Wednesday, January 18, 2017

TERMERAYAP

Hi.. Assalamualaikum uolls. Wah! semenjak berhijab ni bagi salammmmmm memanjang 😝 tapi apasalahnya.. kan elok bagi salam daripada hoi hoi kan orang.. yer idok? 😃

Phewwww baru dapat tarik napas niha. Harini keluar dari pagi membawak sampai ke malam baru pulang kesangkar. Bila dah balik, membusy dengan melayan penghuni rumah pulak. Mengalahkan orang bekerja.

Ok jom lah aku story mory sikit activiti aku harini. Pagi tadi keluar rumah dalam pukul 10ish am. Kiblat pertama, pergi bank dulu.. menguruskan keluar masuk duit.. amboi Jah.. kedengaran macam banyak nau duit yer.. hehe. Settled hal bank,  cari kelengkapan sekolah Khairine.

Kasut, Whistle , Multy-key chain, lencana Kadet Polis

Haritu dah beli baju kadet polis one set. Ni ada yang tak complete lagi kelengkapan dia untuk koko sekolah. Menyesal pulak aku suruh dia join Kadet Polis haritu.. hahaha. Bukan apa, set untuk beli barangan kadet polis ni bukan sikit-sikit.. from head to toe makan ratus jugak lah. Baju & seluar je dah RM100+ belum natang lain lagi yang kau kena beli separately.. aku rasa benda paling murah untuk unit beruniform ni cuma whistle je.. RM1.50 😆Ni belum lagi cikgu mintak duit suruh bayar itu ini lagi tu.. kau tunggu je lah cikgu bagi surat sok.. ada je benda nak kena beli & bayar.

Settled beli barang sekolah, pergi tailor pulak. Tempah kain sekolah untuk dipakai setiap hari Jumaat. Zaman aku sekolah dulu tak ada pun kena pakai kain khas untuk hari Jumaat je. La ni kain kena beli dari sekolah, pastu kau kena tempah sendiri kat tailor.

Habis part membeli barang Khairine, aku terus hantar dia pergi sekolah.

Harini memang aku janji dengan Ewin. Aku ajak dia teman pergi Pasar Taman Tun. Stock cili, bawang, serai, halia, kunyit etc dah habis. Korang yang pernah baca entry aku pasal aku beli bahan blended haritu mesti korang tau yang aku apa yang aku maksudkan. Apa? tak tau?? sangat ketinggalan ketapi kau ya! kalau nak tau, sila baca kat ENTRY NI


So macam nila bahan-bahan blended yang aku beli tadi. Gambar atas ni gambar dari entry lepas.

Segala tok ayah bahan blended aku beli tadi. Amat mudah untuk kerja-kerja memasak setiap hari. Cedok je pastu campak dalam kuali/ periuk. Especially nak buat rendang.. kemain memudahkan kerja aku. Tak payah nak fikir nak rebus cili, pastu kena masuk blender bagai. Nak goreng sayur, pakai je garlic chop tu.. lain-lain tu korang tau lah apa yang korang boleh gunapakai untuk masak.

Bila dah berkepam dalam pasar tu, ingat nak bla je. Sekali ada 'penghasut besar' berbisik kat telinga aku ajak pegi Butik Naelofar. Ayat dia macam ni "Za, dah alang-alang kat sini, apa kata kita pergi Butik Neelofa.. dekat je. Parking je kereta kat sini..  kat sana susah nak dapat parking" selama ni aku tak pernah tau pun butik nilopa tu kat mana. Cuma tau kat TTDI. Aku pun OK kan je. Terus TERRRRR singgah. Siap bukak waze tengok berapa jauh tempat tu. Pastu kena gelak. "kita jalan kaki je Za, kau tak payah nak waze waze sangat butik dia depan tu je" tssskkkk.. terus tutup waze 😆 kitorang terus berjalan kaki dibawah panas terik sampai ke butik nilopa. Memang dekat sesangat dengan Pasar TTDI tu weh. Kalau kau naik MRT, kau turun je kat station TTDI terus sampai butik dia.


Senget benget shawl akak dibuatnya.. saya budak baru belajar.. maafkan lah senget benget yang anda nampak tu yer..hehehe 🙈 😃

Tak TERbeli banyak pun. Yang kau nampak plastik bag tu hanya benda kecik je. Taknak lah tunjuk paperbag paperbag yang hado.. nanti kata kita riak pulekkkkk 😋 

Tadi ada cerita kat Bang Nizam.. aku cakap dari pasar TTDI ke butik nilopa dekat je sebenarnya.. selalu lalu lalang kat situ boleh pulak tak terperasan.. simple je jawapan dia "selama ni you tak bertudung.. mana nak heran kat mana butik dia" ek eleh Bang Nizam carut ai! hahahaha.


