Wednesday, October 19, 2016

Terima Kasih Mak Mak Semua

Masa idea tengah melambak lambak nak up entry ni tiba-tiba aku teringat sesuatu. Sebelum aku nak ucapkan terima kasih kat mak mak diluar sana, bagi aku tulis seperenggan cerita dulu kat sini yang tak ada kena mengena dengan tajuk di atas. Aku rasa lah kannn.. makin dah tua ni semakin pupus agaknya daya ingatan aku ni. Selain dari daya ingatan, aku syak macam-macam daya lagi dalam badan ni yang semakin hari semakin dimamah usia.. hahaha. 

Cerita dia macam ni.. tadi aku gi toilet.. gi sheshe lahhh bukan berak.. pastu bila keluar toilet, aku dengar bunyi aku berderu.. hmmm buat perangai lagi.. eh ni mesti korang ingat aku terberak dalam seluar kan?? Hahaha jahat lah korang ni..pikir yang bukan-bukan je. Sebenarnya aku cuma terlupa nak tutup paip air je la. Lately ni kan.. aku rasa aku ada masalah apa tah.. asal keluar bilik air je mesti lupa nak tutup paip.  Ada sekali tu, setengah hari air mecurah curah kat bilik air dari pagi sampai tengahari. Bila Danish balik sekolah, terus dia report kat fader dia.. nak tuduh aku dia takut.. karang salah tuduh sure mummy bertukar jadi singa jadian.. hahaha. Pastu Bang Nizam tanya kat aku “u tak tutup paip air ke pagi tadi? Danish balik sekolah tengok mencurah-curah air.. nasib baik rumah tak banjir” pffffftttttttt. Malas nak melawan. Mengaku je lah. Dah banyak kali berlaku dah ni. Mungkin sel-sel penuaan sedang berhubung agaknya.. hmmmm *iconmatakeatas*

Ok sambung cerita.

Malam yang menjelang esoknya anak aku nak ambik UPSR haritu sumpah aku tak boleh tidur nok. Gelisah rasanya. Langsung tak mengantuk. Terus aku on laptop.. macam-macam benda dalam kepala otak ni.. maka terjadilah karangan ni.. hehehe.

Menggigil badan oi (macam tipu je).. sejuk kaki tangan aku dibuatnya dok memikirkan anak nak hadap UPSR. Masa aku menulis ni (malam esoknya 1st day UPSR) Khairine dah selamat tidur. Bila tengok muka dia masa tidur, terbayang dia duduk kat dewan peperiksaan. Lagi la buat aku rasa kecut perut. Pastu bila tengok berduyun-duyun kengkawan kat fb buat ucapan good luck dan doa untuk anak-anak sendiri dan anak-anak orang lain (termasuk anak aku) dan dan rasa macam nak terberak.. hahaha.  Hoi pahal yang terok sangat kau ni Jah? Sapa yang nak ambik periksa sebenarnya?. Time tu rasa macam nak stop kan je jam dinding kat rumah.. hahaha. Well korang yang dah jadi mak mak je yang tau perasaan tu macam mana. Ada yang kata “macam tu juga perasaan mak kita dulu masa kita nak ambik UPSR”. Ya.. aku caya tu.. tak terkecuali jugak dengan mak aku dulu. Tapi mak aku kuwl jew.. sebab mak aku tau anak dia ni pandaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii  (pandai menipu) muahahahaha. Eh tak lah.. main-main je hehehe.

Pastu ada yang kata “alaaa ilek ar.. UPSR je kot”. Hanggok kau! walaupun UPSR je pun, tapi bagi makayah yang pentingkan pelajaran anak-anak ni harus kena risau tau! Ini lah kejayaan pertama diorang seumur hidup untuk dorang nak buktikan yang diorang juga boleh membanggakan & membalas jasa  kita yang selama ni dah bagi yang terbaik buat diorang dengan keputusan diorang yang cemerlang tu. Memang dalam satu artikel tu ada tulis dapat.. 6E pun boleh masuk sekolah menengah bunyik macam bodo je kannn? cuba kau baca helok-helok artikel tu sampai habis. Nah aku bagi lagi sekali link tu.. sila baca & hadamkan. DAPAT 6E PUN BOLEH MASUK SEKOLAH MENENGAH

Nih.. aku nak buat ucapan terima kasih kat kawan-kawan semua.. some ada yang wish kat fb, ada yang wish kat IG & Blog.




