Friday, December 28, 2018

MyKori Dessert Cafe - Setapak

Mula tu aku tak tau langsung pasal Mykori. Khairine hari-hari memekak "Mummy jom pergi makan dessert kat Mykori" mana la mak tau kori kori ni.. mak kau tak hipster kennn 😂😂.

Lepas Khairine dah tunjuk gambar-gambar kat IG Mykori, terus ahkak bernafsu lagi tazabar nak try dessert yang nampak hebat tu. Cakap kat Khairine, Ok onz.. jom kita pergi.. wow tiber mak terus jadi hipster 😅

Tudia Makcik Mykori

Ingatkan kedai askrem biasa-biasa yang macam Tutti Fruity ke atau Baskin Robbin ke Häagen-Dazs rupanya dia mcm air batu campur tapi versi modern.. hahaha.. kuno sangat mak kau.

Dessert ni berasal dari Jepun. The way ice yang dia shave tu nampak so smooth.. beza la dengan ais yang di shave versi Malaysia.. tau kan??? ABC la! 😁

Simple sangat cafe dia.. memang tempat boleh chill chill dengan kengkawan ke atau nak membawang secara berjemaah ke pun boleh.. mengunyit je tak boleh 😂😄

Kaunter order

Untuk senarai menu, korang check sendiri kat Instagram Mykorydessertcafe

Sebelum korang bukak IG dia tu meh i tunjuk tigapat gambar yang boleh buat korang nak gantung diri.. hahaha tipu sangat! 😋

Honeydew Kakigori

XXXL Kakigori Red Melon


Istighfar Bedah! bawak bertenanggggg 😂 rasanya ni baru sikit kut.. ada lagi "kori kori" yang menarik & tak dapat ku gambarkan


Haishhh tengok gambar ni terus terasa sejukkkk je 
anak tekak.. gluppp #TelanAilio



Ini yang bakal ingin sangat dicuba.. #TelanAilioLagi

Amacam???? Terasa-rasa tak kat tekak korang? Hehe. Masa kat sana haritu ikutkan hati ni nak order semua. Oh memang tak mungkin la semua kan.. muhong la tu hahaha. Tak la.. actually dat time sebab dah terkenyang. Baru balik dari makan2 kat rumah sapa tah haritu tak ingat. Balik tu yang terus singgah sini menDessert kononnya. Memang molek la lepas makan2 lepas tu menDessert.


I makan ni je haritu RM22 tak silap.. lagi pun portion boleh makan untuk 2 perut. Share je dengan Khairine



Ok now I nak tunjuk kat korang gambar kedai dia yang cozzy tu. Konon nak ambik gambar keliling kedai, pastu bila tengok line clear, why not kita selfie skali kannn.. hehehe









Kbai

Address: Plaza Prima Setapak, A-1-1, Jalan Genting Kelang, off, Jalan Prima Setapak 5, 53300 Kuala Lumpur

Open 
Monday : 2pm - 11pm
Tuesday : 2pm - 11pm
Wednesday : 2pm - 11pm
Thursday : 2pm - 11pm
Friday : 2pm - 11pm
Saturday : 1pm - 11pm
Sunday : 1pm - 11pm
🖁: 018-281 4508

More outlet 
Puchong
OKR
SS15
PJ SS2
Kota Kemuning
Mahkota Cheras
Setapak
Kepong
Setia Alam
Sri Petaling
Kota Damansara
Klang
Sri Hartamas

Info 
MyKori Dessert Cafe adalah kafe yang dijenamakan oleh Mykori Holdings Sdn Bhd yang telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2016. Jenama kedai pencuci mulut ais / cafe premium utama di Malaysia. Mykori Dessert Café adalah versi abad ke-21 dari Rumah Pencuci mulut Jepun tradisional di Malaysia (kini hanya di Lembah Klang) dan mendapat populariti sejak 2016 dari kedai pertama mereka yang terletak di Bandar Puchong Jaya. Ini menjadikan kafe utama mereka di Kuala Lumpur. Baru-baru ini pada suku tahun keempat tahun 2017, ia telah melebarkan sayapnya ke sejumlah 8 outlet iaitu Puchong Jaya, Jalan Lama Klang, SS15 Subang Jaya, SS2 Petaling Jaya, Kota Kemuning Shah Alam, Mahkota Cheras, Setapak dan Setia Alam. Dan tidak lama lagi untuk ke tahun 2019, jenama Mykori Dessert Café yang paling dinanti-nantikan ini mempunyai pelan untuk mengembangkan jenama itu ke seluruh negara. Lokasi seperti Pulau Pinang, Ipoh, Genting Highlands, Johor & Melaka semuanya dalam perancangan syarikat tersebut. Namun demikian, Mykori Dessert Café juga akan berkembang pesat ke bandar-bandar utama di Lembah Klang pada tahun 2018 ini sendiri.

1 comment:

  1. Salam perkenalan sis...istigfar sambil lap ayaqliurmeleleh,sayang rasanya kuantan belum ada macam ni kot

    ReplyDelete