Thursday, April 7, 2016

Intro

Assalamualaikum. I'm backkkk.. ada ke yang tertunggu2 kemunculan akak? hahaha. Seperti mana yang aku bagitau kat entry lepas, aku pergi bercuti dengan family in law. Dekat2 je nok.. tak lah sampai ke London pun. Apa yang penting, kitorang sama2 had so much fun haritu. Seronok sangat sebab abang2 ipar, kakak2 ipar, anak2 buah semua sporting giler. Rasa macam bercuti dengan kengkawan je. Semua pun kepala rosak macam Kak Zaza. Boleh ngam dari kecik sampai ke besar, dari tua sampai lah ke muda macam Kak Zaza ni.. hahahaha sila muntah ;P 


Haritu Kak Zaza cuma dibenarkan bawak 1 bungkusan baju je. Awal2 lagi Bang Nizam dah sound tepek. Jangan nak bawak almari baju katanya. Bila Kak Zaza tanya boleh tak kalau nak bawak hair dryer dan barang2 keperluan lain? dengan muka slamber dia jawab apa tau? 'peti ais pun boleh bawak kalau u nak bawak sekali' siap bagi jelingan maut lagi.. ai is sentap! terus Kak Zaza buat2 tido.. hahahahaha. Bang Nizam tau bini dia kalau nak balik kampung 2 hari 1 malam pun bawak barang macam nak pindah 1 purnama.. tu yang dia sound siap2 kat bini dia. Biasalah orang pompuan.. kalau boleh tong gas kat dapur pun dia nak hangkut skali.. hehehe.


Nanti aku cerita lah part by part. Harini saja nak menonjolkan diri kejap. Supaya blog tak sepi dimamah usia.. eh ada ke peribahasa macam tu?? hahaha.

5 comments: