Monday, December 16, 2013

Sabah - The Palace Hotel & Tanjung Aru

Berpuluh puluh kali dah aku belek entry ni.. tak jugak publish2 keluar.. Kenapa lah dengan aku ni.. lepas balik KK terus mood down giler bab! nak update blog .. huhu. Bila dah taip aku padam, taip lagi padam.. langsung tak ada idea apa nak dicarutkan.

Bila tengok gambar kat kamera pulak aku terus jadi blur. Blur sebab tak tahu macam mana nak mulakan cerita. Lagi pulak balik dari KK haritu aku terus demam.. lagi lah double trouble blur + lemau.. sobs.

Memories?? hurmmm apa yang aku boleh katakan percutian kali ni so so je. Sebab ada kenangan yang best campur tak best sepanjang 3D2N kat sana. Tu yang membuatkan aku jadi tak ada mood kot nak up story =( Tak kisah lah.. best ke tak best ke janji dapat bawa anak2 pergi bercuti.. at least ada juga bercuti time diorang school break ni.

Tak apa, slow2 aku akan ceritakan memory aku sepanjang aku kat sana ye. Kalau cerita ni nanti tak best pun, korang baca ala2 macam best je lah yer.. heee *senyumhambar*


 Flight pukul 10.30am hari Khamis. Itu pun dah duduk dalam flight tiba2 diorang announce delay 20 minutes.. Dari LCCT ke KKIA mengambil masa duasetengah jam.. sampai KK lebih kurang dalam pukul 1+pm.



Sampai KKIA terus cari member Nizam. Kitorang bernasib baik, pergi KK ada member kat sana. Itu pun member Nizam yang sama kerja CIMB juga tapi member dia tu CIMB based in KK, Nizam CIMB KL.. pernah liaise pasal kerja sama2.. so senang nak berurusan. 

Sewa kereta
Sewa kereta yang kitorang dapat time tu seratusringgit je sehari. Dia bagi kereta Kenari. Belasah je lah apa yang ada janji boleh jalan. Nasib baik ada kawan, kalau tidak susah nak dapat harga kereta murah lagi2 time school holiday. 

Dah dapat kereta terus pergi lunch dulu. Bila tanya budak2 diorang kata nak makan KFC.. hek elehhh kat Kolumpor pun ada KFC kot.. hurmm layan kan je lah tekak budak2 tu.

Selesai lunch, terus ke Hotel, check-in dulu. Kalau nak tahu macam mana keadaan bilik boleh tengok sendiri kat Website [LINK] dia..  hari tu Nizam booked Superior Rooms [LINK]


Sementara tunggu Nizam check-in, aku layan budak2 ambil gambar kat lobby. Cantik deco kat lobby hotel ni.. semua barang2 recycle yang diguna.. xoxoxo melly klismes ;P



Ehh bukan budak2 je.. mak budak2 pun nak juga ;P


Dan last sekali bapak budak2 pun join skali.. ngehehehe

Lepas dah check-in, naik bilik lepak2 kejap, as usual KhaNish memang dah tak menyabar nak ke swimming pool. Errgghh!!


Aku & Nizam bercanda ditepian kolam berdua2an.. sambil perati KhaNish berendam.



Bagi masa 1 jam je kat diorang untuk mandi, lepas tu aku jerit suruh diorang naik. Itu pun tak puas2 lagi berendam.. grrrr!!

Petang lepas dah melayan KhaNish dekat pool, naik bilik terus siap2 nak layan angin pantai pulak. Nizam bawa kitorang ke Pantai Tanjung Aru.



Best kat sini.. angin kuat kebetulan pulak time tu matahari nak terbenam.. bertambah cantik cuaca petang tu.



Sekejap je kat sini.. tengah best2 bergambar, hujan pulek.. huhu


Gambar last sebelum kitorang bertempiaran lari sebab hujan.. hahahaha



Gerak je dari Tanjung Aru, terus ke Pasar Philipina. Jalan2 cari sourvenir dulu sebelum membeli ikan masin & segala macam barangan masin disitu.. hehe.



