Wednesday, May 6, 2015

District 21

Minggu lepas kan cuti panjang.. ni lah time-nya bawak KhaNish ke IOI City Mall. Ni juga masanya Babah korang nak bagi anak-anak dia bersuka ria.. masa pergi dengan Mummy haritu tak dapat main apa-apa pun.. cuma dapat makan je.. shopping pun tak hado.. huhu. Untung lah korang dapat pergi pastu dapat bersuka ria kat sana.. dapat shopping.. dapat makan.. Eleh dengan anak pun nak jeles.. poyo lah kau Jah! phuiii ;P

Kitorang pergi hari Jumaat.. sampai je terus budak-budak ni kata lapar. Ok kita pergi makan dulu kat Kenny Rogers. Bila dah konyang baru teringat.. eh kenapa aku tak ambik gambar makanan? Yes! ini faktor usia namanya.. haha. Settled makan terus naik atas ke tempat Ice Skating. Tengah line up tiba-tiba Khairine kata "Mummy main sekali ok.. Khairine takut jatuh" ni yang mak lemah ni.. apa benda semua omak kau yang kena jadi mangsa keadaan.. kenapa tak sebut nama apak kau??! Gggrrr.. datang si bapak pula bagi nasi tambah "Bagus tu.. dulu-dulu Mummy main rollerblade.. kalau ice skating ni mesti Mummy pandai" kata dia kat anak dia.. (apa kena mengena ice skating & rollerblade?).. sambung lagi "better you pergi teman sayang.. kesian anak-anak".. arrgghh lagi bertambah tekanan! aku kata aku malas nak main.. last-last tak main.. hahaha. Terus pegi kat depan tempat ice skating tu.. ada District 21.. kat situ pun aku malas nak masuk.. tah kenapa mood merundum sangat.. gelabah giler!

Khairine

Dalam pada macam tak ada mood nak masuk tu terpaksa juga masuk. Nizam dah beli tiket takkan aku kata aku tak nak masuk.. karang kena lempang ngan laki sia-sia je.. hahaha.

Kalau korang nak tau.. masuk sini budak-budak kena pakai sport shoe tau. Aku memang dah spare budak-budak ni punya kasut. Danish memang dah pakai.. Khairine aku bawa spare. Sebab minah tu banyak cekadak sket bab-bab pemakaian ni.. karang ada je yang tak kena.. kasut ni kat kena dengan baju ni lah.. baju ni tak kena dengan seluar ni lah.. ada je songeh dia.

View dari tingkat atas

Korang kalau nak tau apa yang ada kat District 21 ni korang cari sendiri kat website dia.. aku ni bukan nak buat review berbayar yang semua benda nak cerita kat sini.

First attraction KhaNish kat sini.. Nama tempat ni Launch Pad. Sampai kabut2 gambar budak ni pun aku tampal jugak kat sini.. haha. Tak mengapa.. janji ada gambar diorang melompat kat sini.. aku kisah apa! :)

The Maze

 Mula tu memang aku macam tak suka nak masuk kat dalam District 21 ni.. bagi aku tak ada apa yang menarik perhatian.. then bila tengok keliling mainan dia penuh ngan besi-besi dan tak ada warna warni macam kat taman permainan. Saiko sangat tanggapan aku tu.. hahaha. Bila dah masuk dalam ni baru aku rasa fun & teruja.. rasa bangga sangat bila tengok anak2 melompat-lombat & memanjat sana sini.

The Maze ni panjang.. dari hujung sini sampai hujung sana. Sangkar ni last pit stop diorang lepas tu diorang turun ikut slide yang ada kat dalam sangkar tu.

Ni yang jadi tarikan aku.. siap ada slide yang merentasi dalam bas lagi.. kalau berat badan aku sama macam budak2 tu.. dah lama aku naik panjat bas ni!

Khairine dalam percubaan untuk memanjat.. Si Danish dah selamat sampai dalam bas

KhaNish the Geng Bas Skolah ;)

Dalam bas

Eh anak sapa ni? dah besar gajah pun nak main slide.. runtuh baru tau! actually ni slide yang dalam bas tu.. aku ni puas lah mencangkung kat depan slide ni menunggu KhaNish turun dari slide kononnya nak snap gambar.. rupanya bila dia dah sampai atas dia pegi kat tempat lain.. Datang Bang Nizam cakap "anak2 you dah ke sana" kuciwa!

