Thursday, September 26, 2019

Black Pearl Bubble Bobba Brand Red Leaf

Sekarang kan musim boba. Sana sini berlumba lumba orang jual boba. Dari yang ada brand (tealive, xing fu tang, daboba & etc) sampai lah yang tak ada brand macam yang jual kat tepi jalan tu. Padahal I rasa tidak lah hebat mana pun. Cuma air susu campur air gula merah je pun.. lepas tu letak boba, letak ais. Kat cup tu ada pulak brand dia. Tu mahal la sikit… Yang jual kt tepi jalan tu tak ada brand. So tak boleh la nak jual sampai berbelas hengget… agichew kata ahkak 😁

Bukan nak condemn. Tapi lebih pada baru sedar diri je sebenarnya ni hahaha. And now benda boleh buat sendiri.. buat apa beli mahal-mahal.

Semenjak ada jual instant boba kat market, I pun ada gak try beli sekilo. Saja nak try buat sendiri kat rumah. Nak buat yang uli uli tepung tu, i is malas! So kita beli yang instant punya je sudeh.

Tapi sebelum I nak citer lain, saja la nak share cerita yang kononnya baru-baru ni heboh kata tak elok makan bobba ni, nanti sangkut kat tali perut lah, sangkut kat usus lah, boleh dapat penyakit lah… ada pulak lagi yang I tengok kat video yang viral haritu dia letak bobba tu kat lantai nak bagi kucing makan pastu esoknya dia tengok balik boba tu dah keras. So conclusion nya kalau kau minum boba tu, nanti boba tu akan mengeras dalam perut. Tak tau lah ini mitos atau fakta.

Then baru terbaca penjelasan ahli kimia pasal bobba ni : Ahli Kimia Jelaskan Bobba Tidak Mengeras Dalam Perut 

Sebelum tu!! Satu.. dah kenapa kau lambakkan bendalah tu dengan tujuan nak bagi kucing tu makan bobba? Dua.. yang kau curahkan tu kat lantai dik! Memang lah ko datang balik benda tu dah keras. Benda tu kalau tak nak keras, kena rendam dalam air. Paham?!

Dah lantak dia situ. Jom I nak share instant boba yang I beli haritu. Dah try buat dua kali pun. Not bad. Rasa dia sama macam kau beli yang chap mahal sampai ke chap muroh tu hahaha.


Niha haritu i beli kat shopee. Ramai kata senang beli yang semi instant je instead of buat sendiri kat rumah yang uli uli tu. Pada yang rajin, buat uli lah sendiri. I ni bangsa pemalas. Beli je lah 😜


I beli brand Red Leaf. 1kg. Banyak review kat shopee kata brand ni sedap. Then boba dia besar besar. Ok mari kita cuba tengok macam mana pergi dia. Untuk masak boba ni, i sukat pakai cawan macam dalam gambar atas ni. Sebab instructions dia kata sukat pakai cawan. Ikut suka kau nak pakai cawan besar mana. As long sukatan bobba & air untuk merebus nanti tak lari dari apa yang dia suruh.

Step 1

Step 2

Follow je apa dia tulis tu. InshaAllah menjadi. Tapi 1 benda je dia lupa bagi tau kot. Lepas point ke tiga dekat Step 1 settled, kalau boleh biarkan boba tu semalaman, esoknya kalau ko tengok nanti air sirap tu dah diserap oleh boba. Lagi cantik kejadian boba tu nanti. Gemuk gebu, berkilat & lembut. Kalau immediately lepas korang mix into air gula tu tak berapa sedap sangat sebab boba belum betul-betul mesra lagi dengan air gula tu. Tapi jangan risau. Walaupun rendam dengan air gula, dia TAK MANIS sama sekali. Function rendam air gula tu sebab nak bagi boba tu berkilat je.

