Friday, March 17, 2017

SIAKAP STIM ZAZA MASAK

Lepas up gambar ikan yang aku stim kat fb & IG semalam, semua kawan-kawan (saja tipu. Bukan semua) komen “WOW” “WOW SEDAPNYA” “WOW KAGUMNYA” nampak tak betapa korang kagum dengan aku.. tu baru tengok gambar.. kalau korang dapat rasa ikan stim yang ahkak masak tu.. confirm korang menages tak berlagu  hahahaha.

Aku bangga. Sebab percubaan pertama menjadi. Semangat membara bila dapat menu dari fb. Siap pegi pinjam steamer dari kakak ipar aku.. hahaha. Excited betul kau Jah!

Senang je rupanya masak menu ni. Tapi macam aku yang first timer try ni, kejap-kejap tengok gambar & what’s next kat fb.. Malas nak salin masuk buku resepi. Nasib baik hp aku tak termasuk sekali dalam steamer.. kalau tidak Innalillah hp aku dalam air panas steamer tu.

Korang nak menu ke? senang je Bedah. Yang penting kat rumah kau mesti kena ada steamer. Dah, pergi ambik kertas & pen. Salin menu senang ni. Eh dah macam rancangan masak dulu-dulu pulak. Asal ada rancangan masak, cepat-cepat lari masuk bilik anak.. habis buku sekolah anak kau koyakkan.. hahaha. Itu perangai arwah mak aku dulu. Tau-tau je banyak je buku latihan sekolah aku koyak mak aku kerjakan.. hahaha. Amboi sedap mengata mak sendiri :p


Bahan-bahan:

- Ikan siakap
- Bawang putih (chop)
- Stok ayam/ kiub pati ayam pun boleh. Nanti ko letak air    
  panas setengah cawan, lepas tu kau kemek-kemekkan 
  kiub tu sampai jadi stok ayam.
- Cili padi merah
- Daun limau purut
- Serai
- Halia
- Daun ketumbar
- Limau nipis
- Sos ikan (5 sudu besar) kalau rasa nak masin sampai kena 
  darah tinggi, kau letak banyak-banyak sebotol pun boleh. 
- Garam & gula secukup rasa


Gambar ni aku ambik dari fb Resipi Masakan Mak Kata Credit to FB Adnilsam Apat. So ini bahan-bahan yang aku tulis kat atas tadi.

Bila dah basuh ikan bersih-bersih, jangan lupa kelar sikit ikan tu. Sudah tu kau sumbatkan serai, halia, daun purut dalam perut ikan yang seksi tu.

Nanti ikan yang dah disumbat tu akan jadi hensem macam ni 😊

Lepas dah handsome, curahkan stok ayam. Kalau nak sekata, kau ambik senduk pastu curah-curahkan sikit kat bahagian atas badan ikan.


Bila air dah mendidih, boleh terus masukkan ikan yang dah siap curah dengan stok ayam tadi kedalam steamer pinjam ni 😋 kukus selama 20 - 25 minit atau sampai ikan betul-betul masak.

Sementara tu boleh readykan fish sos pulak.


Satukan bawang putih yang dah di chop, cili padi merah, fish sos, garam & gula. Dah gaul sebati, rasa dulu. Takut termasin nauzubillah. Dah siap gaul tu kau parking mangkuk ni ketepi sekejap.



Bila ikan dah siap dimasak, terus curahkan bahan-bahan yang kau park kat tepi tadi ke atas ikan. Tabur daun ketumbar, hias sikit sebiji tomato yang dipotong kat tepi-tepi ikan tu.

Siap untuk dihidang. 

Bang Nizam kemain puji fish stim aku ni.. "Alhamdulillah.. sedap you masak" amboi ambik hati i lettew.. akak dah start blushing blushing sampai pink pipi nih 👰

Bila aku tanya "You puji sebab nak ambik hati i ke apa ni? malam ni kan malam jumaat" pfffffttttt 🙈 ayat macam nak mintak kena tumbok 👊 dengan Bang Nizam 😄

Ok jangan lupa try simple menu ni.. jangan malas-malas. Nanti kalau orang lain buat, post kat semua portal media yang ada, kau jangan lap ailio kat lengan baju pulak yeh. 

Selamat mencuba 😏

3 comments:

  1. Assalam..salam kenal
    Sedapnya siakap stim tu

    ReplyDelete
  2. OKey mudahhh..nampak gaya aku kene beli steamer kat go shop lah canni...

    ReplyDelete
  3. Hehehe memang nampak sedap ni...

    ReplyDelete