Thursday, April 30, 2015

Pustaka Peringatan P.Ramlee

Hi.. Assalamualaikum

Esok dah start cuti sampai hari Senin.. apa plan korang? aku mungkin nak balik Melaka kot.. lama dah tak balik Cheng.. padahal tiap-tiap minggu turun Melaka.. tu pun sebab kerja nyah! kalau tak sebab kerja lama dah aku singgah. Apa-apa pun plan korang.. sentiasa berhati-hati dijalan raya ya.

Ni nak tanya.. korang pernah pergi Pustaka Peringatan P.Ramlee?? minggu haritu keluar nak beli barang dapur.. tapi sebelum tu singgah office Uncle aku kat Wangsa Maju.. ada hal sikit nak di-settle-kan. Lepas tu ingat nak terus ke Mydin Selayang.. sekarang ni orang heboh kata Mydin tak ada charge GST kan? tu yang ingat nak try beli barang kat Mydin instead of aku selalu beli barang kat Giant. Dalam pada kata nak ke Mydin Selayang tu Bang Nizam terus tukar fikiran.. baik kita pergi Mydin Pudu je dekat sikit katanya.. daripada nak ke Mydin Selayang yang jauh-jauh buta tu.. sama je barang yang ada pun.. so planning pun bertukar ke Mydin Pudu sajo.

Masa on the way tu lalu area jalan Setapak. Terus Bang Nizam ajak pegi Rumah P.Ramlee. Eh macam ajak pegi rumah kengkawan je bunyiknya.. haha. Aku pun ok je.. budak-budak pun suka.. lagi pun KhaNish kan dah pernah pergi Rumah P.Ramlee kat Penang haritu [LINK] 


Pustaka Peringatan P.Ramlee telah dibuka dengan rasmi pada 22 Mac 1986. Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee terhadap dunia seni tanahair serta menggalakkan kajian dan penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara. 
Baca lagi di Pustaka Peringatan P.Ramlee (Kredit : Arkib Negara Malaysia)

KhaNish

Khairine & beca P.Ramlee Beca ni simbolik dalam cerita Penarik Becha.. rasanya beca ni bukan yang digunakan dalam film tu kot. Kalau ada lagi beca tu pun aku rasa beca tu dah usang kot.. 

According dari penulisan dalam gambar ni cerita tu pada tahun 1955

KhaNish & Kereta P.Ramlee

Kereta jenis ini pun dah tak nampak lagi atas jalan raya

Salah satu bangku yang ada kat luar rumah. Aku noticed disekeliling rumah banyak bangku jenis ini.. semua ada tertulis nama-nama tajuk film Allahyarham.

Visiting hours

Kat dalam rumah tak boleh ambil gambar.. so kita kena hormati rules kat situ.. kalau setakat nak ambil gambar kat luar rumah masih boleh lagi.

Wednesday, April 29, 2015

Sports Day KhaNish 2015

Go Biru!! Go Biru!!

Amboi bernafsu betul mak kau bagi sokongan untuk sukan sekolah anak ya. Mesti lah bernafsu.. acara ni kan setahun sekali.. bila tengok anak masuk sukan sekolah mulalah nak menitik air mata.. mulalah tiba-tiba nak touching.. Aku touching sebab aku macam tak sangka anak dah besar.. dapat tengok pergaulan dia kat sekolah dengan kawan-kawan & cikgu macam mana.. ada kawan ke tidak anak aku tu.. tu yang touching sampai menusuk ke lubok hati nih. Dulu dok tengok diorang kecik je lagi.. bila masuk sekolah darjah 1 rasa tak sangka anak dah masuk sekolah.. bila dah besar macam sekarang ni terus feel deja vu teringat zaman diorang kecik2 dulu.. tah apa-apa tah perangai tu.. hahaha.. itu lah naluri emak sebenarnya :)

Team Biru.. bak kata Ustaz Kazim Elias.. "kalau dah jodoh".. eh.. bukan jodoh Danish dengan adik baju biru kembang dua orang tu.. maksud aku jodoh Khairine dapat rumah biru.. Danish pun dirumah yang sama.. so tak ada lah nanti aku kena jadi emak yang "bias" pulak kiri kanan nak kena sorak.

