagi sampai 12.30 tengahari. Dalam pada dua jam tu sikit pun aku tak rasa boring. Sebab ini pengalaman baru bagi aku coz aku dapat tengok live upacara perkahwinan orang India.


Thanks for the invitation Kavi.. Congrats to you & husband.. cepat2 dapat baby ok ;)

13 comments:

  1. wow dapat merasa perkahwinan org lain

    ReplyDelete
  2. i pernah attend 2 kali tapi itu pun dah lama babe... but it is an exciting experience ain't it?

    ReplyDelete
  3. wahhh...selalu pergi orang melayu sahaja..pengalaman yg menarik buat zaza...😊😊

    ReplyDelete
  4. wahh wahhh u are person not easy to be close ehhh?

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi attend wedding dari kawan india..satu pengalaman untuk kita kan bila attend wedding kaum lain

    ReplyDelete
  6. Saya bangga dengan kak zaza, bagus sis attend india wedding boleh kenal adat resam diorang kan...unik betul cara mereka kahwin..anyway both bride and groom sangat cantik...tetiba macam best ye pakai sari...

    ReplyDelete
  7. za pun xpenah attend wedding india..tpi india muslim ada ler hehehe..

    ReplyDelete
  8. wah.. menarik.. saya pernah hadir kenduri kahwin kawan hubby tapi dibuat di dewan je.. tapi meriah and happening.. ;)

    ReplyDelete
  9. Terbaikkk!
    Kalau u dtg pakai saree, sure kena ngorat( sebab Nizam tak dtg),hahahaha.

    " u are a person not easy to be close with" eh? hihihi..

    ReplyDelete
  10. Nampak betapa kawan Zaza sgt appreciate dgn kehadiran zaza
    Kakak tak pernah pergi live macam ini.
    Makan-makan di hotel dgn pengantinnya adalah.. 'nikahnya' tak dpt tengok.

    ReplyDelete
  11. x pernah pulak hadir majlis kawen non muslim... bukan x nak tapi x pernah kena jemput.. hehe

    ReplyDelete
  12. Pengalaman baru kan. Aku tak pernah attend wedding selain dari wedding melayu ☺

    Wah...ayat tu. ☺

    ReplyDelete
  13. menarik..best jugak dapat tengok budaya kaum lain kan

    ReplyDelete