Next boleh sediakan pulak air gula melaka atau lebih famous dikenali sebagai brown sugar. Hayo!! Very the demand kennnnn. Nama kot melayu air gula melaka. Kot omputih brown sugar atau caramel.. Agitu kekdahnya! 🤣 🤣 🤣 🤣 

Ala lupa nak ambik gambar masak brown sugar.. Kalau ikut kaedah i, i guna gula melaka yang sekeping sekeping tu.. Ala apa-apa bentuk gula melaka pun boleh.. Mostly sama je pun. Rebus air setengah cawan dulu.. Bila dah mendidih baru masukkan gula melaka & gula pasir, kalau nak rasa lemak sikit letak lah garam secubit. Masak dalam 10 minit atau sampai gula melaka tu larut lepas tu siap. Texture dia jadi macam pekat bila dah sejuk.


Ni hasil lepas dah rebus ikut instructions yang dia bagi. FYI, air kaler coklat dalam bekas tu bukan brown sugar ya.. Tu air gula yang i kata untuk kilatkan boba ni lepas masak. Actually ni air gula belum serap lagi dalam bobba sebab baru je masak & baru transfer masuk bekas. Yang i kata air gula tu serap tu bila kita simpan semalaman then baru air kaler coklat tu hilang diserap bobba. Wow hebatnya i explain pasal boba 👏🏼 👏🏼 😂


Letak boba berapa banyak ko nak, letak brown sugar, letak air susu yang dalam kotak.. I pakai susu brand F&N Magnolia. Sekotak RM4 lebih je. Last skali letak ais. Dah jadi boba milk tea 🍵 macam kat kedai 😋


Cantik kan kejadian dia?! Gemuk gebu molek.


Harga sekilo termasuk Postage baru RM10 lebih. Kalau beli air boba yang ada brand kat luar tu berbelas henggettttttttt baru dapat 1 cup. Buat sendiri macam ni sekampung boleh minum 😅 

Tuesday, September 24, 2019

Krabi in Plan

Ni cerita sebelum ke selepas pergi Bali haritu tah.. I tak ingat dah.

I tau ni pun I rasa NJ macam terlepas cakap. Lepas dia ckp tahun depan pergi Krabi, terus dia macam krik krik je. Eleh dengan I pun nak rahsia rahsia. I syak dia nak surprise kan I & KhaNish.. tapi agaknya naluri seorang somi & bapa kennnn.. berita yang boleh membuatkan isteri & anak-anak dia gumbira tu sebenarnya dia tazabar nak share… mana tau? Eh Mak tau lah.. dia kan laki mak! Muahahaha.


I syak lagi NJ nak tebus balik rasa berdosa dia kat anak-anak dia hahahaha. Kesian kot kat budak-budak tu haritu beria dah beli ticket ke Bali untuk diorang.. hujung-hujung dua-dua orang tak dapat ikut.


Cerita ni budak-budak tak tau lagi. Haritu NJ ada sent gambar-gambar menarik kat Krabi dalam group WhatsApp family kitorang. Nak hint la tu.. last-last tu budak-budak ni tak layan.. tak reply sepatah haram pun gambar-gambar yang apak dia sent tu.. hahahaha. Kesian. Ye lah.. dah la budak2 tu tak tau apa.. tiberrrrrrrrrrrrrrr pulak bapak dia hantar gambar pantai Krabi. Mana la budak2 tu nak paham. Mungkin anak-anak dia ingat apak diorang syok sendiri barangkali? Hahahaha.

Last week saja korek lobang lagi. "haritu u kata dah book ticket ke Krabi kan? Bila?" pastu dia macam senyap je sambil belek2 ticket flight ke Vietnam. I tanya lagi. Baru dia cakap & baru dia tunjuk screenshot flight ke Krabi yang dia dah book 🤭😁😁😁

So now wait till the day come. Ok lah.. nak pergi survey baca review kejap. Bye!

Monday, September 23, 2019

Magic Pot

Saja je I memandai bagi nama dia Magic Pot memandangkan kat market dah ada nama Magic Pan.. satu nama Pan, satu lagi nama Pot hahaha. Pan Pot. Phuii 😂

Budak-budak dah makin membesar. As a parents yang bekerja, I & NJ selalu pergi kerja pagi, balik dah petang/malam. Masa untuk memasak tu agak terbatas sikit. Dulu masa zaman suri rumah hari-hari kena masak. Kalau tak masak kena charut puler nanti hahaha.

