Tuesday, June 4, 2013

Warong Paksu & Maksu, Tanjung Lumpur

Yeayyyy cuti sekolah dah bermula.. 
Khamis & Jumaat lepas aku & Nizam apply cuti, 
bawak anak2 ke Bukit Gambang Resort.

Hotel & water park Nizam dah siap booking awal2.
Aku & anak2..cuma get ready je.. senang banyak hidup aku kannnn semua laki yang buat.. 
huhihuhi trima kaceh Bie.. *peluk kuat2* ;P

Tapi sebelum kamiorang sampai ke Arabian Bay Resort untuk check-in,
kamiorang singgah makan dulu kat Tanjung Lumpur.

Mak pun ikut sekali, bawa mak jalan2 sekali dengan anak menantu & cucus dia ;)
time tu sampai Kuantan pukul 11.30am, terus menuju ke Warong PakSu & Maksu, Tanjung Lumpur


Nampak kedai ni buruk & sempoi, tapi foodies dia sedap.
Kedai ni letaknya betul2 sebelah Balai Polis Peramu.


Keadaan dalam kedai ni.. kemain ramai orang datang. Mostly orang luar yang banyak singgah kot.. sebab sini makanan dia sangat variety.

Dalam pada variety pun, ko kena datang awal Kiah, ko lambat je semua akan pinish oredi. hahaha


Ini lah benda pertama yang aku nampak bila masuk dalam kedai ni.. Omnomnomnom.. dapppppp ;D

Actually ni kali kedua aku makan kat sini, last datang on 2011 masa tu Girls Vacation katanyer..  Girls lah sangatttt.. dah mak budak pun Kiah oiii ;P
OK lupakan saja.. kalau korang nak baca, sila lah klik kat link tu yer.. kalau tak nak, tak payah.. :O

Jom tengok apa makanan yang ada & yang kitorang makan haritu.. 


Side ni semua seafood celup tepung.. manyak sidapppp ;p

Udang celup tepung ni sedap! udang baru plak tu, terasa kemanisan udang tu.. 
hahahha ada macam pengacara JJCM tak?? derrrrr ;P


Ikan celup tepung, pun sedap ikan baru naik dari laut kot.. nyummmmyssss ;D



Kuih-muih aku tak amek kecuali ketupat palas goreng dia yang sedap gilossss.. walllahhh 


Otak2 ni sedap tahap gigil ok.. 
Isi ikan + kelapa.. menyesal tak makan banyak2, bila tengok gambar ni rasa nak gi repeat jew =(

Pulut panggang pun sodap, inti ikan belaker.. 


Ini lah sata yang tengah dipanggang tadi.. lepas dah di panggang dia terus lambak kan dalam talam ni untuk ko kutip berapa bijik ko nak santap.. memang sodappppppppp 

Dalam bungkusan ni Laksam, aku pernah try dulu laksam dia..
honestly tak sedap, kuah cair.. so tak berani nak try lagi takut tak habis, membazir ajos..
Tak tahu lah kalau kali ni dah sedap pulak.. 


Nasi minyak & kari ayam menjadi pilihan hati ku untuk hati tu.. boleh tahan gak sodappp.

 Ketupat Palas, Udang celup tepung, Sata, kopok lekor, otak2 dalam 1 pinggan.. 
pinggan yang lain malas nak snap.. lebih baik aku concentrate kat makanan dari dok amek gambar makanan.. muahahhhahaha 

Lepas dah mendapat sedap makan2, patah balik ke arah Gambang nak check-in hotel.
Jalan nak ke Tanjung Lumpur ke Bukit Gambang ambik masa dalam 45minit.

On the way tu singgah tepi sungai Kuantan jap amek gambar KhaNish dengan tulisan KUANTAN kat tepi sungai tu.


Sekarang dah tak boleh pegi ke benteng sungai tu coz sorang buat renovation.
So amek gambar kat tepi pagar sebelah Shell pun jadikk.. hahhahaha
janji korang ada gambar kat situ ;P

18 comments:

  1. giler teliooo yg celup tepung tu...omnomnomm ;)

    ReplyDelete
  2. Memang variety la makanan2 kat situ...seafood celup tepung ada, sata ada...so takyah la jauh2 nak gi Tganu makan..kat situ pun ada..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu DZ, kat warung paksu & maksu ni pun dah cukup meriah hehe

      Delete
  3. walla makanan ier mmg sedap2 lah hehehe

    ReplyDelete
  4. Wow banyaknya makanan!! Murah pulak tu otak-otak dia. Kalau diJB satu keping 50 sen tau..

    ReplyDelete
  5. Betul tu Zaza org kata kat Tg Lumpur banyak Sata...
    Adoi terliur pulak tgk sotong goreng tepung tu...hoho lama dah tak dtg area Kuantan ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah OKje.. sata tanjung lumpur sedapppppppp
      hehe maka OKje kena repeat ke kuantan lagi yer

      Delete
  6. Bestnya bebudak tu nk mandi air..anak kita takut nak mandi kt luar..dlm bilik air umah dia je dia berani..hehe..
    Dah lama tingin nk p makan Seafud tu.. husband suka mkn seafud..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe anak2 kita tu pantang nampak air pulak..
      so nnt Saffa boleh lah ke tanjung lumpur, try seafood dia ok

      Delete
  7. bestnya..jels3.. makanan diaaaa..adehh..buat orang terliur aje..

    ReplyDelete
  8. nak tanya skit boleh.....warong ni dkt dgn yayasan pahang ke??

    ReplyDelete
  9. warong ni dekat dgn yayasan pahang ke? ? kerana ingin merasa kali pertama apabila dtg ke kuantan and tanjung lumpur

    ReplyDelete