Dah sampai atas ni diorang nak main Free Fall.. hurmm kata lah nak main Free Fall.. mak ni tungguuu lah kau kat tepi bas sekolah tu.. ingatkan korang hilang.. derau jantung.

 Danish is ready



Happy face ;)

Turn Khairine pula

 Cuak lettew.. hahaha

Berani betul budak2 ni.. mak kau tengok pun dah kecut perut walaupun tak tinggi mana.. aku ni gayat kat tempat2 tinggi.. tu yang semua benda tinggi2 pun tak nak naik.

Lepas tu sambung main GoPedal.. pusing 3 round je lepas tu habis.. ini mainan yang tak mencabar.

 Next.. main Tubby Ride

Naik serabai rambut Khairine kat sini.. 

Aku salute anak2 aku.. berani betul main benda2 macam ni. Kalau ikut perangai mak ngan bapak kau.. dari kecik memang penakut.. hahaha. Ye lah lagi pun time kita kecik2 dulu mana ada playground yang cecanggih macam ni. Main lah kau kat taman permainan kat kawasan rumah.. tu pun yang gelongsor jenis besi.. jongkang jongket pula jenis kayu yang bawah dia lapik ngan tayar.. hahaha.

 Tarik tube bawa naik atas


Actually ada dua tiga jenis mainan lagi yang KhaNish tak sempat main.. aku dengan Nizam dah penat kat sana berdiri sambil pantau budak2 ni. Tu pun dah macam tak nak balik.. pastu "Mummy.. next time kita datang lagi ya".. Eh apasal cakap dengan Mummy.. pergi cakap dengan Babah kau sana.. Babah kau yang akan keluar duit untuk semua ni.. hahaha.

 Belakang diorang tu pintu keluar & kedai jual baju & souvenir District 21.. masa keluar tu aku ngan Nizam jalan laju2 supaya budak2 ni tak menyinggah.. karang ada je benda dia nak beli

Total price masuk RM136 plus GST. Ni harga package untuk 4 orang.. entah macam mana tah kira package ni haritu Nizam ada cakap.. tapi aku tak faham.. tau-tau je dia dah beli. Untuk pengetahuan korang.. masa bayar nak beli tiket tu nanti dia akan bagi socks & glove. So korang cuma readykan anak2 korang dengan sport shoes ajos. Kalau tak pakai sport shoes tak bleh masuk.

Settled main2 kat District 21 kitorang masuk H&M.. saja nak cari kan minah ni baju & jeans selai dua.. lagi pun Khairine cakap dia nak cari skirt untuk menari nanti.. alasan sangat! dapat tutu skirt selai kat H&M.. lupa pulak nak ambil gambar skirt tu.. nanti lah bila Khairine pakai aku snap gambar ya. Tengok lah tu.. tak penuh satu shopping bag, on phone pulak.. very the makcik2 sangat perangai tu.. sambil shopping sambil on the phone. Kalah perangai mak kau! Pffffttt.

8 comments:

  1. hahahahahaha...ko ni kalo tak buat entry tak kelakar tak sah kan!!!
    mampos arr anak gajah turun slide!!

    ReplyDelete
  2. bestnya anum pun nak terjah

    ReplyDelete
  3. Baguslah zaza tempat mainan macam ini. Bagi mereka cergas. Suka pulak kakak tengok mereka berdua. Nampak mereka sgt akrab. Tapi macam adik jaga kakak sebab adik besar:)

    ReplyDelete
  4. Kahkahkah...tak menahan aku baca. Lain yang ditunggu lain plak yang keluar. Kalau ada rezeki nak bawak anak² ke sini jugak. Haritu gi sibuk si kimi nak main. Tapi berani betul anak² ko ni.

    ReplyDelete
  5. amboii ajak datang lagi tu kak..hihi. mana taknya, seronok kot explore aktiviti yang mencabar ni.

    ReplyDelete
  6. Fuhhhhhhhhh seronok sungguh2 ni...anak dah besar syok lepaskan dalam ni haaa pi manjat puas2...KhaNish berani betul terjun tu...ngigau auntie juju tgk hehehhe

    ReplyDelete
  7. seronok la diaorg tu...aik..khanish tu yg bab2 pilih pakaian tu...agak2 nya ikut sape tu...hehehe...ikut cik bedah ler tu....menarik gak tempat ni...x pernah masuk lg tempat ni...thx for the info babe :)

    ReplyDelete
  8. best gileeeee..ank dh besar sket seronok la bwk..mak blh main skali..haha..ehh ehh..ade ank gajah?kah3

    ReplyDelete