Ok sebelum I mencarut lebih lanjut, lebih baik I cerita apa yang I nak ceritakan ni.


Haritu terfikir nak beli periuk portable kecik. Senang bila anak balik sekolah nak masak nasi dengan kuantiti yang sikit. Bukan kata tak ada rice cooker kat rumah tu.. ada je. Cuma yang portable ni lagi kecik lah dari yang dok ada tu. Kalau setakat nak masak setengah atau satu pot nasi (pot tin susu pekat) memang sedang elok lah untuk sorang punya makan. Lagi senang kalau bawak pergi travel. Bawak je bahan mentah.. terus boleh main masak.



Beli lah haritu kat shopee. Eh korang nak tau tak?. I ni dah makin giler agaknya. Giler menggiler shopping kat shopee.com.my

Venci lah. Rasa nak uninstall je apps tu #CakapSekadarDibibirJe 😂 




Jumpa bendalah ni. Murah nok! Try beli satu tengok macam mana pergi dia. Harga RM40+  je.

Nama pun portable kann. Semua kat bawah ni yang I dah pernah try. Masak tomyam, Masak nasi.. Ni banyak kali. Pernah jugak masak nasik kat office masa buat potluck haritu, masak Maggie, steam Pau, goreng sayur & etc. Well. Benda semua tu I buat masa baru dapat.. kejap je la hadap. Sekarang ni dah jarang-jarang guna dah. Jadi perhiasan je kat dapur 🤭😜

Wednesday, September 18, 2019

My First Photobook Order 📸

Actually, dah lama I tau kewujudan photobook ni. Sana sini kawan-kawan kat blog, fb dok tayang photobook yang diorang dah order & received. Tapi sampai lani I tak pernah terfikir pun nak order. Eh chop! Baru je order. 5 September haritu & received on 12 September.

Masa tu macam tiba-tiba ada roh menyeru untuk I try to download, choose, manage & made payment untuk buat photobook.


Size 4 x 4


Untuk order yang ni, i memang saja order yang minimum & the smallest. I knew dah beribu orang dah order photobook ni & dah ramai yang dah puas hati giler dengan quality photobook ni. Why not for my first order ni i order yang bisher2 dulu... Gambar pun i main pick je. Saja nak tengok quality dia macam mana.


Well received. Comel giler.


Dengan harga RM10.60 I can get this mini album with high quality to keep all my memories in there. Jadi la kannnn. Daripada I copy semua masuk dalam hp/fb je, better I book kan gambar-gambar yang ada.



First trial I pilih gambar-gambar masa pergi Bali bulan lepas. Dengan ukuran 4” x 4” with maximum 21 pictures, I tried to guna the limit yang hado 😊 Harga RM10 plus RM5.60 (delivery charge).



So far puas hati dengan kualiti & featuring Layflat Softcover lil’ photobook ni. Next boleh buat untuk gambar lain pulak.


Nak gi pilih gambar lagi jap. Kbai! 

Tuesday, September 17, 2019

Tanah Lot, Bali

Day 4


Last day kat Bali. Flight kitorang pukul 7.30pm. So banyak masa lagi nak tunggu fly back to KL. Check-out je dari hotel dalam pukul 10am, pak supir terus bawak kitorang pergi Tanah Lot.

Waroeng Orange

Sampai Tanah Lot, terus makan dulu. Dalam area kat sebelum pintu masuk tu ada kedai makan.

Comel ke? 🤭 🤣 

Wow feelingnya kau Jah! 😳😅



Tak tengok pun kecak dance pun.. Masa sampai tu belum start. Tak kisah tak tengok pun.. I is 0kurang berminat nak tengok. Setakat nak jalan-jalan tengok sekeliling Tanah Lot je dah la. Maklonglah orang tak berseni kenn.. macam tu lah hehe.



