Thursday, July 30, 2015

Resepi Daging Masak Hitam

Ingat nak letak tajuk "resepi daging masak hitam ala Zaza" nampak macam nak overshadow pulak sebab resepi ni dari arwah MIL turun ke SIL. Satu lagi ingat nak letak tajuk "resepi daging masak hitam Zaza masak" pun macam nak overshadow juga walaupun memang aku yang masak, kenapa kau pula yang panas??! muahahahaha.. eh, tak lah.. kan lebih helok kalau aku tak letak kedua-dua tajuk tu.. memandangkan this is my first attempt, so jangan nak letak tajuk over sangat!

Weekend lepas aku & Nizam pergi pasar pudu.. macam biasa stock up barang basah untuk seminggu. Sekali teringat daging masak hitam yang SIL selalu buat.. terus gi beli daging RM10. Kat rumah aku tu emak sorang je tak makan daging lembu.. pastu setakat perut aku, Bang Nizam & KhaNish tak lah besau mana.. takkan habis makan kalau beli sekilo daging.. so tak payah beli banyak-banyak. Bila dah rebus & potong-potong pun dah kira banyak sangat untuk penghuni rumah aku makan.


Daging masak hitam resepi turun temurun.. gittue ;)

Untuk dapatkan resepi, aku call SIL. Habis berbual dalam phone, lepas dapat resepi terus jadi macammm "eh! kenapa senang sangat resepi ni? macam tak caya je". Senang giler masak daging masak hitam rupanya.. padahal aku dah ready kertas A4 dekat empat helai (itu tipu) nak salin resepi.. bahan pun tak pakai banyak sangat. Mungkin resepi orang lain ada bahan tambahan lain kot. Bila aku try resepi simple yang SIL bagi ni, sedap je bila dah masak.

Korang nak resepi ni ke? aku dah try buat.. cuma terlebih letak cili je. Bila aku tenung balik macam ok je tak nampak macam terlebih cili sangat pun. Bila tanya Nizam dia kata sedap. Bila aku rasa, memang sedap hoi! muahaha. Ini first time aku nak puji masakan sendiri kat public.. aku pedulik haper! Yang kelakarnya nasib baik tak terbalik kuali aku masa menggoreng daging sebab masa goreng tu daging melekat-lekat.. cuak kejap.. hahaha. 

Apa-apa pun kipidap Zaza! you can do it better!! wah gittue ;P

Bahan-bahan
- Daging RM10 (kalau nak lebih pun boleh)
- Bawang besar 6 labu *blend*
- Bawang putih 6 ulas *blend*
- 1 sudu Cili boh/ cili giling/ cili kering
- Kicap manis untuk perapan
- Garam secukup rasa
- Minyak masak

Cara-cara
1) Rebus daging sampai empuk. Kalau daging batang pinang tak perlu direbus, just hiris kecil & tumbuk sikit bagi dia jadi leper macam daging dendeng.
2) Goreng daging sekejap jangan sampai garing. Angkat daging tu lepas tu lumurkan/ perap dengan kicap manis (brand kipas udang/ Jalin) aku guna kicap ABC je.. tu pun one of kumpulan kicap manis juga.
3) Sementara daging diperap, blend bawang merah & bawang putih. Lepas blend, terus masuk dalam kuali yang ada lebihan minyak goreng daging tadi. 
4) Tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih & cili boh) hingga betul-betul garing & pecah minyak
5) Masukkan daging yang diperap dengan kicap tadi & gaul rata. Perasa dengan garam/ gula (tak payah banyak sangat sebab daging yang diperap dengan kicap tu dah cukup manis).
6) Siap untuk dihidang

Simple sangat cara nak masak daging hitam ni.. bahan pun tak banyak & tak susah nak cari.

17 comments:

  1. save dulu resepinye...nnti nk try

    ReplyDelete
  2. hahahahahahahaha janji ada nama zaza kt situ.hahahaha.hoii sedap kak oi!

    ReplyDelete
  3. sikit je bahan²nya rupanya..tapi tulah, husband kurang makan daging ngan fiza..so kebarangkalian makan daging tu jarang. tapi kalau jumpa lauk ni cuma jamah sikit je la..hehe..sedap tu memang sedap. terbaiklah kak zaza masak.menjadi gitu

    ReplyDelete
  4. Hahahha zaza yg masak org lain yg panas yea... hehhhe mudah resepi ni boleh try nanti...

    ReplyDelete
  5. nak cuba gak la..tgk gambar je pon meleleh ayaq liuq..hehehehee..

    mintak halal resipi yea...

    ReplyDelete
  6. Ok.nti nk bt la.nk ambk resepi u la zaza...blh mkj dgn ns minyak nih..sedap!!

    ReplyDelete
  7. loh mudahnya nak buat ...pcl selalu kalau makan kedai memang cari daging yang kuahnya hitam...memamg suka lah. boleh cuba nanti. Tq n Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin Zaza.

    ReplyDelete
  8. ye...sedap dan simple..dan tak berempah sangat..

    ReplyDelete
  9. haah ek..simple je resepinya tu..

    ReplyDelete
  10. Nice resepi.. Nak buat juga tapi entah bila nak menjadi nih..

    ReplyDelete
  11. Mudah rupanya resepi ni...tumbuk daging tu goreng kan...pastu perap dgn kicap ABC...kicap abc tu mmg sedapppp betul julia pun suka guna sis...lepas ni kena buat...penambah selera

    ReplyDelete
  12. Senang je kak.. Tp.. Alaaa.. Pyah la nk crik daging kt gomeh ni. Nyampah.. Nti nk try jgk la..

    ReplyDelete
  13. Thank you untuk resepi ni emm dapp..
    nak cuba malam ni kalo sempat heheh

    ReplyDelete
  14. Perghhhh...mengancam betul daging masak hitam kau tu jah. Thanks for the resipi. Boleh lah aku try. Simple jer bahan² nya yerp.

    ReplyDelete
  15. Boleh try ni.slalu daging goreng kunyit je 😂 tq sudi share resepi.

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete