Lambat giler! Siap mintak tolong NJ pergi kaunter kat
KL Sentral tu tanya bila ticket ETS nak keluar. I pun hari-hari masuk website KTMB
check takut-takut terlepas pandang announcement dari KTMB. Cuak gak… dah lah
kitorang plan nak ke Hatyai 1 November, setakat early this week KTMB tak
announce lagi.
Punya tak menyabar.. tak cukup dengan call seminggu sekali & pergi kaunter.. i tweet diorang pulak. Hambek! 😁😁😁 Asal tanya je bila tiket nak keluar, jawapan cliche yang i dapat... "kami tak pasti lagi bila penjualan tiket akan keluar" atau "paling lewat pun pertengahan Oktober baru keluar"
The announcement! Puas tunggu.. Finally, semalam KTMB announce kat twitter ticket ETS akan keluar next week. 15 October depan.
Then i saja tanya other options pembelian tiket selain dari hadap crash beli ticket online & kena perpusu pusu kat kaunter. KTMB suggested boleh download Mobticket dari App Store/PlayStore.
Dah boleh start berdoa panjang-panjang mudah2an dapat berebut beli tiket minggu depan hehehe.
inshaallah
ReplyDeleteInshaAllah
DeleteDah dapat dah pun kan tiketnya...best la dapat berjimba sakan nanti
ReplyDeletedahhhhhh hehehe. masing2 dah tazabar dah tu ;)
Delete