Saturday, January 5, 2019

Hatyai 2018 - Beli Insurans Kereta & Entering Border

Hi..😍
Entry kali ni i nak cerita trip i 3D2N ke Hatyai (21 Dec 2018 - 23 Dec 2018). Lebih kurang seven hours journey dari KL ke Bukit Kayu Hitam.

Plan trip ni dua buah kereta dengan Abang & Pakcik i. Abang i tumpang kereta Pakcik i memandangkan wife Pakcik i tak ikut sebab balik kampung dia kat Sarawak nun. Pakcik i bawak sorang je anak dia daripada 4 orang. So kereta dia agak kosong. Abang i, wife dia dan anak dia 2 orang sedang elok satu kereta dengan Pakcik i. Then i empat beranak ngam-ngam satu kereta.

Janji malam tu jumpa kat R&R Rawang dalam 10.30pm. Gedebuk gedebak tunggu menunggu each other & makan-makan sikit, dalam pukul 11.30pm baru kitorang bergerak.

Seingat i dua ke tiga kali juga stop kat R&R tak ingat dah R&R mana. Mana nak ingat.. sampai sampai je baru terjaga dari tidur.. hahaha. Kesian NJ drive sorang-sorang. I & budak-budak sedap membuta πŸ˜…

About 4.30am sampai Gurun, Kedah. Last pitstop.. rest, kencing, basuh muka, smoking bagai.. dalam pukul 6.00am gerak semula.. eh timing yang i tulis ni semua estimate je tau sebab i dah tak ingat berapa lama kitorang stop & teruskan perjalanan.

Bermula cerita trip to Hatyai & Songkhla.

Those yang first time macam i yang nak road trip masuk Thailand menggunakan kereta, ini i bagi info sikit untuk korang boleh refer.

Passport / Border Pass
Make sure K of your passport lebih dari 6 bulan ye. Kalau kurang dri 6 bulan, sila pergi renew cepat. Untuk warga negara Malaysia yang address (dalam IC) berdekatan dengan sempadan, boleh guna Border Pass. Sama je kekdah macam passport.. cuma kalau normal Malaysian Passport kaler merah, untuk Border Pass buku dia kaler biru.


Thai Insurance / 3rd Party Insurance
Sampai Changlon lebih kurang 6.30am. Stop untuk beli Insurance kereta. Actually kalau uoll dah sampai Pekan Changlon, banyak je kedai tepi-tepi jalan yang ada buat khidmat Insurance.

Kedai ni area Changlon

Lepas beli insurans ni terus dah boleh masuk sempadan. I lupa nak tanya kedai beli insurans ni buka 24 hours ke tak.. kalau pada firasat i, tak buka 24 hours kot.. if let say you datang beli pukul 3am pun tak guna juga.. sebab kaunter border buka pukul 7.00am.. unless u beli lepas pukul 7.00am then lepas tu boleh terus masuk je. So kita anggap je la dia buka pukul 6am.. masa i singgah beli pun dah pukul 6.30am dan kedai dia dah buka. Sorry kalau info i ni tak betul.. kalau nak tau lebih lanjut, boleh tanya Uncle Google πŸ˜‰

Masih gelap lagi cuaca time ni. Tu dia tiga ketui lelaki berdiri kat kaunter. Yang pakai kain pelikat tu Pakcik i. Nasib baik jalan malam.. kalau siang-siang hari i rasa i pun tak mau ngaku dia pakcik i πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Dia kalau kemana-mana kalau boleh ke Airport pun dia pakai kain.. ada je kan orang yang jenis macam ni? hahaha.

Geran Kereta
Jangan lupa geran tanah kereta bawak sekali. Copy atau original MUST BRING TOGETHER. Kalau tidak, you kenot masuk Thailand. Kalau bawa copy geran, make sure dapatkan pengesahan dari balai polis berhampiran. Kalau bawa original geran, tak perlu dah copy. Just show to kedai yang buat insurans tu, passport dan siapkan duit je nanti semua tu diorang yang akan settlekan.

I just snap je gambar harga insurance ni. Full information i'm not sure. Masa beli insurance tu NJ cuma bayar RM24 saja. Harga ni include our car & 4 of us.

Insurance/ third party siap lepas serah passport, geran, dan bayar RM24

Ini Departure Card atau orang selalu sebut kertas putih. Sampai kat border nanti dia akan kerat part of the card ni, Ingat! simpan elok-elok slip kecik tu nanti selit dalam passport. Kalau hilang slip tu, kau tak boleh keluar dari negara diorang.

Lepas settle semua tu boleh teruskan perjalanan.

Cuaca dah cerah sikit kitorang berhenti dekat Pekan Changlon untuk breakfast kejap sambil mengopi πŸ₯›

Settled je kat sini, kitorang teruskan perjalanan ke pump station. Top-up minyak siap-siap supaya tak perlu isi minyak kat sana.

Sampai ke tempat check-point pulak. Pagi tu tak berapa panjang sangat nak queue. Laju jugak la nak sampai ke turn kitorang.

Ada dua check-point yang korang kena hadap nanti.


First, kat sini. Sebelum sampai ke check point Immigration Malaysia, korang kena siap-siap keluarkan passport untuk diorang check.


Tak perlu keluar kereta. hanya serahkan passport saja.