Aku yang buzz dulu dalam group ni. Hi Farah, hi Linda, hi Sally, hi Laily (sambil lambai tangan). Dalam grp ni semua kengkawan opis lama aku. Semua lagi tua dari aku.. nasib baik bila aku dok dalam grp ni aku tak terasa tua sangat.. hahaha. One of them ada anak yang dah nak ambik SPM pun tahun ni. Fuh ngerinyaaa.. bersiap sedia lah ya Linda.

Ni pulak dari Ummi. Kawan aku punya adik. Ummi, kau spell nama Khairine tu salah dik.. tapi tak apa.. ahkak mahapkan kau.. hehehe. Terima kasih Ummi sebab ingat kat Khairine J

Ni kawan sekolah aku masa kat Ampang Girl dulu. Ayat skema giler bagi ucapan hahaha. Macam tak caya je kau tulis macam tu Dot! Dia ni kalau sembang mmg petir.. suara dia dari Zoo Negara sampai KLCC boleh dengar.. pastu masuk air plak tu.. tu yang macam tak caya bila dia tulis ayat-ayat skema macam tu.. hahahaha. Anyway.. thanks Dot.. Kau lagi dulu makan garam dari aku.. sebab Nabila dah selamat masuk UiTM pun sekarang. Fuh! *lappelohkatdahi*.

Tak lupa juga aku pun ada wish kat anak-anak kengkawan aku yang sebaya dengan Khairine yang sama menduduki UPSR juga haritu. Terharu sangat. Bila baca komen-komen & status korang kat fb/ IG/ Blog. Best sebenarnya jadi mak mak ni. Kita dapat feel perasaan sebagai seorang ibu bila anak-anak kita makin hari makin membesar depan mata. Hilang rasanya sakit masa nak beranak dulu. Ok I mengaku.. ini adalah sindrom mak mak yang sedang dalam proses penuaan sedang berlaku.. muahahaha.

Terima kasih tau korang.. ai is terharu sangat.

Nampak tak?? cerita dah berbulan bulan terperuk kat draft.. sampai dah nak keluar result bulan depan baru nak say thank you.. hahahahaha.

kbai ;)



8 comments:

  1. all the best utk khairine bila result dah keluar nanti..tu baru u tggu dia nak ambk exam kan..nnti kompem bakal2 tercirit tggu keputusan anak u plak...hahahaha

    tahun ni i rasa jugak utk anak sulong i ambk pt3

    ReplyDelete
  2. Tu baru debaran pertama jah. Debaram kedua nanti tunggu result UPSR kluar ☺

    Boleh lah gang dengan aku. Makin hilang ingatan. Kau lupa tutup air. Aku pulak lupa tutup pintu keta sampai pak guard naik umah ketuk pagar.

    ReplyDelete
  3. all the best,

    aiyoo teringat 13y ago, masa nak ambil UPSR. menggigil rasanya. kira time tu first big exam kan.

    ReplyDelete
  4. hoii aku ingt aku sorg je prob dgn air ni!! kau tahu aku selalu lupa tutup paip lepas basuh pinggan!! elok je aku tgk Grey's Anatomy yang air melimpah-limpah Y________Y

    ReplyDelete
  5. alahaii..debo jugak ni dengar..macm mana la anak sy nak amik periksa nanti

    ReplyDelete
  6. AsSalam.... biasa lah tu... tak per..yakin jer dengan kebolehan anak kita yang telah berusaha...yang lain berserah kepada Nya..

    ReplyDelete
  7. Kawan opis i pun ckp i over..siap amik cuti anak nak upsr.mamenda ntah..anak kita..kita nyer suka la...

    ReplyDelete
  8. all the best khairine!
    mummy rileks ok?in sha Allah..khairine dh wat yg terbaik..
    lupa tu mmg penyakit kak..xkira usia..haha

    ReplyDelete