Tuesday, July 30, 2019

JOM KE PHUKET BERSAMA THAI AIRWAYS

Last passport I di chop was December last year. Tu pun masa pergi bercuti ke Hatyai dengan family. This year belum ada chop bertahunkan 2019 lagi haha. Kesian betul jarang-jarang berjalan ke obersi. Passport masih valid 4 tahun lagi. Dalam masa 4 tahun tu tak tau lah kemana kiblat nak pergi melancong nanti.. hahaha

Tapi! percutian ke ober the sea I just around the corner je ni. Tu nanti I buat entry lain ye.

So bila lama dah tak bercuti, nila masanya untuk kita rehatkan minda. At least kalau kita meneroka ke tempat orang, dapat jugak hilangkan stress sambil tu dapat belajar budaya orang yang selama ni kita tak pernah tahu. Paling penting dapat tengok keindahan tempat orang. Boleh lupa sekejap dunia 😅🙈. Jangan sampai tak nak balik sudah.


Lepas vacation I yang berjadual Jumaat ni, InshaAllah ke Bali.. NJ cakap untuk next destination, dia nak bawak pergi Phuket dengan naik kapal terbang kebangan diorang iaitu Thai Airways. Korang mesti nak tau macam mana nak dapatkan cheap thai airways flight tickets dengan senang kannnn? I akan share dengan korang macam mana nak book dengan Traveloka.

I’m sure zaman teknologi canggih ni semua orang dah pandai guna aplikasi online. Sama jugak macam nak beli tiket flight. Korang boleh je beli online. Tak payah bersusah payah pergi beli kat Airport atau pergi Travel Agency untuk booking tiket flight lagi dah.

APA YANG PERLU KORANG BUAT?


1) Firstly kat Traveloka korang boleh buat online booking. Let say korang nak cari cheap flights to Phuket promotions, korang kena bukak Traveloka web atau apps, search dulu Thai Airways.

2) Isikan detail macam destinasi yang korang nak pergi contohnya Phuket, cari tarikh yang korang plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan.

3) Lepas tu click search flight, dan korang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang korang pilih tu. Korang pilih yang mana satu korang nak, isi detail passengers.

4) Buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay korang akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka korang atau email.

5) NI PENTING! Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa korang nak check in kat airport nanti. 

Kalau korang nak tau, Thai Airways ni dah start beroperasi pada tahun 1988 lagi, Wow umur I baru 8 tahun time tu.. Amazingly Thai Airways dah wujud ye!😆 Dalam jangkamasa 31 tahun ni diorang adalah antara yang berpengalaman dalam barisan syarikat penerbangan yang ada diseluruh dunia.

Nama lain dia korang boleh panggil THAI, salah satu ahli STAR Alliance. Dengan Thai Airways korang boleh pergi ke lebih kurang 37 negara. Untuk kali ni jom kita focus ke Phuket. Sebab Phuket memang dah ada dalam wishlist destinasi percutian I lepas ni. Better I buat summary sikit tentang Phuket dan macam mana nak beli ticket murah dengan Thai Airways. So dat I can plan my vacation to Phuket soon and boleh terus refer kat entry ni je.

Dari segi seating, itu based kepada bajet korang sama ada korang nak naik economy, premium economy, Royal Silk atau Royal First Class. Lagi pun nak ke Phuket je kennn.. tak payah nak feeling macam naik private jet sangat nak beli ticket mahal-mahal.. hahaha. Korang beli tiket economy pun dah molek dah.

Banyak dah I survey kat website & blog blog orang.. Phuket memang best. Destinasi ni memang sesuai untuk korang yang datang nak bercintan cintun tepi pantai yang cantik yakmat.

Actually banyak benda yang korang boleh buat kat Phuket ni. Selain shopping.. amboi tau dah perempuan tu asek dok fikir shopping je haha.. shoppinng souvenir la 😜 Kat Phuket bukan macam dekat hatyai boleh nak shopping periuk belanga bagai. Mostly Phuket banyak island yang cantik-cantik je untuk kita nikmati.

Pantai menarik:

Kata Noi Beach adalah sebuah pantai berpasir halus yang cukup menggoda. Airnya yang jernih kebiruan menambahkan lagi keunikkannya. Yang menariknya lagi, Kata Noi Beach juga agak privasi kalau compare dengan pantai-pantai lain di sekitar Phuket kerana lokasinya yang agak tersorok dan jauh dari town Phuket, menjadikan keadaan lagi relaxing. Waktu yang terbaik untuk ke pantai ini adalah dari bulan Disember hingga April sebab airnya lebih tenang untuk korang satu family bermandi-manda. Manakala dari bulan Mei hingga Oktober pula, ombak besar start menjadikan ia lebih sesuai untuk aktiviti surfing.

Koh Bon adalah pulau yang terletak hanyalah sekitar 2 km dari Rawai. Pulau dengan kepanjangan 1.2 km dan kelebaran 500 meter ini sangat kecik, tapi, kekayaan faunanya awesome gak. Pulau yang dilitupi oleh pokok-pokok yang menghijau ni ada kawasan pantai dengan air yang jernih berwarna hijau kebiruan. Air yang jernih di kawasan pulau? Of course aktiviti yang tak patut dilepaskan di sini adalah bersnorkeling.

Tempat ni dikenali sebagai James Bond Island. Dulu penggambaran film James Bond pernah dibuat dekat sini. Terus lekat nama James Bond Island dan menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negera.

Phuket Walking Street atau nama lainnya Lardyai Market yang membawa maksud pasar besar di dalam dialek Selatan Thailand adalah pasar yang agak different daripada yang lain. Berjalan di sepanjang Phuket Walking Street ini membuatkan korang terasa macam ada kat ‘street art’ yang penuh dengan kemeriahan.

Pasar yang start pada tahun 2013 ni terletak di Thalang Road, iaitu kat tengah-tengah bandaraya yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan bersejarah bereka bentuk Sino-Portugis. Dari gerai-gerai yang menjual pelbagai kraftangan kreatif, kedai mainan, butik pakaian hinggalah kepada tempat bermain trampolin percuma, macam berada di sarkas pula rasanya.

Bukan itu jer, bab makanan memang korang tak payah risayu, macam-macam tersedia untuk mengisi perut yang kosong sambil menghiburkan mata dengan keunikan pasar ini. Yang pengting bawak TBH banyak-bayak ye. Have fun korang bila dah sampai Phuket nanti 😍

2 comments:

  1. Happy holidays & Terima kasih kongsi info nya :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaa.

    okay letak dalam bucket list. soon

    ReplyDelete