Tuesday, June 2, 2015

Spaghetti Zaza Masak

Nampak tak tajuk tu?? bukan main tak nak mengalah nih. Eh! baru perasan.. aku dah lama tak share resepi kat blog. Amboi amboi ayat tu macam pompuan handalan sangat dalam dunia masakan nih.. phuiii ;P Ya lah baru aku perasan memang dah lama tak share pun.. bila kat rumah, tak ada lah hari-hari aku masak.. kalau masak pun yang simple2 je.. lepas tu MALAS dan LUPA nak ambil gambar masakan.. kau rasa??? aku yang masak kau yang panas kann??? hahaha. 

Ok melalut sudah.

Hari apa tah masa aku kat opis Khairine call aku.. "mommy, kalau mommy balik kerja awal harini tolong masak spaghetti" wah! order je?? Anak kan?! bila dengar suara comel dia mintak benda makan, kita sebagai mak ni tak sampai hati nak hampakan permintaan anak.

Tadaaaa.. spaghetti Zaza masak *senyum kambing*

Bangga lah sangat setakat masak spaghetti tu.. padahal masak spaghetti ni tutup mata pun boleh siap ngeeee ;P

Kepada anda (ceh anda konon.. ingat rancangan tibi apo) yang tak tau cara nak masak spaghetti bolognese ni, beli je sos yang dah siap yang dijual kat kedai tu.

Cara aku:

- Spaghetti (brand san remo)
- Minced chicken meat (brand ayamas)
- Spaghetti tomato sos with basil
- 1 labu bawang merah yang dicincang
- Air & sedikit perasa

********************************
1) Rebus spaghetti sampai lembut
2) Goreng bawang yang dicincang
3) Dah naik bau & layu, masukkan minced chicken meat
4) Bila dah masak ayam tu terus masuk tomato sos
5) Kacau rata, kalau pekat letak air sikit & serbuk perasa
6) SIAP ;)


Selit satu gambar.. ni gambar dessert yang aku makan lunch buffet kat Latest Recipe, Le Meridien harini. Gambar-gambar lain tak snap lah.. karang orang tengok aku macam jakun pulak asek ambik gambar makanan kat keliling tu. Biar lah orang nampak kita ni semenggah sket.. haha.

Dah tu je.. kbai

10 comments:

  1. Zaza.. sedapnyaaaa... dah la tgh posa ni..

    ReplyDelete
  2. Anak2 suka giler spageti bolognese...

    ReplyDelete
  3. tq share resepi.. boleh buat bulan puasa nanti.. bosan pulak kalau hari2 nasi kan..

    ReplyDelete
  4. ai sorang je yang beria layan menu ni kalau buat di rumah.. anak2 tak minat.. dorang tekak melayu.. ;)

    ReplyDelete
  5. i pun suka spaghetti dear.. nanti meh masak kat i sikit.. sbb nak versi Zaza Masak! =) mesti umphhhh

    ReplyDelete
  6. Anak aku dah lama mintak spaghetti. Tapi tak buat2 lagi.

    ReplyDelete
  7. Kebetulan.. Hari ni mmg nk masak speghati tapi selera melayu punya..

    ReplyDelete
  8. budak² memang suka makan spaghetti..nak masak pun simple je..hihi

    ReplyDelete
  9. alololo sedap nyer.
    masuk list jugak la utk ramadhan ni nanti.
    anak2 suka giler spageti bolonis ni :)

    ReplyDelete