Ni lah penghasut besar syaitonirojim ai. Asal keluar dengan dia je tak kira kemana, mesti jahanam duit aku.. hahahaha. Eh! kitorang sama je.. bukan kaki je.. kami juga tangan shopping.. conclusion : kaki tangan shopping 👱

Settled.

Terus rasa lapar. Puas fikir mana & apa nak makan. Masa tu pulak tengahari rembang, panas, lapar, berkuap semua ada.. masa tu jugak lah otak jammed tak tau nak gi makan kat mana. Padahal kat area TTDI tu banyak je cafe hipster yang boleh lepak. Nak pegi IKEA pun dah dekat nau. Memandangkan masing-masing kebuloq nasik, Ewin cakap dia nak makan nasik berperisa.. like nasi bryani or nasik kandar.. terus aku suggest MAHBUB Bangsar.


Aku dah lama sangat tak singgah makan kat sini. Masa zaman kerja SYABAS dulu ada gak sebulan sekali makan kat sini. Nampak buruk je kan?? ini lah yang terzedap dimuka bumi sebenarnya..   Tadi Ewin belanja. Lagi bertambah zedapppppp.. hahahaha. Thanks Ewin 😅

Duit tak habis lagi ni. Masa otw balik.. (masa tu niat nak balik terus) kitorang TERsinggah pulak KWC. Apa dicarik lagi kat sana Jah oiiiii?? Tak ada apa pun. Dah nama pun TERsinggah.. dalam pada TERRRR tu.. TERbeli jugak tudung dualai.. hehehe. Beli yang muroh-muroh je uolls. Untuk ganti-ganti pakai hari-hari keluar pergi kedai beli ayam je.. hehehe.

Sebelum duit habis, terus rasa insap tak nak TERRRR kemana-mana lagi dah.. takut laki marah..karang dia sound "kau asek beli tudung je dah kenapa??!!" hahaha. 

Masih tak balik lagi. Pergi Jelatek kejap pick up Fiya anak Ewin dari rumah MIL dia. 

Masih tak balik lagi. Singgah rumah SIL pulak drop barang blended yang dia kirim kat aku yang aku beli kat pasar TTDI tadi.

Masih tak balik lagi. Lepas pick up Fiya, aku terus lajak ke sekolah Khairine. Saja ushar dia.. sebab harini dia first day naik bas sekolah. Nak tengok dia naik bas sekolah yang betul. Takut tersesat pulak anak aku salah naik bas. Aku dah tak hantar & ambik dia ke sekolah dah lepas ni.. kadang ada hal nak kena settle, takut tak sempat nak ambik balik sekolah. So kau naik lah bas sekolah yer nak. Tapi kalau dia ada activity sekolah yang perlu dia pergi awal, aku akan hantar jugak lah.

Settled. Kali ni terus balik rumah 😁

Korang mesti ingat kejadian ni harini kannn?? aku dah draft cerita ni malam tadi. Pagi ni baru publish 💃


9 comments:

  1. kemain terrrr ko kan..aku yg dah lama bertudung pun x nilopah okeh

    ReplyDelete
  2. I like Zaza...very beautiful lady

    ReplyDelete
  3. Kemain ter sangat... huhuhuhu baca je pun rasa macam dah beratus duit abis.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak zaza..
    lama tak singgah sini, wow.. semakin berseri akak kita..
    bagusnya akak blend siap2.. boleh try ni hihi..

    ReplyDelete
  5. Asslmkm kak..
    Firstly nk ckp, suka tgk akk bertudung. Cantik sngt. ☺
    Akk.. banyaknya TER akk.. hee.. kalau kita la TERRRR. Je tu, mau lepas tu ngis sbb poket pun kosong. Heee

    ReplyDelete
  6. kemahin termerayap tu ehh kak.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Berbaloi baloi lah tu namanya Zaza weyh, satu hari dapat buat macam macam..... bawang dapat, tudung dapat makan free dapat, tengok anak dapat..... mana nak cari macam tu? hihi

    ReplyDelete
  8. macam-macam dia blend..
    sengent benget pun tetap manis
    JanjiKita

    ReplyDelete
  9. Kite pakai naelopak vietnam je. Haha

    ReplyDelete