Thursday, October 22, 2015

Johnny Rockets

Birthday Nizam kan last week, as usual asal birthday je kitorang anak-anak akan celebrate secara makan-makan je. Kali ni birthday dia aku belanja makan kat Johnny Rockets Avenue K. Senang & dekat.. lagi pun weekdays plus hari Jumaat plak tu. Mintak hampon lah aku nak redah ke tempat lain yang lagi jauh. Mula-mula tu memang ada hati nak pergi area Bangsar.. bila fikir balik tak payah lah. Karang elok sampai sana kedai pun tutup.

On his birthday itself Nizam cuti. Dia hantar aku pergi office.. merasa kejap aku pergi kerja berdua2an dengan dia.. dapat anjer2 dalam kereta.. sebelum keluar dari kereta salam dulu, cium tangan, cium dahi.. comolot.. oppss hehehe. Setelah sekian lama asek pergi kerja sengsorang.. kena drive sendiri pulak tu. Habis kerja dia ambil aku kat opis. Terus dia serahkan stering kereta kat aku. Sebabnya dia tak tau mana hala tuju aku nak bawa dia pergi makan malam tu. 

Terus ke Avenue K.
Happy Birthday Bie ;)
Birthday present untuk Babah katanya.. Actually Khairine & Danish nak bagi benda lain.. last minit punya pasal, aku cakap kita pergi Famous Amos je lah. Beli chocolate ferrero rocher yang ada bear & yang dalam mug tu. Khairine pulak bagi cookies yang dalam tin gambar bear.. susah Mummy nak fikirkan untuk korang hadiah apa nak bagi untuk Babah. Mummy punya part memang dah lama Mummy settlekan. Aku bagi perfume je kat dia. Tu pun beli kat KLCC lepas balik kerja.


Yang diorder 
Yang dimakan..

Aku dengan Nizam share je.. tak larat nak makan burger kat Johnny Rockets ni.. besau nau!
Khairine punya
Danish punya
Ini pun order yang small burger je.. makan pun tak habis..  tu pun tapau bawa balik.. cuba bayangkan kalau order normal burger.. lagi tak habis makan.

Lepas dah habis makan2 terus aku minta waitress hantarkan dessert. Actually aku dah kawtim dengan diorang. Order brownies, pacak satu lilin, then diorang datang bawa alat muzik.. ala yang bulat tu (tah apa nak alat tu aku tak tau) lepas tu diorang nyanyi. Bila diorang nak pasang music je terus Nizam cakap.. alahaiii apa ni.. dah tua2 pun nak buat nyanyi-nyanyi lagi. Eh diam lah! you punya birthday.. sukati i lah nak buat apa pun.. hahaha. 

Actually dia tak surprise mana pun coz cara macam tu dah biasa buat.. last time kat TGI Friday, Hard Rock, masa birthday Danish kat Bandung dan beberapa tempat lagi yang pernah kitorang celebrate birthday. Common sangat.. hihihi

Kena tiup lilin dari jauh guna straw sambil lagu birthday berkumandang ;)
Brownies as a birthday cake. Sebelum diorang suruh tiup lilin, waitraess tu bagi plate macam kat atas tu.
Present dari Khairine to Babah 
Present dari Danish to Babah
Me & birthday boy.. BOY ke???? :p
HAPPY BIRTHDAY TO YOU DARLING!! umur dah semakin tua.. jangan perasan lebih bila orang tanya umur, you jawab baru 25 ya ;P

7 comments:

  1. Sweet moment Zaza. Kakak tumpang gembira bila melihat happy family macam ini
    Anak-anak pun tahu menghargai walau sebenarnya kakak faham En Nizam jenis tak kisah
    Sebagai isteri dan anak-anak tetap nak juga memberi kan walau tahu tuan yg diberi lebih dari mampu utk semua itu.. Moga kebahagian terus berpanjangan:)

    ReplyDelete
  2. kira surprise jugaklah tu kak..hihi..senang celebrate birthday makan² je kat luar :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Smoga family akak akan sentiasa happy sokmo.

    Suka suka suka

    ReplyDelete
  4. hahahahahaa lawak lah ko ni kak! baca blog ko x penah x gelak! happy belated to suami akk! happy family.

    ReplyDelete
  5. Comelllllllllll sgt lah kak zaza ni, happy sgt tgk meriah sambutan suami mcm ni, yg penting muka suami kak zaza tu happyyyyy sgt2 dalam hati, tak cayer cer tgk muka dia kak hehehhe, comel anak2 sis bg hadiah sorang satu, mcm ni la bagus ajar anak suka memberi...happy birthday bro!

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday to your hubby jah. Smoga nampak muda sentiasa ☺

    ReplyDelete
  7. wow... makanan aje aida jumpa dlm blog zaza ni.
    yes la blogwalking secara berjemaah sesekali :)
    mr.asben aida x suka celebrate besday dia gitu dgn muzik2. dia da warning awal2 tau, zaza.
    tak sporting...
    anyway, mr.asben aida bernama nizam jugaks :)

    ReplyDelete