Friday, May 29, 2015

Cobaan

Ini kali kedua terjadi. Aku pernah cerita kat entry lepas [Entry ni]. Pasal apa? pasal kereta tak boleh start.. hahaha. Elok je nak pergi kerja pagi semalam kereta buat hal tak boleh start pulak dia.. damn! apa2 pun bersyukurlah dengan cobaan & dugaan yang Allah bagi ya Cik Jah.. hehehe.

Bila kereta tak boleh start, laju-laju aku call Tante.. Kenapa Tante?? kenapa tak Bang Nizam dulu yang Cik Jah tak call?? konon2 soklan macam korang tanya kat aku lah.. hahaha. Sebabnya aku nak mintak tolong Tante kutip aku sebelum dia sampai opis.. so tak adalah menyusahkan dia kalau dia dah sampai opis nak kena keluar balik ambik aku kat rumah.. walaupun hakikatnya memang aku dah menyusahkan dia pagi-pagi buta.. hihihi.. thanks babe! ;) lepas call Tante & mintak tolong dia aku ambik aku kat rumah, aku call Nizam pula.. bagitau Bang Nizam yang kereta tak boleh start.. terus dia cuak.. cuak ar sebab dok pikir macam mana pulak bini aku yang malang tu nak pergi kerja kalau kereta tak boleh start.. muahahahaha.

On the way pergi kerja semalam dengan Tante ;)

Macam biasa dah sampai opis, kengkawan lain pulak tolong aku carikan jumper.. sebab petang tu nak gi jump kereta aku kat rumah. Terima kasih kengkawan sebab tolong pompuan yang malang ni semalam.. hehehe.

Try to connect positive & negative, wayar hitam & wayar merah

Kau kalau suruh aku sambung-sambung wayar ni memang aku tak reti.. silap-silap karang kalau aku yang buat, mau meletop enjin kereta.. hahaha.


Bila dah connect wayar, mula-mula tu tak boleh start.. eh! salah sambung ke apa ni? terus rasa menyampah.. kenapa pulak tak boleh start lagi ni.. bila lama sikit, try punya try terus enjin boleh hidup.. fuhhhh lega.

Aku syak ni sebab battery lah ni.. dah nak kena tukar dah bateri. Seingat aku dua tahun lepas kot aku tukar battery kereta aku.. bulan depan kereta pun dah masuk 5 tahun.. memang sedang helok lah kena tukar battery dua tahun sekali.

Harini kereta masih tak boleh start.. semalam nak gi tukar bateri tapi dah lewat petang.. mangsa kena kutip aku kat rumah pagi adalah Tante jugak.. hahaha. Thanks again babe! muahciked ;P


Nah muka harini.. harini aku pakai baju kurung yang tak pernah sekali pun aku pakai sejak kerja sini.. datang je pagi tadi kengkawan kata baju aku macam nak pegi orang kawin.. Hah! kejam betul.. tu yang malas nak pakai baju ni.. pagi tadi pun pikir lapanploh kali nak pakai ke tidak baju ni.. terpakai jugak.. jap lagi nak balik tukar baju lain.. huhu.

7 comments:

  1. Dugaan di pagi hari. Alhamdulillah ada yang sudi membantu :)

    ReplyDelete
  2. Syukur masih dirumah bukan kat tengah jalan.. mahu lagi panik gamaknya..

    ReplyDelete
  3. kalau saya mahu panik jadinya =)
    anyway saya BW blog GMBM n follow sini juga #351
    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
  4. Biasa tak leh stat tu masalah batery tak pun masalah stater..

    ReplyDelete