Day 2
Sshhhyyy #JariTelunjukKatBibir
Semalam kena inspection dengan ketua darjah lepas
entry Melati Ungas Beach & Padang Padang Beach keluar, terus kena sound “1st
day tu kan minum kopi luwak sebelum pergi padang2” ayooooooo dia punya alert
tu mengalahkan guru besar 😅😅 nak cover line punya pasal, I pun jawab "entry tu later
lah.. I keluarkan cerita-cerita pantai dulu” 🙈
Sebenarnya I lupa nak buat entry ni 🙈🙉🙊😂 matilaaaaa dia tau perkara sebenar lepas baca🏃
Ok,
mari bercerita. Lepas pergi Padang Padang Beach, on the way nak ke Jimbaran, pak
supir tanya kitorang.. kitorang minum kopi ke tak? Eh, giler tak minum! Dia tau
tak I ni sejenis perempuan pencinta kopi?????
Memang dia tak tau la nok.. hahaha. Rupanya dia nak ajak minum kopi luwak..
laaaa macam la kita tak biasa minum kopi luwak.. Kat Bandung dulu kita dah pernah
minum kopi luwak ni. So, dah alang-alang sejalan nak ke Jimbaran.. kita berenti
minum kopi kejap.
Ni lah dia ketua darjah I yang garang tu
Penolong ketua darjah
Masuk je entrance, ada staff dia datang sambut sambil explain nama pokok kopi, tunjuk si musang tu dok dalam sangkar, explain pasal herbs yang ada di sekeliling tempat ni. Then terus di bawak duduk untuk order.
Jenis-jenis kopi & herbs apatah
Musang dalam sangkar
Actually kan.. I tak tau macam mana diorang proses
taik musang ni buat jadi kopi. Kalau dah nama pun taik, soheh-soheh haram kan? Setakat
ni tak dengar pulak lagi mana-mana fatwa mengatakan minum kopi ni harom 😅 so, kita minum je lah tanpa was was hehehe.
View kat sini best. Dikelilingi dengan pokok-pokok
herbs. Sambil duduk, berangin je tempat ni walaupun cuaca panas. Terasa macam
duduk dekat kampung sangat sambal dihujani pokok disekeliling.. agichew 😄
Sementara tunggu kopi sampeiiiii
Si tour guide dalam video yang macam 'she like he' tu
(pengkit) bagi menu ni to choose. Semua list dalam ni diorang akan bagi free.
Which is sample setiap flavour sensation product yang dijual.. The last number
13 tu kena bayar. So, concept dia, kena order satu cawan, nanti dia akan bagi
doblas jenis tu as a sample. Boleh try semua flavour.
Ok, mari cuba.
Kopi Luwak 🦊
Ini dia doplas mini cups yang dia bagi free. Sebab
dia bagi free, I boleh kata I suka semua flavour hehehe.
Ngopi dulu yukkkk
Go Green Back to Nature katanya…
ha tepukkkk 👏👏👏
Done ngopi. Jalan nak keluar tu kena lalu ikut kedai
dia. Kat sini nak beli kopi luwak ke, atau herbs tea yang dia bagi dopblas
jenis free tadi, boleh beli kat sini.
Dalam banyak-banyak kat situ, I tak tau kenapa I boleh
berkenan dengan lemongrass tea ni.. padahal tempat ni specialist on kopi luwak..
hahaha. Macam-macam la perangai kau ni Noriza oiiii 😆
Cerita pasal lemongrass tea ni, masa lepas duatiga
hari balik rumah.. I bukak tea ni nak bancuh. Sambil belek-belek tengok
packaging dia.. sekali NJ tanya I “u tau tak berapa harga tea ni?” I said
“NO” dia cakap “RM40+ untuk 100gram.”
I be like #BuatBuatTerkejutMusang 😅😅😅😅
I ni ada sejenis penyakit malas nak kira currency.
Ok, terus terang cakap.. sebenanrya bukan malas. I tak reti.. hahahaha. Siap kena
marah dengan NJ “u belajarlah kira duit sendiri” benda boleh suruh.. buat apa nak belajar.. ye dok?! muahahahhaa.
That’t why I tak pernah travel dengan kawan-kawan
atau sapa-sapa je kalau tak ada NJ disisi.. Nanti duit habis main sedekah je
kat orang 😂😂 kalau ada siapa-siapa nak ajak I travel luar dari Malaysia,
sorry ye. I belum bersedia lagi 🙈
Ni la budak yang tak reti kira duit selain dari
duit Malaysia.
Ok, habis entry ni.. moh kita beralih ke cerita Jimbaran pulak. Check it out 😊
Hahaha...lawak la korang laki bini..SA dah minum kopi luwak tapi kat Jakarta..ok la..takde la addicted sangat..lepas minum terus kena tarbiah ngan adik lelaki, haram la..apa la..siap copy fatwa...lantak kau di situ..aku dah minum nak kata apa..
ReplyDeleteKannnn tak ada pulak dengar fatwa kata haram.. At least kita tak minum hari2.. Then ok la kot hehehe
Deletesedap x kopinya? hehe
ReplyDeleteSedap juga.. Tapi tak tau mcm mana nak kata sedap sebab memang rasa kopi 😄
DeleteBaru tau nama sebenar kak zaza is Noriza wewittttt!
ReplyDeleteSiap bagi 12 tester kopi tu best...boleh merasa semua jenis kopi disitu...