Thursday, May 30, 2019

Collection Garfield Zaza

Remember? Korang yang bersekolah sezaman dengan I tahun 1990s mesti peminat tegar barangan Garfield kan??? Ke tak? Ke ye? 

kalau tanya I, I memang batak Garfield hahaha. Zaman sekolah dulu kalau boleh semua benda nak brand Garfield kecuali  kasut sekolah and baju sekolah.. sebab tak ada brand Garfield yang keluarkan gambar Garfield kat baju & kasut sekolah 😁


Tapi! bag, stationeries, sticker, beg duit, tshirt and etc semua I ada beli untuk my own collection. Bangga giler weh time tu.. siapa pakai Garfield memang dah up to date sangat la hidup tu 😅

Entry ni I nak lambakkan my first and ever collection of Garfield items yang I dah kumpul setakat ni. Baru je start tahun ni. After this I’ll try to find more lagi barangan Garfield.. #BatakGarfield 😊

Tudung Bawal Garfield #FancyBawal

This year punya collection, I found this tudung bawal dekat IG. Punyalah melonjak kegembiraan bila Nampak ada tudung bawal gambar Garfield (walaupun bukan dari brand Garfield) janji ada gambar si kucing gemok tu.. itu pun I dah terlalu love 😊

Tudung bawal ni I jumpa dekat IG. Selidik punya selidik, I terus order. Harga RM23 + RM8 postage total RM31

Korang nak tengok design lain cari je kat hashtag #FancyBawal mesti jumpa macam-masam pesen.

Sling Bag Garfield
 Yang ni pun terlalu love juga. Walaupun bag ni kecik tapi I suka.

Harga RM10 je wak… dat day jalan-jalan dekat Vintage Night Market Temerloh, jumpa bag ni.. terus tak citer banyak, I beli je.

Tote Bag Garfield Pink

Ni pulak I beli dekat Pekan Sehari Temerloh RM15.


Eh kenapa I tak jumpa ek bag-bag macam ni dekat Kolumpor?????

T-shirt Garfield

Kisahnya tshirt ni. Masa I scroll shopee.com.my I ternampak ada jual t-shirt Garfield. Tengok harga Ya Allah murah namatey. RM12+ je sehelai. Saja roger kengkawan kat opis ada sapa-sapa tak nak selit sekali t-shirt ni.

Ya! Memang ada ya.. I order 5 helai untuk 5 orang yang order.


Tadaaaaa.. mak-mak orang model tshirt Garfield hehehehe.



Berposing-posing kitorang kat lobby opis last Friday 🙈🙉🙊

Ok soon kalau ada collection Garfield lagi, I update lag ikat sini.

Kbai.🙋

2 comments:

  1. yes...betul. Saya pun ada walllet garfield, bag sekolah garfied..stationery...
    comei sgt.

    ReplyDelete
  2. Terbalik pulak dengan ai.. sampai kesudah tak suka kucing gemok tu walau tak miss tgk cite ia dulu.. hahaha..

    ReplyDelete