Tuesday, August 20, 2019

ERL Transit Ke KLIA2

Day 1. Journey to Bali.

Hamboiiii journey sangat 😄 Ye lah. I ni terlalu menghargai memory. Every single journey tu kalau boleh, nak tanam tanam semua memories tu kat dalam blog ni buat kenangan setiap apa yang kita lalui dapat hidup yang penuh liku.. cewahhhh hahaha. (kadang tak tertanam jugak 😜)

Meh sini akak nak mulakan cerita. I susun satu persatu cerita dari start melangkah keluar rumah, sampai ke balik rumah.. wah confident sangat! 😃

Plan asal mula-mula NJ ajak..
1) Dari rumah naik grab ke Station LRT Putra Jelatek ke KL Sentral.. then dari KL Sentral ke KLIA2 naik bas je.. PLAN NI TAK JADI! sebab bila kira-kira costing naik grab, naik LRT, naik bas ke KLIA2 macam tak berbaloi. Bukan kedekut ye! Kalau tak berbaloi buat apa membazir betul dok?

2) Next tukar plan.. nak park kat LTCP yang kitrorang pernah park dulu masa pergi Langkawi. PLAN NI PUN TAK JADI! Sebab the year yang kitorang pergi dulu tu tahun 2016. Park kat sana 3D2N total cost RM110. Lagi la tak masuk akal kalau nak park kat sana di tahun 2019 ni. Tu dulu tahun 2016, now 2019 tah berapa agaknya rate harga dia kalau park 4D3N.

3) Last sekali NJ call Angah (abang NJ) dia tanya kat mana angah selalu park kalau travel and he suggested to park kat Salak Tinggi Park & Ride Sepang.

Park dalam bangunan ni

I think much better park kat sini sebab.. Fully covered parking. Ini pun depends on availability je. If not, u kena parking kat bawah which is kat luar bangunan ni ada open air space parking. Rate sama dengan yang dalam bangunan.

*Note: Please be informed, start 1 August 2019 haritu parking ni dah fully started pakai Touch&Go saja.. dah tak ada pakai cash & auto-pay. Except kalau ada kes machine top up T&G tu problem ke, then boleh bayar cash kat counter diorang kat tingkat bawah bangunan.


In our case.. masa nak pergi haritu ingat nak top-up siap-siap kat machine, so dat tak ada lah nanti baru terhegeh-hegeh nak top-up masa balik dari Bali. Bila nafsu jahat tu macam tak menyabar nak naik ketapi ERL, i cakap kat NJ "balik nanti la top-up" sekali masa balik tu kitorang dah sampai sini dah dekat pukul 12am.. machine pulak out of servie. Padan muka!!! eksyen lagi.. hahaha. Akak kaunter ticket ERL cakap boleh pergi kat opis diorang kat bawah bangunan Park & Ride tu. Nasib baik kat office diorang tu boleh bayar cash dan back up for machine top-up T&G. Settled masalah.

Lepas dah park kat dalam bangunan tadi, turun kat tingkat bawah ni untuk naik train KLIA Transit di Salak Tinggi Station which is bersebelahan je dengan tempat parking tu.


Kaunter beli ticket

Kalau nak beli pakai machine pun ada je 2 ketul kat situ. Yang sebelah kiri sekali kaler biru tu machine top-up Touch & Go. Sila top-up siap2 ye!

Salak Tinggi - KLIA - KLIA2 cuma 10 minit je.

Fare for tickets RM4.90 untuk seorang, sehala. Balik kena beli ticket lain dekat kaunter KLIA2. Harga tetap sama RM4.90 seorang, sehala
Total cost untuk 2 orang, 2 hala = RM19.60


Rate untuk parking di Park & Ride 

atau boleh check rate → Salak Tinggi Park & Ride Calculator

Costing untuk ERL Transit ke KLIA2 & parking
2 orang, 2 hala. RM19.60
Park & Ride (4D3N) = RM27
Total overall = RM46.60


Untuk ke KLIA2, kena turun ke Platform 2 sebelah kanan


Track ERL


Dah macam orang cacat penglihatan pulak somi i berdiri kat situ 😆


ERL to KLIA2 dah sampai



Lepas 10 minit sampai KLIA2.


Selalu kalau sapa-sapa nak fly mesti berdiri kat sini ambik gambar.. cliche sangat 😜


Memandagkan kali ni i dilarang keras oleh NJ dari bawak sekali segala lemari kat rumah tu, kita bawak bag kecik je. Timbang kat sini tengok ngam-ngam je 7kg.. lebih sikit je kalu.. kena masuk cargo. First time travel bawak barang sikit.. hahaha.

Dah lepas beberapa checking, lepak bawah jap makan McD

Boarding

Dalam flight, NJ duduk kat aisle seat C.. i kat aisle seat D. Tengok la tu NJ dapat kawan burak.. tapi muka dia macam malas nak layan kawan tu.. hahaha. Tapi NJ cakap auntie tu baik & peramah 😅

Tengok seat ni terus rasa sebak. Sikit lagi nak meleleh air mata. Bukan saja-saja je ambik gambar dua seat kosong ni.

Cerita dia macam ni.. Masa NJ beli ticket December last year, memang beli untuk kitorang empat beranak.. tak expect pulak trial PT3 akan jatuh pada date yang sama. Ada juga tanya cikgu.. cikgu cakap trial PT3 start mids of August. Sekali bulan July haritu baru tau date trial PT3 start 5 August. Terus rasa nak pergi cari batu belah batu bertangkup.. hahaha. Date tu pulak hari last kat Bali.. Dah rasa bersalah kat anak-anak. Patutnya Danish boleh je ikut.. tapi to be fair, biarlah Danish tak ikut sekali. Karang si Khairine nangis tepi bucu dapur pulak makan hati adik dia ikut sekali hahahaha.

Masa i pos gambar kat IG kat sana haritu ada few friends comment "bestla honeymoon" "balik nanti bawak baby Bali la" Ingat best ke pergi berdua-duaan?? sedih tau mengenangkan anak-anak tak dapat ikut. Tapi bila dah sampai sana mak dah tak sedih dah. Lupa diri kejap.. hahaha.

Kat airport makan McD. dalam flight makan nasi lemak.. actually i kempunan nak makan chicken teriyaki.. ni semua salah NJ.. dia tersalah picit button masa pre-order 😢

Kagum product Malaysia dalam flight Indonesia.. Al-Fatihah buat pengasas Dnars Cosmetic.


Ok itu je setakat ni.. next nanti i sambung cerita lain pulak ya 😃

5 comments:

  1. Laaaa....sayangnya ticket lagi 2 tu..kalau AA bleh tukar nama kan best kan..takpe la nanti ada rezeki bleh bawak anak- anak plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. sayang sangat. Kesian budak2 tak dapat ikut. InshaAllah nxt destination boleh bawak diorang.

      Delete
  2. Laaa puas aku bce, skali zaza bini acem upenya… wow, nak tanya klu nk ke klia 1 pun boleh park sini juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa. kenapa tak ada nama.. mcm mana nak tau siapa yg komen ni. btw, ya boleh. Nanti beli ticket ke KLIA

      Delete
  3. hi sis.. nak tanye, naik ERL dr salak tinggi tu, terus sampai klia 2 ke? atau ade kena naik shuttle bus ye?

    ReplyDelete