Pastu teringat zaman-zaman kita kat sekolah dulu.. betapa skemanya muka.. dengan hitamnya.. rambut pendek time tu.. haha. Cikgu suruh masuk lumba lari... kau pun turutkan je.. lepastu kalah pun macam tak ada perasaan.. sebab time sekolah dulu aku ni kaki bangku.. apa sport semua tak nak masuk.. kecuali masa darjah 5.. ingat lagi aku join hoki.. tapi bukan under sekolah.. hoki tu private club punya.. main kat Brickfield every weekend.. tah macam mana boleh terjebak pun tak tau lah.


Seminggu training dah hitam legam dah budak-budak ni.. dah tak cumel dah :(


Tema team biru haritu ala-ala Avengers. Eh tersesat sorang rumah kuning kat situ.. tu kawan baik Khairine.. nama dia Myra

Pagi tu sebelum pukul 7 aku dah hantar budak-budak ni ke sekolah.. ingat nak terus tunggu je.. sekali tengok handphone tertinggal kat rumah.. terpaksa lah patah balik ambik hp. Lepak kejap kat rumah dalam pukul 8.30am macam tu aku keluar balik ke sekolah.. aku fikir biarlah aku datang awal sikit takut nanti parking tak ada.. Nizam pulak datang kendian sebab dia naik motor. Lepas tu dia nak terus ke CIMB Bangi.. ada kerja sikit.


Perbarisan rumah Biru keluar dulu




Elok je habis perbarisan rumah biru.. Nizam pun chow terus ke Bangi.. tinggallah aku terkonteng-konteng sengsorang menunggu kat bawah khemah. Dah lah panas.. tapi ku tabahkan juga demi anak-anak.

 Rumah Hijau


 Rumah Merah


Rumah Kuning

Lama juga perbarisan & persembahan 4 team ni.. penat kaki makcik berdiri tepi padang.


Acara pertama pagi tu dimulakan dengan lari dalam guni.. ni budak-budak pra sekolah.. comel-comel makcik tengok korang ni.. dulu anak makcik kecik macam korang ni lah.. bila anak makcik dah besar.. makcik tengok korang pulak kecik.. hahaha.

Selfie jap.. ambik aura semangat dari Mummy sebelum berlari ;)

Lama betul nak menunggu turn rumah Biru nak berlari.. sampai tersangap-sangap kat bawah khemah.. terbayang bantal ngan tilam melambai-lambai kat rumah.. hahaha.

Dah nak dekat pukul 12 lebih macam tu baru turn Danish pula untuk acara 4 x 200 meter.. fuh! pukul 12 lebih baru tahun 4 punya acara.. pukul berapa pulak acara 4 x 200 meter untuk tahun 5? pitam tengah panas mak kau!

Gambar Danish lari aku tak banyak snap sebab time tu aku ambik video.. lupa nak snap.. lagi pun kan akak sorang masa tu.. tak cukup kaki tangan nak snap gambar. Mana nak kena jerit lagi.. mesti lah kena bagi sorakan yang mantop.. baru budak2 tu bersemangat nak lari.

Ni Julia kawan satu kelas Khairine.. sebenarnya aku nak cakap.. korang tengok lah padang sekolah ni.. dah macam sawah bendang aku tengok.. kalau letak Badak sekor kat situ mau Badak tu sedap berkubang.. hahaha. Actually semalam tu hujan lebat.. bertambah pulak lagi dalam minggu tu diorang hari2 dok training.. tu yang padang tu berlopak tak hengat..

Tengok tu.. sampai tenggelam kaki budak2 tu dalam lumpur.. hahaha.. aku tengok kebanyakan cikgu haritu pakai kasut yang pegi pasar tu.. hehehe.. steady lah cikgu.. hidup lah sukan untuk sekolah! ;)

Cewah.. bukan main laju Khairine lari.. Chayok Khairine!! 

 Sampai kat kawasan ni terus slow.. mana taknya.. bila tengok gambar ni kau dapat agak betapa dalamnya lumpur ni.. kaki Khairine pun boleh tenggelam kat situ.. terus dapat nombor 3.. bila dah tenggelam tu nak cabut kaki dari dalam lumpur tu dah makan masa 3 saat.. pfffttt.

Tengok kaki masing2 tu.. macam baru naik dari menuai.. hish!