NJ cakap last time dia pergi sana kat tepi-tepi lereng tu tak ada lagi pagar cantik-cantik macam sekarang. Hayerlah meh kita bergambar kat tempat yang dah ada pagar pulak sekarang 🤳 



Sayangnya masa kitorang sampai air tengah pasang kuat. Ombak dia MashaAllah cantik! ombak kuat, dengan badai ombak yang kuat menghempas batu.. cewahhhh ayat kau macam dalam novel... muahahaha



So, bila air pasang kuat… tak dapat lah nak merentas ke temple yang kat tengah-tengah tu.. But issokay.. I pun sebenarnya tak berminat sangat nak masuk ke temple ni. Kecak dance pun I tak tunggu nak tengok.



Tinggi wave 🌊 belakang tu. Memang air tengah pasang time ni





Wednesday, September 11, 2019

Kuta Suci Beach Hotel, Bali

Day 2.


Bagi yang tak tau lagi kenapa I pergi bali berdua-duan berhani hanimun dengan NJ kat sana haritu,  meh sini nak cerita.. sebenarnya NJ dah beli flight ticket untuk kitorang empat beranak. Memang masing-masing dah excited dan menghitung hari nak holiday ke Bali. Especially Khairine. Dia lah manusia yang paling gumbira sekali. Sebab dia pun macam mak dia jugak suka ambik ambik gambar 📸

Hujung-hujung, bulan July haritu tup tup cikgu bagitau date trial PT3 start on 5 August. Dah lah date 5 August tu date hari yang sepatutnya kitorang bertolak dari Bali balik KL. Damn!!! Dah terbayang muka Khairine & Danish... macam mana dengan ticket flight diorang? Hmmmm. Bincang punya bincang, apak dia cakap tak apa lah.. terpaksa korbankan ticket diorang. I ni kalau kata suruh korban ticket tak apa nok!! yang I terpaksa korbankan tu semangat & harapan budak dua orang ni. Kesian sangat… haritu dari hari nak pergi sampai dalam flight i menahan airmata teringatkan budak dua orang ni tak dapat pergi sama-sama ☹ #MakIsEmotional



Tulah cerita sebenarnya kalau nak tau.. sampai sana lupa kejap anak... hahaha

Untuk entry ni i nak cerita pasal tempat kitorang stay. Tak tau la apa nama sebenar tempat ni. Bila i google, ada keluar nama Kuta Suci Guest House. Kat Website nama dia Kuta Suci Beach Hotel Kuta. Dua-dua bila i selidik tengok sama je gambar-gambar yang ada dalam Google pun.. Pening akak! atau korang boleh refer kat WEBSITE dia ni.


Kitorang stay dekat sini 4D3N. Hotel ni 2 Star je. For me dah cukup ok dah untuk i dengan NJ. Plus kitorang jarang la stay kat hotel yang mahal-marah up to RM500 kalau travel. Bukan duduk dalam bilik sangat pun. Keluar pagi, balik malam. Cukup sekadar ada tempat tidur, nak mandi berak kencing dah cukup. Yang penting i suka kalau water pressure kat dalam toilet tu kuat. Puas mandi pancut pancut 😅😅😅

View depan hotel waktu malam

Oh sebenarnya this is our second-choice hotel. Mula-mula masa sebelum tau budak-budak tak dapat ikut, I dah book Hotel The Flora Kuta. Cancel Flora Kuta tu, terus book Kuta Suci ni. Kenapa I pilih Kuta Suci? Sebab NJ kata dia nak location yang dekat dengan Kuta Beach. So Kuta Suci ni 500-meter je walking ke Kuta Beach dan dekat dengan segala-galanya. kalau tak caya pergi baca kat tripadvisor.

Ada yang tanya.. kenapa tak ambik villa? jawapan i... kalau budak-budak  ada ikut haritu, kemungkinan i memang i akan ambik villa. Baru lah selesa macam duduk kat rumah and also ada private pool kat dalam villa seronok lah kitorang anak beranak berendam.



Depan je dengan hotel ni banyak street shop yang macam dalam gambar ni. Kat sini ramai yang jual bag rotan yang tengah viral sekarang ni. Geram tengok cantik-cantik. Macam-macam pesen ada. Rasa nak beli semua... amboi tamak!!









