Friday, April 17, 2015

Wondermama X, Avenue K

Eh! caner boleh terlambat update cerita makan-makan birthday anak bujang minggu lepas ni??  adakah ini sebab faktor usia? oh mungkin tidak.. haha tak ngaku lagi tu.. kadang tu ikut mood jugak. Bila mood malas macam unta dah datang, seminggu tak berupdate blog ni. Bila mood membara-bara datang, tak tau apa nak diceritakan.. macam-macam hal Kak Zaza nih.. phuii.

Hari yang harijadi Danish minggu lepas kan hari bekerja.. so balik kerja laju-laju, sampai je rumah angkut semua anak beranak terus ke Avenue K. Bukan ada party-party or kenduri-kenduri pun. Just celebrate dinner je. Janji hado. Selalu aktiviti birthday family aku macam ni lah. Yang penting dapat spend time together.. ceh ayat motivasi sangat! hahaha.

Danish.. dah 10 tahun umur budak ni. Kejap je dah membesar bagai johan.. bila tengok gambar lama-lama masa kecik dulu banding dengan muka sekarang dah jauh beza.. sekarang ni dah nampak muka Abang-abang sangat.


Maunya tak macam abang-abang.. kakak dia pun dah macam adik dia. Si Khairine ni kurus halus je badan.. ketinggian pun tak berapa nak tinggi macam mak dia.. haha.


Plan asal sebenarnya nak makan dekat Johnny Rockets, bila fikir sedalam-dalamnya sebab nak bawak emak. Otai tekak melayu asli.. takkan nak bawak dia makan burger-burger kann??.. Nizam kata suruh aku choose tempat lain yang ada kemelayuan or menu yang malaysian cuisine sikit. Melayu tak melayu lah.. ni aku nak bagi pendapat sikit.. actually makanan kat sini bagi tekak aku kureng sedap. Entahlah kenapa tekak ni tak bertindak balas dengan baik haritu.. ke aku ni memang bangsa yang tak ada taste?? hahaha.

Chicken Nachos.. As we know, Nachos tu rasa kopok jajan biasa je kann.. sos & chicken tu agak kureng sket.


Nasi lemak rendang ayam pilihan birthday boy..Ayo! datang sini makan nasi lemak ka?? mak pun boleh masak nasi lemak kat rumah nak oi.. lagi sodap!


Nampak tak?? nasi ok! nasi! macam mana aku tak kata emak aku tu tekak melayu asli.. dia order nasi goreng kampung nyah! *pitam* 

Khairine order Wonder Kids set. Spaghetti Bolognese seciput, telur mata yang aku rasa tak sampai sebiji, dua tiga keping nachos & air yakult.. OMG! ini sangat tak menaikkan napsu selera.

WM Pasta A La Carbonara.. ni Kak Zaza punya.. this is too cheesy not so creamy.. rasa sos cheese & cream tak balance.. bila masuk mulut rasa macam sesuatu.. hurmm.


Nizam punya yang paling sedih! Seafood Maggie Mee. 


WM Durian Crepe with Ice Cream.. 

3 layer tea & Bandung

Kalau aku diberi pilihan sekali lagi untuk makan kat sini mungkin aku akan tolak.. dan kalau suruh aku review restoran ni pun mungkin aku tak nak.. kalau diminta review, macam mana aku nak kata kalau tekak sendiri kata kureng sedap.. takkan sebab nak kan review berbayar, tapi kena menipu.. oh no! Sorry bukan nak condemn.. ini hakikat.

Ok itu je yang Kak Zaza boleh katakan. Mari kita bergambar sajo ;)


 Nafasku.. cewah!

Nenek & the cucus


Selfie dengan Mummy


 Adegan ni agak sweet sikit.. Nampak tak duit kat tangan Emak tu? Tiba-tiba aku toleh tengok emak dah keluarkan duit dari purse dia terus nak hulur kat Danish. Cepat-cepat emak cakap "dik.. ambik gambar ni cepat.. ni hadiah harijadi Danish dari emak ni" wah! hahahaha.

Nenek kan?! kau jangan lah expect hadiah yang besar2 lagi best dari orang tua.. bagi dia dengan duit RM10 tu pun dah bermakna.. bagi cucu-cucu yang dapat hadiah macam ni dari nenek masing-masing, jangan merungut ya.. hargailah pemberian tu.. dah tua sok entah-entah aku pun berperanan macam ni kot.. hehe. Ok what?? ada gak bagi duit wpun RM10.. daripada tak ado hapo.. hahaha.

 Emak


Pastu masa nak balik selfie dengan emak kat depan lift. Lepas dah snap gambar, aku tunjuk balik gambar tu.. lepas tu dia boleh kata "tengok dagu mak tu.. tajam runcing".. wah wah wah.. nak kata dagu tu botox kew?? hahahaha.. ya saya tau.. emak saya kadang-kadang berperangai over! hahahahaha.

K.. nanti kita sambung cerita lagi eh.. bye!

10 comments:

  1. happy belated birthday danish... ok nasib baik you bagi review tempat ni cam ner babe, terus cancel nak melawat...ha ha ha... tapi iyalah tengok dari food presentation ada sesetengah tu agak mengecewakan dan ada sesetengah itu nampak macam inviting...rasanya pula bila you dah mention gitchewws... i trust your taste hokayyy???

    ReplyDelete
  2. Happy belated befday Danish, semoga menjadi anak kebanggaan org tua dan berjaya dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  3. Salam. hee meriah hepi besday danish ;p

    ReplyDelete
  4. lahhhh tak best eh kak senah,nasib lah x pernah makan sana lg.hahaha.megi sefodd.ko msk lg sedap kak oiii.hahaha.

    ReplyDelete
  5. HB pada dak danish...hadiah dr nenek biar pn kecik tp ada barokah tu...

    ReplyDelete
  6. hi sis. happy belated birthday. tu lah hari tu celebrate birthday kawan kat situ. husband je makan nasi lemak. nampak kureng sungguh. kita minum teh tarik, mcm banyak susu je balik terus loya =,=tak tempting sangat. harganya tempting lah hahahha. tapi lunch hour beratur okay , thats why kami siap book meja bagai. rasanya kalau takat nak melepak, selfie boleh ler kot.

    ReplyDelete
  7. Walau makanan kurang di tekak tapi kakak nampak kasih dan sayang terjalin erat.
    Happy dan adik pun rasa dihargai sangat. Dah besar memang adik - nampak macam abang pada kakak.

    ReplyDelete
  8. entry ko kalo tak buat aku gelak tak sah!

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday Danish..apesal menu semua macam kurang menarik je kak..memang dorang kena improve lebih ni.

    ReplyDelete
  10. sume nmpk sedappp tmbh2 carbonara tu..cuwit sgt makcik siap mintak amik gambau lagi..hik3..anyway, happy belated besday danish.. ;)

    ReplyDelete