Thursday, October 27, 2016

BARANG BLENDED

Apa baranggggg??? Ya ni barang baek akak nak war-warkan.. kepada surirumah yang cukup pemalas macam akak, korang boleh baca cerita akak kat bawah ni. Cerita ni mengisahkan hal dapur rumahtangga.

Siapa antara korang yang selalu blend cili kering sendiri kat rumah? Sila angkat tangan sekarang. Ohhh ramai rupanya ya.. gimme five! Hehehe.

Harini aku nak sembang pasal barang-barang dapur. Contohnya bahan-bahan masak yang korang selalu guna kat dapur.. macam cili kering, cili merah/ cili masak, cili padi, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, halia dan sewaktu dengannya. Kalau dah hari-hari kena hadap dapur, maknanya hari-harilah kita memasak ya dak? Korang memang mak yang tabah. Tapi korang mesti malas nak buat bahan-bahan untuk blended kan? Sebelum ni aku buat jugak.. tapi kerja-kerja blended kat rumah ni aku dah pencen. Kali ni first time aku cuba kaedah lain pulak. Aku beli kat kedai yang dah siap. Sebenarnya aku ni ada masalah membeli cili kering. Setiap kali nak beli cili kering mesti terbeli yang pedas lah, pahit lah. Bukan tak pernah tanya kat si penjual tu cili tu pedas ke atau kurang pedas. Kalau kau tanya si peniaga tu pun, dia bukan tau.. kalau dia tipu kau pun lagi kau tak tau.. Hahaha. So jalan selamat, aku beli je semua bahan-bahan tu. Kalau kena tipu gak nasib lah.. hahahaha. Siapkan duit, pergi pasar terus boleh bawak balik. Bila nak masak, campak je dalam kuali/ periuk. Senang kerja.

Semalam Bang Nizam arahkan aku pergi service kereta kat Kelana Jaya. Wow arahan macam boss sangat nih.. hehehe. Ya lah aku kan dah jadi staff Bang Nizam sekarang. Duduk rumah, buat kerja rumah, masak, basuh baju.. laki suruh pergi service kereta pun buat jugak.. hahahaha.. So staff ni pun pergi lah ke Kelana Jaya. Settled je service kereta aku terus lajak ke Pasar Besar TTDI. Terus meluru ke kedai yang jual bahan-bahan blended. Kat sana segala mak nenek bahan blended ada. Kau tunjuk ke apa kau nak kat situ. Nanti dia pack kan dalam bekas.


Nak tau apa yang aku beli semalam? 

Bahan blended: (1) Cili merah/ cili masak (2) cili kering (3) Halia campur bawang putih. Actually dua bahan tu dia jual berasingan. Tapi aku mintak dia campurkan sekali (4) cili padi yang dah siap tumis (5) bawang merah (6) kunyit hidup (7) bawang putih yang dah dicincang.. senang untuk masak sayur goreng.

Harga tak mahal. Cili kering blended tu aku beli RM5 yang lain-lain tu range harga dari RM2 hingga RM5 je.. total semua tu aku beli dengan harga RM14 je.. murah giler ok. Kalau beli barang & buat sendiri belum tentu rajin boleh dapat banyak macam tu.

Amacam? Teruja tak? Mula-mula mesti korang ingat aku hebat kan?? Tabah sangat lah aku nak blend semua tu sendiri.. memang tak lah. Sebelum ni aku suruh bibik yang buat semua tu. Lepas dia dah blend semua bahan-bahan tu nanti dia store kan kat dalam freezer. Tinggalkan yang mana nak pakai je dia tak letak kat freezer.. dia letak kat bahagian bawah fridge. Tapi disebabkan aku kurang puas hati dengan hasil kerja dia, adalah lebih baik aku beli je.. settled masalah dalam kepala otak aku.. hahaha. Lepas ni bertambah sayanglah Bang Nizam kat Kak Zaza yang montel ni.. hahahahaha.

Korang mesti nak tau kualiti semua bahan blended tu ok ke tak kan? Ya memang helok. Cili kering dan bahan-bahan lain yang aku beli tu semua elok.. elok nau halusnya dia blend. Itu aku memang puas hati. Jauh beza elok dari hasil kerja Bibik. Aku cukup sakit hati kalau Bibik aku yang blend cili.. Dah lah tak lumat, kasau bergegau cili tu.. berkali-kali cakap pun tetap buat benda yang sama.. itu kalau lepas berak mesti keluar cili seketul-seketul. Tak hadam.. hahahaha. Haritu aku suruh dia blend cili, bawang, halia semua tu blend tigapat bekas. Tak lama lepas tu bila nak pakai aku tengok cili tu dah masam.. eh masam ke? bukan masam.. cili tu dah macam rosak siap ada macam kulat-kulat putih atas permukaan cili tu. Terus buang.

