Friday, April 3, 2020

Tersadai & Kena Halau 😬

Petang semalam dalam pukul 6pm mcm tu NJ balik dari kerja.. i mintak tolong NJ singgah kedai beli daun kunyit. Tengah syok2 masak sementara tunggu daun kunyit balik.. tiba2 dapat call dari NJ.. katanya battery kereta kong. Ah sudah! terus kepala otak dah fikir macam2.. dah lah kedai semua tutup.. kat supermarket mana ada jual battery kereta. Takkan nak tinggal kereta kat tepi jalan sampai habis MCO. I cakap kat NJ.. try google cari nombor kedai battery online.. mana tau diorang boleh datang immediately. Kalau lambat takut nanti tak boleh tukar hari yang sama.. sebab sekarang ni lepas pukul 8pm semua orang dah kena duduk rumah diam2 tak boleh keluar dah. Pastu NJ cakap.. cuba u try cari.. ehh! kita suruh dia, dia suruh kita pulak.. dah lah tengah masak ni 😅 I cari jugak lah.

Tersadai 😆

Ada few numbers yang i bagi kat NJ suruh dia call. Alhamdulillah nasib baik number 0123532542 tu reply & kata boleh datang location yang NJ tersadai tu.

Walaupun i tak ada dekat tempat kejadian, tapi service dia memang superb! According to NJ, diorang akan hantar mechanic dalam masa 30min. Yes! memang mencapati time 😅

Sebelum tu diorang ada bagi quotation.. NJ cakap harga battery tu mahal.. kalau ikutkan harga betul2 RM180 je

 Dia siap Google share kat i lagi hahaha.

I said OK lah tu.. dalam keadaan Movement Control Order ni.. mana lagi nak cekau.. kalau beli kat Lazada (refer to the pic he sent ☝) pun belum tentu boleh dapat immediately kannn.

Plus for me harga RM230 tu sangat2 worth it. Kalau beli online, dah tentu receive lambat, then u kena fix sendiri.. ni siap datang dalam masa 30min & siap pasangkan lagi.. apa lagi kau nak?! Dalam masa 15min je macam tu settled.

Balik tu NJ cerita kat i.. dia kena halau dengan Polis.. hahaha. Agaknya polis tu dah nampak dia tersadai kat tepi supermarket (nak beli daun kunyit punya pasal) tu dengan boot kereta terangkat.. polis tu syak mesti battery problem.. then masa mechanic tu tengah pasangkan battery, van polis lalu sambil cakap "dah siap kan? dah pergi balik cepat" tergelak i dengar NJ cerita.. sian somi i 😅😅😅😅 

Korang, ni bukan paid review tau.. sebab NJ sangat berpuas hati dengan service diorang ni, i nak tanamkan cerita pasal battery kereta kong kat dalam blog i. For my future reference or korang yang mencari kedai battery kaedah mobile.

24hours Delivery, based in Bukit Indah Ampang.

Call +6012 – 3532 542

Waktu Operasi : 7 Pagi – 1 Pagi.
365 Hari Setahun
Lokasi : Kuala Lumpur dan Selangor Sahaja
Produk Bateri : Century

3 comments:

  1. Alhamdulillah
    Selesai satu masalah.

    ReplyDelete
  2. Memang kesian suaminya tu...gara-gara nak beli daun kunyit sampai tersadai kat tepi supermarket. tak kisahlah kena halau. yang penting dapat balik rumah.

    ReplyDelete