Habis part tu, siapkan passport diselitkan dengan slip putih sekali macam ni. Sebab kat depan tu nanti ada 1 lagi check-point yang korang kena hadap. Dat time semua penghuni dalam kereta kena keluar dari kereta & beratur ke kaunter Immigration Thai pulak.


Otw nak sampai ke sempadan, queue agak panjang sikit kat sini. Mungkin sebab part kat sini semua penumpang kereta dan bas semua kena keluar, so queue pun jadi panjang berkilometer.


Hoho tu dia dah nak masuk sempadan Kedah & Thailand. Walaupun nampak macam lagi setapak je nak masuk sempadan, sebenarnya tidak ya.. kat depan tu panjang lagi queue yang korang kena hadap 😐


Sampai kat sini i & KhaNish dah turun kereta nak pi beratoq kat depan sana. NJ kena queue sambil bawa kereta sampai ke kaunter Thai Immigration.


Macam ni la keadaan kitorang haritu menunggu nak chop passport. I, KhaNish, Abang i & family dia, queue kat sini. Sebenarnya ini dah half way beratur daripada mula-mula i sampai. Giler penat weh beratur panjang-panjang.


Masa tengah beratur panjang tu i saja la jenguk NJ dia dah sampai mana.. sekali tengok ohh dah dekat dengan kaunter rupanya dia. So i pun datang menyibuk kat situ. NJ tak perlu keluar kereta, dia cuma serahkan passport dia je kat sini untuk di chop.


Masa i tengah queue lagi, NJ dah settle. So dia pergi cari parking dulu sementara tunggu kitorang.


KhaNish




Masa kitorang bergambar kat sini NJ pergi settle hal kereta pulak. Kan yang beli Insurance Kereta yang i cerita kat atas tadi tu, ni la time dia kena inspect kat Immigration Thailand. Process masa dia deal kat sana i tak sure macam mana. NJ cerita haritu kena tunjuk geran, lepas tu beratur panjang giler. Lepas tu nak cepat, kau bayar kat 'ulat-ulat' yang standby kat situ. NJ cakap dia sogok RM20 ke TBH20 i tak ingat dah.. malas nak tanya lagi sekali kat dia hahaha.

Lebih kurang sejam setengah jugak nak settle part kat border haritu.

Bermulalah episode road trip to Hatyai & Songhla πŸ’ƒ

Welcome to Thailand.. Sawadikaaaa πŸ“Ώ

First pitstop lepas habis part kat Immigration. Rata-rata orang ke Thailand, mesti tak akan terlepas dari shopping. Ya.. bukan shopping kat shopping mall tau. tapi shopping di 7Eleven hehehe.

Dengan menggunakan first note duit baht, i mulakan dengan membeli teh ais kat 7Eleven ni. Sedappppp hoii teh ais dia. Betul la orang kata.. 7Eleven kat Thailand memang heaven. Macam-macam benda ada. Sekali tengok macam kat Watson pun ye jugak. Pergi kat lane sebelah, ehhh dah macam kat 99 Supermart pun ye jugak. Pergi lane sebelah lagi.. ehhh macam kat Tesco pun ye jugak.. pergi kat depan.. ehh macam kat Family Mart pun ye jugak hahahaha #MakKeliru 

Ok, perjalanan diteruskan lagi.

Actually time ni i nak snap gambar signboard Hatyai 43km tu.. disebabkan NJ drive laju nau terus terfokus kat pump station Shell tu.. hehehe. Ok vangga la jugak sebab Shell ada kat Thailand. Tapi ini je lah satu-satunya Shell yang i nampak kat sana. Lepas tu semua pump station Thailand yang memang tak ada kat Malaysia.

Gambar ni i saja snap. Cakap kat NJ time tu.. you tengok lori tu Bie.. bawak pasir, batu ngan lori tak payah ada pintu kat belakang.. even tutup dengan canvas pun. Kalau kat Malaysia dah lama kena tahan dengan JPJ hahaha.

Motif letak gambar signboard? saja je hehe. Korang perasan tak? korang yang pernah pergi sana, perasan tak wire wire letrik diorang macam mana? serabut kan? seram i tengok. Ada tu i tengok serabai giler wire wire letrik diorang. Itu sekali kena panah petir ke short ke.. kena pulak ada orang.. mau rentung weh πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Cakap kat NJ.. i'm proud la Malaysia. Walaupun ada rakyat Malaysia yang selalu merungut tak puas hati, at least wire wire & tiang letrik kat Malaysia masih lagi proper.. nasib baik ada TNB hahahaha.


 
Almost there!!! kita dah nak sampai dah time ni.

Alhamdulillah, perjalanan malam tu membawak ke pagi baru sampai.. semua smooth.

Ok, ni saja nak cerita sikit..

Sebenarnya Pakcik i ni selalu nau nau masuk sana. Boleh dikatakan dua minggu sekali tak pun sebulan patkali.. haaa gitu. Kalau tak drive, dia akan ride dgn superbike dia😁haritu Pakcik i yang aturkan.

Memandangkan trip ni 100% i follow Pakcik i je, so kita ikut je la apa dia kata. All guided by him.

Next i nak tunjuk tempat yang i check-in pulak.

1 comment:

  1. Assalam. Terima kasih menggunakan perkhidmatan insuran thailand dari pihak kami. Minta hubungi saya di 019-5176226 untuk sedikit cenderahati dari pihak kami. Tq

    ReplyDelete