Tuesday, February 16, 2016

Cuti Thaipusam 2016

Lama betul akak peram entry ni kat draft. Ni baru nak sambung. Jangan tak tau.. ada lagi entry yang terdampar kat draft tu.. itu lagi lama sebab entry yang tahun lepas punya cerita.. hahaha.

Cuti Thaipusam kan Ahad, Nizam ajak pergi rumah Makcik dia kat Ulu Yam tapi kitorang tak pergi hari Ahad.. giler nak gi Ahad tu.. jammed kot. esoknya Isnin baru pergi .. saja datang melawat.. lama tak jumpa kata ko.

Dalam pukul 10pg macam tu kitorang keluar rumah. Nak lalu area Ulu Yam tu kan ala2 adventure macam kat track F1. I is tak suka.. pening otak akak dibuatnya. Pastu masa lalu area waterfall Ulu Yam tiba2 Nizam berenti kat area waterfall.. ingatkan nak buat apa ke.. rupanya dia ngajak anak2 dia ambik gambar kat waterfall.. wow Dilwale sangat suami ai kannn?! kat waterfall pun boleh ajak anak2 bergambar.. hihi.

Kaki Khairine & Danish

Mula2 sampai budak2 ni buat muka macam tak berminat je. Ajak bergambar pun macam tak bernapsu. Bila tanya nak mandi ke tak diorang cakap tak nak. Pastu bila bernafsu sikit diorang cakap 'nak celup2 kaki je kat air'.. aku peratikan je. Lepas tu dalam diam aku tengok Nizam, Khairine & Danish dah berjalan pergi kat sebelah sana yang ada air terjun. Sampai hati u tinggalkan i sorang2 berdiri kat batu sungai tu ya.. ai is so sentap!


Anak beranak tabah merentasi sungai nak sampai ke air terjun ;P

Cari port


 Kemain macam pelancong asing.. sampai tertonggeng toggeng fader kau. Sorang lagi layan selfie, sorang lagi kemain posing.. muahaha


Cubaan memanjat untuk dapatkan angle.. muahaha


Model air terjun.. matilah bahan laki sendiri.. haha 

Dekat 15 minit kat situ kitorang terus gerak ke rumah Makcik Nizam kat Ulu Yam. Pergi2 tak ada kat rumah pulak. Bila call dia kata dia ada kat Kerling. Kerling tu kampung husband dia. Terus kitorang gerak pergi sana.

Sampai je lepak2 borak2 lepas tu makcik dia siapkan lunch. Lepas dah makan budak2 ni nampak ada motor kat rumah tu.. bila perangai jakun datang, diorang ajak fader diorang naik motor. Yang si Khairine tanya aku 'mummy pandai bawak motor tak' terus aku jawab 'mestilah pandai'. Terus dia gelakkan aku. Eh nak kena budak ni.. ingat mak kau tak pandai bawak motor? lori pun mak pernah bawak tau!

Bila aku dah bawak motor depan mata diorang terus terpegun.. hahaha. Kau tak caya sangat mak kau pandai kann.. lepas tu diorang bisik2 kat Nizam suruh ajar diorang bawak motor. Fader diorang ni biasalah.. suka na cair dengan pujuk rayu anak2.


Nah.. terus pandai bawak motor dah budak ni.

Tigapat round juga mula2 tu Nizam ajar, lepas tu terus boleh bawa. Kau tengok lah seat belakang motor tu.. dua kali size badan aku lagi boleh duduk belakang tu.. hahaha betapa anak & bapak keturunan biskut kering ;P



Danish aku tak berapa pelik sangat. Sebab semangat budak lelaki ni lain sikit dari budak perempuan. Dan dah biasa juga budak2 lelaki baya2 Danish kalau yang dok kampung pandai bawa motor.



Settled ziarah makcik Nizam kat Kerling kitorang terus gerak ke air panas yang ada dekat2 dengan kawasan situ. Bila sampai je tengok kolam air panas dia dah macam pool budak kecik je.. air pun cetek.. terus tak selera nak celup2 kaki. Kejap je kat situ.. dah lah masuk pendalaman tempat tu.

Lepas tu teruskan perjalanan ke Tanjung Malim. Memang niat nak makan pau Yik Mun kat Tanjung Malim tu. Alang2 dah dekat, terus singgah.

 Dah petang juga kitorang sampai.. rasanya dalam pukul 5+ macam tu. As usual kedai ni penuh sokmo.


Favourite Bang Nizam ni. Sanggup datang Tanjung Malim sebab nak makan pau. Last time branch Yik Mun ni ada kat Plaza Damas.. pernah gak pergi sana. Ni dah lama tak ke Plaza Damas tak tau lah ada lagi ke tidak kedai tu.

Laju2 makan pau, masa on the way balik tu singgah kedai kawan aku kat Dataran Kuala Kubu Baru. Malam baru sampai KL. Lagi sekali kena tempuh jalan kat Ulu Yam yang gelap. Lain kali kalau boleh nak avoid jalan malam kat Ulu Yam kat waterfall tu.

14 comments:

  1. giler berani okehhh bawak motor! aku dari dulu sampai ke sudah x lepas naik motor sb abah aku tak bagi!! takut sgt anak dia jatuh motor padahal dulu pakwe semua bawak motr kot! hahahaa..

    ReplyDelete
  2. seronok sakan budak2 tu naik motor..dapat pengalam baru...jangan sruh mak pak dia beli motor sudah..heee

    ReplyDelete
  3. semlm br pekena pau yik mun tu .. heheh boleh la ..sedap juga ...

    wow terer tus ekali ajar dah pandai bawa moto

    ReplyDelete
  4. skaan berjalana seharian keluarga zaza...
    tp kan seronok sebab anak2 seronok kan??

    ReplyDelete
  5. Kaki anak-anak Zaza jenis panjang. Itu yg senang aje nak belajar naik motor
    Kakak yg dah tua ni basikal pun tak pandai tau.

    ReplyDelete
  6. ok.. part bawak motor memang tak merasa dari zaman anak dara sampai dah jadi mak dara ni.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  7. Cantik jugak gambar jadinya berphotoshooting kat air terjun tu...
    Mmg mcm dilwale hokey hihi....

    Khairine terer bawak motor rupanya. Kak Zaza tak try bawak?

    ReplyDelete
  8. alamak pau gebu.
    kakak aida kalu keje ke sana confirm la selfie dgn pau ni.
    tak pernah lagi la dia tapau kan utk adik ni hah yg tak pernah sampai tg malim lagi :)

    ReplyDelete
  9. Jernih air sungai. Sedap nya pau yik mun.

    ReplyDelete
  10. alahaiiii..ulu yam lg seronokkk..cantik waterfall nye
    isnin tu pun ktorg ade lalu kt kedai yik mun tu..lalu je laaaa..lakiku mn nk layan karenah bininye..klu x mengandung jgn pepandai mintak makanan..nasib x kempunan..muahahaha..

    ReplyDelete
  11. cantik gak air terjun kat situ..tak pernah sampai lagi ulu yam..boleh pergi nanti ni

    ReplyDelete