Monday, November 30, 2015

Suka Sucre Bistro by Dato' Fazley Yaacob

Dari Dia kita datang, pada Dia kita kembali. Pagi tadi baru dapat berita Pak Yus Jambu meninggal dunia. Al-fatihah. Memang terkejut besar aku bila baca kat media social. 

Semoga Allah meletakkan Rohnya bersama orang-orang yang beriman.. Amin.

Weekend selalu kalau tak ada apa aktiviti kekeluargaan, i suka lepak dengan member. Tapi sebelum keluar i'll make sure kerja masak memasak atau kerja-kerja rumah semua settled dulu. Karang tinggal rumah macam haper je kena marah pula dengan Bang Nizam. I is takut kena marah.. hihihi.

Jadi, bila dah free boleh senang hati keluar menjoyah dengan kawan. Ahad haritu (cerita dah nak dekat dua minggu) Tante text ajak ngopi Suka Sucre. Tengok semua benda dah settle kat rumah baru aku berani say YES kat dia. Nizam pun bagi green light. 

Ahad petang Tante datang kutip aku & Khairine kat rumah. Kitorang terus menuju ke Suka Sukre. I'm so excited coz this is my first time nak try lepak. Selalu asek meleleh ailiyor je tengok makanan yang diorang post kat IG Suka Sucre.

Dah. Kak Zaza tak nak bebel panjang-panjang. Mari Kak Zaza tunjukkan gambar yang ada untuk korang telan-telan ailiyo kat depan pc ni.. hihihi.

Masuk je pintu kedai terus nampak bunting muka Dato' Fazley.. dengan harapan dia ada kat kedai masa kitorang datang sambil sambut mesra kedatangan kitorang. Ewah cantik muka kau orang nak sambut mesra.. ingat princess?? 

Tak sabar nak tengok apa yang i makan lettew.. sabar dong.. aku nak tunjuk gambar kedai dulu.


Seat santai ala-ala orang kaya.. elok kalau duduk kat kosi ni sambil menjoyah dengan teman-teman wanita.
Simple deco atas meja. Tak semak kalau makanan ada atas meja.
Our refreshment.. nama minuman tak ingat. Kalau nak tau sangat pergi sana & boleh order sendiri.. hihi


Aku order Eclair. Rasanya nama dia lebih kurang tu lah. Tak ingat dah. Sedap.. dia macam cream puff.. dalam ada choc & vanilla cream.
Close up sikit


Tante order Beignet. Beignet ni macam donut kecik.. dalam dia soft sangat. Cicah dengan sour sauce.


Khairine order Dinasaur Macarons. Sedap tak manis. Sesuai untuk budak-budak sebab selera budak-budak kan suka benda yang fancy dan lain dari yang lain.

Kitorang tak order main course sebab kenyang lagi lunch kat rumah sebelum keluar. Next time datang nak try pasta daging salai kat Suka Sucre.. nyummss. Datang petang-petang macam time kitorang datang haritu memang sesuai kalau lepak minum & dessert2 je sambil menjoyah & bercerita gossip pasal artis.

Lepas tu baru kitorang selfie selfie ;)








Ada satu part kat dalam kedai kitorang tak sempat bergambar sebab masa tengah selfie selfie sekali ada segerombolan cino datang. Semua pakai baju merah hitam. Rupanya diorang ada buat birthday party. kat Suka Sucre memang sesuai sangat buat party. Pilihan kat sini makanan tak banyak. Bagus macam tu sebab dia boleh maintain quality makanan yang sedap.


Us

Dah nak hujung-hujung masa lepak sekali nampak Dato' Fazley masuk.. terus terpanah mata akak tengok Dato' Fazley. Selalu tengok dalam tibi je.. haritu dapat tengok live.. auuwww bergetar tetek tulang rusuk akak!! Handsome sangat oi. Kulit muka flawless sangat tak payah nak letak hashtag no filter.. hahaha. 


Dato' Fazley in da hauz yo!

Masa ajak Dato' Fazley bergambar.. sekali dia cakap.. it's okay, uolls duduk je kita selfie. Wah! terus dia ambik handphone akak.. sampai harini akak balut handphone akak dengan plastik.. takut bau tangan dia hilang.. muahahaha.

13 comments:

  1. Oiiiiu jeles la mcm ni!!!!!!!! Nak gak dato fazley!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiii! giler ke? kang kena parang ngan bini dia baru tau.. titiba nak kat laki orang dah kenapa? hahhaha

      Delete
  2. Kak zaza sungguh bertuah! Dapat jumpa Dr. Fazly in person...sangat baik hati dia kan sis terus ambil hp sis selfie beramai2...adore sangat dengan kulit muka dia cantik btul....sedap sungguh makanan dalam kedai ni sis, meremang tengok manisan macam2 sedappp...spend masa berharga dengan kawan dan anak tersayang...so priceless!

    ReplyDelete
  3. wah...seronoknya..
    menu manisan dia pun Nampak sedap sungguh..
    design kedai dia pun ok..

    alfatihah untuk arwah yus

    ReplyDelete
  4. Hamboi sgt ek zaza...abg nizam baca x tu..kohkoh
    Dato fazley mmg smartla kan..retis..kulit mesti flawless gitcheww

    ReplyDelete
  5. Ewah... Zaza seronoknya bukan aje dpt makan di restorannya siap dpt jumpa ownernya sekali,
    Balik rumah mesti Khairine bercerita kat adik & daddy dia.

    ReplyDelete
  6. kahkahkahkahkah....bergetar tetek!

    ReplyDelete
  7. wah..untung dapat selfie dengan Dato' Fazley tu.

    ReplyDelete
  8. sedapnye nengok makanan situ....paling best bab dato fazli offer selfie tu...boleh terai nanti...hehehe
    cantik 'kak zaza' berambut pendek...hehehe

    ReplyDelete
  9. Mak ai...haluih betul kulit muka dia ek. Mesti satu hari buat facial 3 kali tu Kak Jah.....tak pernahlah makan kat sini Kak Jah.... cafe dia pun mak tak pernah jumpa haha.....

    Harga ok ?

    ReplyDelete
  10. Aruyai.groupie dgn dato fazley tuuu. Muka dia comel n mulus sgt. I is jeles. Haha

    ReplyDelete
  11. Dasyat ko jah sambai bergetar tetek...kahkahkah...Huntung lah dapat bergambar dgn dato fazley yg handsome nih.

    ReplyDelete