Monday, September 23, 2019

Magic Pot

Saja je I memandai bagi nama dia Magic Pot memandangkan kat market dah ada nama Magic Pan.. satu nama Pan, satu lagi nama Pot hahaha. Pan Pot. Phuii 😂

Budak-budak dah makin membesar. As a parents yang bekerja, I & NJ selalu pergi kerja pagi, balik dah petang/malam. Masa untuk memasak tu agak terbatas sikit. Dulu masa zaman suri rumah hari-hari kena masak. Kalau tak masak kena charut puler nanti hahaha.

Ok sebelum I mencarut lebih lanjut, lebih baik I cerita apa yang I nak ceritakan ni.


Haritu terfikir nak beli periuk portable kecik. Senang bila anak balik sekolah nak masak nasi dengan kuantiti yang sikit. Bukan kata tak ada rice cooker kat rumah tu.. ada je. Cuma yang portable ni lagi kecik lah dari yang dok ada tu. Kalau setakat nak masak setengah atau satu pot nasi (pot tin susu pekat) memang sedang elok lah untuk sorang punya makan. Lagi senang kalau bawak pergi travel. Bawak je bahan mentah.. terus boleh main masak.



Beli lah haritu kat shopee. Eh korang nak tau tak?. I ni dah makin giler agaknya. Giler menggiler shopping kat shopee.com.my

Venci lah. Rasa nak uninstall je apps tu #CakapSekadarDibibirJe 😂 




Jumpa bendalah ni. Murah nok! Try beli satu tengok macam mana pergi dia. Harga RM40+  je.

Nama pun portable kann. Semua kat bawah ni yang I dah pernah try. Masak tomyam, Masak nasi.. Ni banyak kali. Pernah jugak masak nasik kat office masa buat potluck haritu, masak Maggie, steam Pau, goreng sayur & etc. Well. Benda semua tu I buat masa baru dapat.. kejap je la hadap. Sekarang ni dah jarang-jarang guna dah. Jadi perhiasan je kat dapur 🤭😜

2 comments:

  1. Comel plak...sesuai gak la utk SA yang duk bujang ni..eh nak pi skodeng shopee la..

    ReplyDelete
  2. Ohh kiranya benda ni baguslah eh... tahan lama.Banyyak benda dah masak tu. Ada sekali tu beli chopper utk bawang bagai tu bukanlah kat Shoppe kat Aeon, guna sekali pas tu dah rosak. Tu yg rasa menyesal je beli benda benda gini.

    I lagi jakun tak reti pun nak shopping kat Shoppee hihi

    ReplyDelete