 Winner.. acara 4 x 200 meter lelaki tahun 4.. Danish dapat nombor 1.. hebat budak ni kuat lari macam Mummy.. *krik krik krik*.. nanah telinga Babah kau baca ni.. hahaha

Budak terpacak kaki kat lumpur ni dapat 3rd place untuk acara 4 x 200 meter perempuan tahun 5

 Penyampaian hadiah untuk Khairine

Penyampaian hadiah untuk Danish

 KhaNish & Babah

Mummy & Khairine.. eh adik baju merah tu nak over shadow kitorang ke? kalau nak bergambar kenapa tak cakap ngan makcik.. boleh join sekali.. haha.

Tuesday, April 28, 2015

Penang Street Art

Hari kedua #ZTZtoPenang cewah siap nak hashtag lagi.. poyo je bunyiknya.. bagi yang tak tau lagi hashtag apa yang aku tuliskan kat atas tu.. maksudnya 'Z' stand for Zaza, 'T' stand for Tante, 'Z' stand for Zaza. Ada dua nama Zaza disitu.. so hashtag tu dipisahkan dengan huruf 'T' kat tengah.. so jadilah ZTZ.. gittew lah sejarahnya.

Pagi lepas breakfast kat hotel, lepas masing-masing dah melepaskan hajat kat jamban, terus bersiap keluar ke Georgetown. Kitorang nak berbasikal sambil cari Mural Art kat dinding-dinding disekeliling Lebuh Cannon, Lebuh Acheh, Lebuh Armenian, Lebuh Pantai dan macam-macam Lebuh lagi yang kami tempuh.. hahaha. Banyak sangat street art yang ada kat Penang tu.. sampai tak terhabis kitorang mencari arts yang ada. Dah lah tengah-tengah panas terik pulak tu sambil berkayuh. Rentung akak dengan kawan-kawan akak. Balik KL laki pun dah tak kenal bini.. soalan maut yang ditanya "ni bini mamak mana ni" phuiii biadap sangat soklan tu. Tau lah kat Penang ramai Mamu keturunan Mamak *NangesTumbokBantal*


Zaza, Adik Zaza & Tante.. kitorang dah nak keluar masa ni. Amboi tak malu betul bilik anak dara bersepah tunjuk kat orang. Biasalah orang pompuan kan.. ehemm.. yang anak dara dalam gambar ni dua orang je.. dah semestinya yang sorang lagi tu bukan aku.. kennn? pfffftt.

Tadaaaa dah sampai Lebuh Cannon. Ni baru betul susuan susunan #ZTZtoPenang2015 ;)


Disebabkan suka dengan gambar yang macam anjer-anjer ni.. aku tampal jugak kat sini ;) #AkuYangPoseKauYangPanas hahaha.. suka hashtag tu.. macam ada rancangan masak baru kat Astro yang ada Michael Ang tu.. apa tajuk dia.. aku yang masak kau yang panas.. ha gitu lah rasanya.


Dimulakan dengan Lebuh Cannon


First Art yang kitorang jumpa lepas parking kereta dekat-dekat situ. Masa ni belum sewa basikal lagi.


Zaza & Tante


Zaza & Zaza


Owl Shop

Jalan depan sikit dah nampak banyak kedai-kedai yang menyediakan khidmat sewa basikal. Kitorang singgah kat sorang Uncle tu untuk sewa basikal.


Alamak Uncle ni membelakangi kamera pulak.. Sewa basikal kat sini RM10 je untuk satu basikal.. kau kayuh lah sampai suboh sok pun boleh.. tak mungkin lah sampai suboh esok kannn.. hahaha. Uncle tu cakap RM10 tu boleh kayuh sampai penat.. means unlimited time.. rasa-rasa dah habis satu Georgetown dan dah letih, balik & pulangkan lah semula basikal kat Uncle tu.


Yeayy!! dah ready nak berkayuh. Thank you Uncle tolong ambik gambar kitorang ;)

Ingat ya.. kalau dah dapat parking kereta kat situ, korang kena dapatkan kupon letak kereta.. kalau tak ada nanti "kopun saman" kau akan dapat. Haritu aku tak beli pun kupon sebab tak tau mana nak cari. Bila tanya Uncle sewa basikal tu dia kata dia ada spare kupon. Wah bagus sangat Uncle nih. Dia bagi dua kupon untuk 1 jam parking. Rejeki!