Actually Kuta Suci Guest House ni kat kuta street je. Kira main road.. jalan memang busy sokmo sebab sini lah laluan orang nak ke Kuta Beach, Hard Rock & ada town yang best sikit lah kat depan tu. Bila malam pun bising sikit dengar kenderaan lalu lalang. 

Malam pertama (bukan 'malam pertama' yang gitu gitu ye! mentang-mentang perg berdua-duan.. 🙈😜😂) tidur rasa memang tak boleh terima kenyataan sebab bising. I cakap kat NJ.. nyesal la ambik hotel ni.. bising tak boleh tidur. NJ biasalah.. malas nak layan perangai kekwat bini dia.. ada je tak kena. Sampai hati tak layan!🙅😂 tapi bila badan dah penat, lantak lah kau nak bising ke apa. Malam kedua pulak NJ kata dia dengar ada matsaleh mabuk macam bergaduh depan bilik.. pagi-pagi buta tah pukul berapa. Dat time i tak sedar.. Pun lantak lah kau situ 😅😅😅


Pastu pagi hari kedua ke ketiga tak ingat... dat time pak supir janji nak ambik kitorang dalam pukul 10am.. pukul 7am+ tiba-tiba I terjaga dengar bunyi bising kat bawah. Suara budak laki memekak dok terjerit-jerit. Tension giler weh. Dekat sejam jugak la. Terus mata tak boleh nak lelap balik. Ikutkan hati panas aku ni, nak je aku jeritkan dari atas.. HOIIII BUDAK-BUDAK APA MEMEKAK PAGI-PAGI BUTA NI?! Hahaha verani ke Jah? Tempat orang nak marah anak orang sesuka hati 😛😄 Bila dah lamaaaa sikit tu baru I macam teringat.. laaaa patut la budak2 tu memekak... I ingatkan dia dok bergurau kat lobi depan reception tu tanpa pengawasan makbapak diorang.. rupanya!!! kat bawah tu kan swimming pool yang sekangkang kera je… hahahahaha. Patutlah bising semacam. Nasib baik tak redah je gi marah anak orang 😂😂😂



Nila nila nila swimming pool yang sekangkang kera tu!!! 😂😂😂😂



Dia kecik tapi dia cool. Siap ada beanbag lagi 😍😎


View dari atas. Hotel ni macam rumah banglo dua tingkat je.

Bangunan kat Bali kan tak boleh lebih dari 4 tingkat... atau tak boleh melebihi ketinggian patung-patung budha yang besar-besar. Kalau korang perasan kat sana memang tak ada bangunan yang tinggi mencakar langit. Maximum paling tinggi 4 tingkat je. 

Meh i tunjuk bilik pulak.


Tingkat bawah ni reception, depan reception tu ada pool, cafe, tempat duduk untuk breakfast. Lepas tu bilik semua naik tangga ni ke atas.





Selalunya belah malam kitorang selalu sampai kat hotel sebelum pukul 10pm, kitorang suka merayap kat Kuta Street punya area. Banyak kedai belum tutup.



Pergi mana-mana mesti nak cari Converse. Kebetulan pulak butik converse ni next few door je dengan Kuta Suci.


Kedai Everything Rp100,000







Untuk hotel ni i puas hati stay kat sini. Cuma, kalau korang nak pakai iron, korang kena pakai rebut-rebut. Sebab iron dia ada satu je. Haritu i nak pakai, i turun mintak.. pastu dia bagi ayat mati kat i "Maaf, penggosoknya udah ada guest lain yang pakai" kau rasa kau nak menggosok pakai apa time tu? letak bawah bantal? tilam? supaya baju tu boleh hilang kedut dengan sendiri????? Pastu jangan lupa bawak sekali Micro USB Travel Charger (USB Port At The Side atau sewaktu dengannya. Sebab plug diorang tak sama macam plug kat Malaysia. Tahap kebersihan, ok... tak kotor. Kalau ada yang nak stay kat sini, i boleh kata recommended juga.

Ok till we meet again. Acually, i dah skip cerita kat Tanah Lot. Malas betul nak buat. Banyak sangat gambar. Letih mak nak susun.