Tuesday, January 26, 2016

Gajah Kuala Gandah, Pahang

Macam mana boleh terlajak sampai ke Kuala Gandah pun tak tau. Hari yang sebelum pergi Mitsui tu kan aku kata nak pergi beli barang dapur (tak abes2 cerita pasal barang dapur haha) tak jadi jugak sebab terlajak ke sana. Ni esoknya pulak memang betul2 berazam nak gi beli barang dapur. Tiba2 masa dalam kereta Bang Nizam tanya kat budak2 nak gi tengok gajah tak? eh kau dah kenapa bang tiba2 tanya soklan macam tu? hahaha. Budak2 ni pun nak je bila fader diorang tanya. Tengahari tu terus lajak ke sana.

Masa lepas tol Gombak Nizam call kawan dia yang kebetulan hari tu kawan dia balik kampung. Rumah kampung dia memang dekat sangat ngan tempat gajah ni. Masa call tu kawan dia cakap kalau nak tengok show gajah start pukul 2.30pm. Tengok jam masa tu dah pukul 1.40pm time tu kitorang baru melepasi tol Gombak.. kau rasa dalam masa 1 jam boleh sampai? ye memang boleh.. Bang Nizam pecut macam nak terbang kereta dibuatnya.. nak kencing rasa takut. Bila sampai sana dalam pukul 2.30, kawan Nizam cakap show dah habis.. hahaha. Kau rasa?

Selamat datang :)

Masuk sini free je.. rasanya kena register lepas tu dapat sticker macam ni & lekat kat baju. Yang banyak2 ni orang stick lepas dah keluar tengok gajah. Masa aku masuk haritu tak register pun. Bila orang pekerja sana tanya, kawan Nizam yang teman kitorang pegi aritu cakap 'koi orang Pahang' terus orang tu diam.. tak koser nak marah agaknya.. masuk lah kau situ.. hahaha.


 All the way jalan nak masuk ke tempat gajah. Redup je dengan rimbunan pokok


Sepanjang jalan tu boleh nampak sungai ni.. ingat boleh mandi.. memang boleh mandi.. tapi kau selera ke nak mandi air yang dah dicemar dengan mandian si gajah tu?? hahaha.



Walaupun show gajah dah habis, kitorang dapat tengok gajah mandi. Jadilah kann dari non hado ;)


Lepas habis tengok gajah mandi, pergi kat belah sana sikit boleh bagi gajah makan. Jangan kau bagi makan nasik plak. Gajah kan sinonim dengan tebu.. tebu memang ada jual kat sana.. selonggok RM3 sajo.



 Bang Nizam bagi gajah makan sambil diperati oleh anak2 dia. Mula2 budak2 ni takut. Bila tengok fader dia slamber je bagi gajah tu makan tebu, diorang pun nak try.. eleh sebenarnya Bang Nizam pun takut gak tu.. hahaha




Kak Zaza berani bagi makan gajah.. hebat kan???



Lepas makan berak pulak! Pernah tak dengar orang selalu sebut 'taik besar macam gajah' ha ni lah dia.. memang besau besau taik dia.. TAIK GAJAH! hahahaha.


Ini Kak Zaza.. apa motif seketul je gambar selfie Kak Zaza kat sini?


My family. Ada pulak terselit Sabrina kat situ

Masa pergi haritu kemain panas terik.. nasib baik kat dalam tu banyak pokok.. kalau tidak becak tiak akak dik. Ok gak tempat ni.. walaupun tak sebesar macam kat zoo at least ada gak aktiviti2 yang diorang buat haritu.. ada show gajah (yang tak sempat nak tengok haritu sebab lambat), aktiviti mandikan gajah, boleh bagi gajah makan. Masuk pun free je. Tapi tempat ni agak jauh sikit dipendalaman. Masuk kot kampung2 jalan pun dua lane je.. kalau selisih ngan lori ko terpaksa hensot ketepi sikit.

Lepas dah keluar tu ada satu lagi tempat yang boleh kita pergi bukan semata2 datang Kuala Gandah sebab gajah je ya.. ada Deerland kat sana. Nanti akak buat kat entry sebelah ok ;)

8 comments:

  1. macam menarik nih... boleh mark dalam kalendar...macam best jer tengok...he he he...

    ReplyDelete
  2. tmpt gajah ni kg bdak opismate hehe.. tpi zaza pun xpenah sampai.

    ReplyDelete
  3. Teringin nk pegi kuala gandah ni..ntah bila la...huhu

    ReplyDelete
  4. TAK PERNAH SAMPAI LAGI ...TERINGIN BETUI LA

    ReplyDelete
  5. nasib baik gajah tu tak sedut tangan tu...

    ReplyDelete
  6. tak pernah sampai lg kat sana...best tgk aktiviti kat sana:)

    ReplyDelete