Monday, November 2, 2015

Gigi Qu Puteh

Tiap-tiap tahun panel dentist yang aku selalu pergi kat Sentul tu mesti akan buat promotion. Sempena bulan birthday aku ni, aku dapat special price. Asal nak dekat birthday je mesti dia sms aku wish happy birthday. Lepas tu dia bagi promotion free check up. Scaling & polishing dia cuma charge RM150 for 2 persons. Kalau bukan bulan birthday harga jadi lain. Then after 6 month dia akan call lagi.. reminder for next check up, scaling & polishing. Scaling ni tak boleh buat tiap-tiap bulan ya Kiah.. karang reput gigi kau. Yang check up tu nanti masa kau nganga je mulut, dia akan cakap gigi kau nak kena tampal sana, tampal sini.. kalau gigi elok dia tak advice.. dia terus tenyeh je gigi kau yang berkarat tu. Bagus klinik ni.. menjaga kebajikan customer sangat.. i is like :)

Selalu Nard yang jadi peneman aku.. kitorang pergi cuci gigi sama-sama coz we share the same birth month. Ada dalam entry tahun 2013 kat LINK ni. Tahun lepas punya cerita rasanya aku tak update kot.. tah lah tak ingat dah.

Siap buat appointment for 2 persons, Sabtu lepas aku pergi dengan Tante. Appointment pukul 1.00 pm. Tepat masa kitorang dah terpacak kat depan klinik. Scaling & polishing kejap je sebab gigi aku tak lah berkarat dan berlumut sangat.. ewah eksyennya!

 Tadaaa.. ini lah yang dikatakan Gigi Qu Puteh.
Settled cuci gigi, Tante kata nak fetch her niece kat Shah Alam. Bukan main jammed nak mati Federal Highway haritu. Tak hairan juga Federal Highway tu.. memanjang je jammed. Lepas dari simpang Sunway je dah smooth. After fetch her niece, patah balik KL.. pun sama gak.. hadap jammed yang macam tah haper je. Dah lah kebuluran lapau.

Decided lepas balik dari Shah Alam baru makan. Dari Shah Alam terus menuju ke KLCC. i'm so craving nak makan mee kari. Ni semua Tante punya pasal. Elok-elok aku tak tau kewujudan food court kat KLCC tu terus aku jadi sawan nak makan lagi lagi lagi dan lagi.

Mihun sup, mee kari & fried wantan yang menjadi kegilaan aku sekarang. Actually ni gambar makanan hari Jumaat. Jumaat minggu lepas aku pergi maxis centre.. tu yang singgah datang makan.. masa tu lah 1st time aku tau wujudnya food court atas tu. Sabtu datang repeat lagi.

Tante kata aku peghak sebab tak tau kewujudan food court kat KLCC tu.. hahaha. Betul nyah! mak memang tak tau langsung wujudnya food court kat atas tu. Kepada yang tak tau tu.. jangan ingat food court ni kat Centre Court tu ya.. ni food court yang kat tingkat atas sekali.. atas Butik Arzu. Kalau nak rasa sila pergi sendiri ya.

9 comments:

  1. I wish I do dentistry, not medicine.
    Sebab lagi mahsyuk charge orang! hahahaha..
    Pandai betul promotion dentist tu kan...berbaloi baloi.

    Food court kat atas KLCC tu mmg best!
    Dulu suka makan mee kari kat situ.

    ReplyDelete
  2. Kakak. Sy ni penakut nak jumpa dentist. Adoiyaiii apa perasaan dia buat tu kak? Teringin jugak nk qu puteh qu puteh kan gigi

    ReplyDelete
  3. eerrr.. ai belum nak pergi lagi.. kena pergi gak ni.. takut gigi makin reput lak..
    Federal.. eemm.. biasa.. ai hari2 pagi ptg hadap hazabedahnya highway tu..

    ReplyDelete
  4. Ni barulah qu puteh qu puteh gigiku putih .. pernah sekali mkn kat foodcourt klcc tu tp termakan kat gerai yg x berapa nak sedap pula ..

    ReplyDelete
  5. Oh kt sentul, dekat sangat dengan rumah julia jalan balik pulang kerja ni kak...ok terjah link

    ReplyDelete
  6. best dapat buat scaling..gigi putih bersih cantik..kalau harga biasa memang mahal..huhu

    ReplyDelete
  7. ha ha ha aida prefer food court yg atas sekali tu zaza.
    dari yg tingkat tgh tu.
    and da sgt lama food court di atas tu.

    ReplyDelete