Info : Lepas bayar RM10 sewa basikal, Uncle tu akan provide a cup of mineral water.. kot-kot lah korang kehausan masa berkayuh.. Map juga dia ada provide.. so that masa berkayuh nanti boleh refer kat map yang ada nama-nama tempat & tempat-tempat yang ada Mural Art di sekitar Georgetown.

Lepas dah dapat basikal kitorang terus merempit. Tengok map yang uncle tu bagi terus tuju kat tempat-tempat yang ada Mural Art.


Parking basikal elok-elok sebelum bergambar


 Zaza


 Tante


Zaza


Us

Kalau ikut Map yang Uncle basikal sewa tu bagi.. gambar ni adalah gambar D terletak di Lebuh Armenian.

Bergerak pula ke Art yang lain. Tapi art ni tak ada dalam Map.. alang-alang dah jumpa.. bergambar je lah.


 Tante & Zaza


 Zaza & Zaza


 Zaza

Untuk satu-satu tempat tu kitorang tak lepak lama.. sebab panas ya amat.. dikhuatiri kulit akan berubah menjadi hitam metallic.. hahaha.

Lets move.. kita ke Gambar L pulak. Gambar L ni kat Lebuh Ah Quee. Kalau korang nak tau.. kitorang banyak skip tempat.. ada yang tak jumpa jalan.. ada yang terlepas jalan malas nak patah balik.. so kitorang round ikut mana dan je. Janji ada bergambar.


Cubaan untuk start moto hehehe


Dah start moto terus rempit.. hahaha


Puas merempit posing pulak atas moto


 Datang pulak kengkawan nak menumpang ajak pergi ronda.. hahaha


Ini kalau kat KL mau kena tahan polis.. atas cubaan merempit bertiga.. hahaha

Next pit stop..






Minion & friends ;)

Adoi rasa macam banyak pulak gambar dalam entry ni.. eh tak apa lah.. ni kan blog ai.. apa yang ai tonjolkan kat dalam blog ni dah semestinya gambar-gambar yang ai suka.. kenapa?? awak panas ke?? hahaha.

Suka tak suka belakang cerita.. lepas tu jalan depan lagi ikut map asek tak jumpa je.. aku syak map tu tipu! asal pusing je ke arah yang ditunjuk dalam map tu sokmo tak jumpa.. hahaha. lama-lama aku cakap kat Tante & Zaza.. kita bedal je lah mana yang ado.

 Aku suka gambar ni.. suka suka suka ;)


ZTZ

Bosar nya Cat

Ingat lagi masa nak cari jalan ke tempat kucing ni.. pusing pusing kat area tu sambil redah jammed.. dah lah kitorang berbasikal.. feeling macam merempit bawak motor main cilok-cilok celah kereta.. hahaha. Yang si Tante & Zaza kat belakang aku dah terbahak-bahak gelak sambil membebel mengekor dari belakang. Dalam hati cuak jugak.. buatnya tengah mencilok.. tiba-tiba motor ke kereta langgar kitorang.. tergolek pulak kat tengah jalan.. sapo nak jawab?? Alhamdulillah.. nasib baik lah tak ada apa-apa.. hehe.

Lepas kat tempat kucing tu kitorang buat satu lagi pusingan.. kononnya nak cuba juga cari lagi mana-mana street art yang tertinggal.. end up tak jumpa.. eh jumpa! tapi macam malas nak patah balik.. time tu kitorang semua dah rentung kepanasan.

Next Art.. 

Dialog Zaza.. "ha adik buat apa tu???" 

Aikk.. main tolak-tolak bontot pulak ni ;P

"kau memanjat nak ambik apa tu?"

 "Meh sini kakak tolong ambik kan" hahaha.. kena tak dialog dengan gambar tu??

Ok lah.. setakat ni je gambar yang sempat kitorang ambil.. the rest tu nanti-nanti lah.. kalau ada rejeki datang Penang lagi kitorang repeat ambik gambar kat tempat lain pulak.


Kalau korang datang Penang cuba cari Lebuh Cannon.. kat sini aku rasa macam meriah sikit.. tak tau lah kalau ada lagi tempat lain yang lagi happening untuk ronda-ronda naik basikal. Kalau nak tau kat mana lagi yang ada tempat main basikal ni.. pegi lah google.