Balik dari pasar semalam, teruja sangat aku nak masak kat rumah. Terus keluarkan kuali masak macaroni goreng.


Western & Eastern Fried Macaroni. Wah kemain gah lagi tajuk menu kau Jah! Hahahaha. Ala.. dah nama pun masakan sendiri.. tajuk resepi pun aku taram je lah.. hehehe.

Korang nak ke resepi macaroni termasyur akak tu ke? Nah sila copy ;)

**Sukatan bahan ikut suka korang lah ya.. sebab aku masak tak pernah nak timbang-timbang atau sukat. Ikut suka tekak je. Dan bahan-bahan semua ikut suka aku jugak. Kalau korang rasa nak tambah atau tukar bahan contohnya kalau tak suka ayam nak tukar ke daging pun boleh.. ikut suka kau lah Bedah.. akak tak marah pun.

Bahan-bahan:
Macaroni
Minyak untuk menumis
Cili kering yang dah diblend.
(cili yang aku beli tu la.. tazabar nak try.. hahahaha.. Sangat teruja kan?!)
Isi ayam & Fishball
Sos cili & sos tiram,
Serbuk lada putih & Cili flecks (Ni optional. Kalau tak nak letak pun tak apa)
Dried Origano
Telur
Daun sup/ daun ketumbar. Actually aku keliru antara daun sup dan daun ketumbar. Tapi aku guna yang bau wangi tu.
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Macaroni tu ofcoz lah kena rebus dulu ya.. kalau tak rebus macam mana kau nak makan keras-keras tu. Then panaskan minyak secukupnya untuk menumis.

Tumis cili kering blended, bawang putih+halia. Tumis sampai garing semua bahan tu. Lepas dah garing bahan-bahan blended tu, kau masukkan isi ayam & fishball. Agak-agak isi ayam & fishball tu dah separuh masak, kau pecahkan telur kat tengah-tengah sambal tu. Biarkan tiga suku masak, terus masukkan macaroni. Lepas tu kacau sebati bagi nampak telur tu tak macam hancur lebur sangat. Last sekali taburkan daun sup/ daun ketumbar.. kemain wangi nanti masakan kau.. fuhhhh. Then agak-agak dah sebati semua tu, kau perasakan dengan garam. Dan siap ;)

Kenapa aku letak menu tu ada nama ‘Western’? sebab resepi ni menggabungkan western & eastern. Western nya kat situ sebab aku guna pasta, cili flaks & dried oregano.. kalau betul-betul resepi aglio olio mesti ada tiga bahan tu kan? Ha tu lah datangnya nama western kat situ. Yang Eastern nya pulak datang dari bahan-bahan lain. Bila tengok rupa macaroni aku tu macam masak mee goreng bodo je.. hahahaha. So disebabkan gabungan bahan yang aku gunakan tu ada western & eastern, maka terjadilah rekaan nama Western & Eastern Fried Macaroni yang memandai-mandai je aku boh nama dia.. hahahaha.. gittue lah kaedahnya Bedah! Hashtag SilaJanganKecam muahahahahahahahaha ;P

Ok selamat mencuba. Kalau dah try resepi ni sila war-warkan..

Kbai ;)

11 comments:

  1. senang dah skrg kan kak. semua org main jual je, xyah dah nak blend sendiri. eh akk ada bibik eh, alamak, ngat ada bibik senang dah, tp x reti jugak, sabar jelah.

    ReplyDelete
  2. wahhhh untung la ada yg jual tp berkualiti ... penah juga beli hat mcm tu tp mcm tak sedap bak pe tah ... cili tu le hat bawang bagai tk pernah jumpa lagi

    ReplyDelete
  3. wah.. menjimatkan kerja di dapur ni.

    ReplyDelete
  4. Hai zaza...qiya singgah blogwalking dan follow blog zaza yang awesome ni...hehehe

    www.qiyasaad.com

    ReplyDelete
  5. Mak kite pon beli gini jugaq.. Mcm kite blend sendiri je, tp cili kering je la, haha~

    ReplyDelete
  6. wah sekrang semua ready-made je senang kan.

    ReplyDelete
  7. Sekarang semua senang. Beli jer.

    ReplyDelete
  8. ni bkn utk suri rumah je kakk..ni bg org keje mcm ktorg ni lg senang wat cmni..blk keje senseng lengan trs campak2 je..siap!

    ReplyDelete
  9. Jauhnye kat pasar ttdi. Area keramat swgsa keramat tahu x kt mne?

    ReplyDelete