Entry ni i create since 2024.. kejadian event ni pun tahun 2024 juga. Lepas tu tak ada mood nak menulis, campak duduk dalam draft π Sebab dia duduk dalam draft dari 2024, jadi tahun 2025 i try sambung menulis lagi. Pun terperam juga sampai harini hahaha.
Beberapa tahun sudah berlalu.. ikutkan dah 95% siap karangan untuk entry ni.. tah kenapa mood nak berblogging masa tu jatuh menjunam ke laut dalam.. bila belek-belek balik, baiklah aku keluarkan je dari draft.. takut makin lama, makan tahun lagi duduk dalam tu hahaha..
Jadi, 95% ayat entry ni aku biarkan je.. sbb tu idea ayat-ayat yang aku dah siap-siap taip tahun 2024 dulu.. hahaha lama gila!
____________________________
Hi π lama betul tak bersiaran.. rasa awkward pulak bila dapat menaip laju-laju kat sini. Semangat tiba-tiba datang nak menulis sebab saja nak meninggalkan jejak memory dalam ni.
Entry ni i nak longgokkan cerita pasal reunion dengan kawan2 office lama baru-baru ni. Saturday, 5 Oct 2024 (1:00pm) at Al Rawsha, Seksyen 7 Shah Alam. Tulis sekali date, time & tempat senang lain kali tak lupa bila kejadian ni berlaku π walaupun dah nak dekat setahun dah berlalu.
Normally plan nak berkumpul complete 7 orang agak susah yea. Masing-masing ada commitment. Masa zaman kami semua muda-muda dulu, anytime je ajak keluar semua onz. Well known lah kalau semua dah bekeluarga kann. Nak pick one date tu kadang asek clash je.
Complete 7 orang sisters π
from left: Laily, Shima, Linda, Sally, Farah, Enny & Zaza
Lepas semua dah sekotak suara setuju dengan date, time dan tema baju yang dicadangkan. Kemain nak bertema bagai hahaha. Pemilihan baju ni sempena lepak kedai arab.. so pakai lah kaftan jubah kali ni beli kat tiktok π it was my idea. Nak semua sama tapi colour je lain-lain pun tak apa. Just for fun and yang penting memory antara satu sama lain.
Nah tunjuk sikit tema kitorang reunion tahun 2021. Acik acik tema denim + putih + tudung biru. Reunion 2021 ni tak ada dalam blog. Nanti lah senang-senang i buat entry campak belakang reunion ni untuk tatapan masa depan.
Tapi yang reunion sebelum tu ada dalam ni.. Throwback baca kat sini → REUNION 2019
THE DAY HAS COME.. Dia punya excited nak jumpa kengkawan sangatlah lain macam.. ya lah lama tak jumpa kann. Walaupun selalu borak dalam WhatsApp group tapi bila jumpa depan2 ni suasana boleh jadi lain tau. Memang tak cukup mulut masing-masing berborak. Adaaaaa je topic nak dibualkan.
Masing2 update hal keluarga, issue semasa, throwback cerita2 lama balik OMG! seronok dengan diorang ni.. dah macam adik beradik. Bila berbual tu masing2 memang fokus dan sangat sepakat membawa berkat. Tak ada lah kata tengah borak2 tu ada yang pegang hp (kecuali pegang hp untuk ambik gambar).
I datang satu kereta dengan Eny, she picked me up.. Tapi hujung-hujung, dia suruh aku yang drive kereta dia.. pemalas betul pompuan ni hahaha.
BORAK JE LEBIH DARI MAKAN masa ni makanan dah sampai. Nampak macam banyak sangat makanan atas meja.. hujung tak habis pun makan. Sebab banyak borak dari makan. Seronok kemain acik acik ni bila dapat berkumpul.
KAMI MEMANG RAPAT & SAYANG EACH OTHER diam tak diam, 26 years dah kami berkawan.. bukan setakat berkawan rasanya dah lebih dari kawan.
Since last reunion kitorang 2021 dulu, this time plan reunion 2 in 1. Reunion + habis iddah. Perancangan memang tunggu Shima habis iddah 4 bulan 10 hari selepas kematian arwah suami dia, we pick date tu purposely untuk meet up and Alhamdulillah kali ni complete 7 orang.. tu pun berbalah-balah jugak ada yang 50/50 boleh join ke tidak π
demi Shima, kami onz jugak.
Dalam pada sembang2 tu Shima cerita balik kejadian yang menimpa arwah suami dia 6 bulan lepas.. Suami dia meninggal akibat kemalangan jalan raya di NKVE highway dan meninggal ditempat kejadian akibat cedera parah. Ok, that's it i boleh cerita.. the rest biarlah kami-kami je yang tahu.
Kitorang ni ibarat macam membesar bersama. Dari zaman semua umur 20an lagi kitorang dah berkawan.. masa tu semua tujuh tujuh ni belum kawin lagi tau!! sampai dah kawin, beranak pinak. Sampai dah kenal perangai masing-masing. Alhamdulillah persahabatan yang sangat baik.
Now, ada yang dah bercucu. Linda and Farah belum masuk usia 50s lagi dah timang cucu wehhhh.. OMG! seronoknya jadi nanny muda π
PLASTIK SAMPAH HITAM SOROK HADIAH masa borak2 dalam group, saja lah nak buat kelainan.. i suggest sorok hadiah dalam plastik hitam instead of macam sebelum ni kitorang bawa hadiah masing2 then tahu that gift dari sapa. Kalau sorok dalam plastik hitam, surprise lah sikit hadiah tu kan hahaha. macam bongok! alaa just for fun je.
Cadangan dari i sebenarnya.. jom tengok cadangan bungkus hadiah dalam plastik hitam menjadi ke tidak π
Ya! sangat mengikut arahan π betul-betul dia sorok hadiah dalam plastik hitam.. HAHAHAHA. Shima ohh Shima!
CABUTAN NOMBOR UNTUK EXCHANGE GIFT dah macam mak mak kita zaman dulu main kutu hahaha. As usual setiap kali berkumpul, kitorang mesti akan adakan acara exchange gift. Bukan apa.. dengan cara ni kitorang akan sentiasa ingat sesama sendiri bila gift tu kita pakai.. tak perlu mahal pun.. sekadar something yang kita boleh ingat mengingati.. gitu.
Excited nak rebut nombor
Beberapa kali juga kitorang cabut nombor. Sebab Sally dengan Enny main tipu!! hahaha. Diorang dah aim hadiah mana yang diorang nak, lepas tu sorok nombor yang pada gift tu.. kongajor betul dua ekor tu π
Nama pun untuk fun fun.. lantak lah dapat apa pun hahaha.
Lepas dah dekat 2 jam lebih lepak sana, ambil gambar kenangan pula kat depan pintu..
Tak habis didepan pintu ya....
SAMBUNG LEPAK KEDAI DEPAN PULAK. Habis je acara exchange gift dalam kedai pak arab tu, kitorang keluar bergambar kat depan kejap dan terus sambung lepak kopi kopi kat kedai depan Al-Rawsha.. keluar pagar je dah sampai kedai mamak depan tu.
Thank you Sally belanja kitorang π Sally juga ada bawa cake haritu just untuk santai2 makan sambil borak.
Akhirnya... berjaya juga i keluarkan entry ni di tahun 2026 π




.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

No comments:
Post a Comment