Tak banyak gambar yang aku snap kat dalam pasar ni sebab aku lemas giler.. dah lah kiri kanan jalan sempit, penuh dengan barang nak jalan pun susah.. sesak napas!




Nak ambil gambar pearl ni pun macam kecut2 je sebab takut kena sound dengan tokeh kedai... hahahaha.. SINGA takut kena marah oiii.. muahahaha

Yer lah kadang2 tu sesetengah peniaga tak suka barang2 niaga diorang diambil gambar. Masa aku ambil gambar ni elok pulak Makcik tu tak marah.. hahaha terima kasih Makcik ;D

Dah beli souvenir sikit2, ingat nak pergi makan seafood, sekali hujan selebat2nya.. kitorang dah stuck kat situ anak beranak.. nak dekat setengah jam terdampar kat tepi2 kedai tu, Nizam ajak blah juga dari situ. Huwaarrrghhhhh berlari berkejaran lah kami anak beranak ditengah hujan malam tu.. hahahahaha.

Ohh lupa.. sebelum bla dari pasar filipin haritu, ada juga survey2 tanya kat orang2 situ kat mana nak makan seafood fresh.. Kalau jalan kedepan sikit dari Pasar Filipina tu, sebelah Pasar Besar KK ada tempat yang boleh makan seafood. 

Tempat tu simple je.. kalau kau tengok pun ko ingat khemah2 yang dipasang tu khemah orang kawin ala2 macam pasar malam pun yer jugak aku tengok.. sebab gerai dia macam melambak je kat satu kawasan mcm pasar malam..  padahal kedai makan.. hahaha giler sempoi tempat makan dia.

Disebabkan hujan lebat yang teramat lebat, kitorang tak dapat nak pergi makan kat situ. Satu, nak cari parking susah.. dua, hujan lebat sangat-sangat.. tiga.. tak selesa kalau nak makan ditempat2 macam tu time hujan. Nasib baik tak ada jodoh nak pergi makan kat situ.. balik dari KK banyak review aku baca kata makan seafood kat situ tak sedap. hurmm itu no komen sebab aku sendiri pun tak pernah merasa makan kat situ.

End up Nizam decided ajak pergi Suria Sabah. Mall yang nearby je dari pasar filipina. Sekurang2nya kalau makan dalam mall ni agak selesa sikit. Tak payah nak berbasah2 sebab hujan.. hehe bijak suami ai tu :))

Tak tahu sangat nak makan apa, last sekali nampak chicken rice shop.. haaa boleh lah tu janji makan nasi. Dah lah lunch tu dah makan KFC, malam biar lah makan nasi pula. 



Aku noticed, dari pagi sampai ke malam kitorang makan makanan fast food.. hahaha. Pagi tu masa kat LCCT breakfast makan McD.. masa sampai KK, lunch makan KFC.. malam dinner kat chicken rice shop pulak.. apakah???

23 comments:

  1. tak penah gi sabah.... pasar philipina tu tempat souvenir ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasar filipina tu ada jual macam2.. bukan setakat souvenir je, ikan masin pun ada jual dik hehe

      Delete
  2. mak budak x happening xpe..jnji anak2 happening...haha...

    ReplyDelete
  3. wah seronok tu jalan2 !

    ReplyDelete
  4. patut la demam..terkena hujan tu .....psstttt...banyak shopping x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. hujan kat sana boleh bawa demam hehe..
      tak banyak pun shopping.. beli sikit2 je.. lagi2 I ni tak minat pearl... tu pun tak beli huhu

      Delete
  5. amboi mak mutiara cantik! telan ayaq liuq saya tengok. hikhikhik.. Cepat2 lah kak jah tulis sambungan nya puloks. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik kalau siapa yang minat Lieya.. dari mata akak ko ni semua tu tak cantik sebab akak tak minat pearl.. hahahaha
      Ok tunggu next entry yer :))

      Delete
  6. Mommy zaza!
    How are you dear!
    Seriusly lama dh tunggu entry dari mama zaza...sorry sgt lately umi Qi pun bz ngan kerja x sempat blogwalking...tp dlm fikiran teringat zaza entry pasal pi sabah hehehhe

    So awesome percutiannnnn....tgk anak2 zaza mandi kolammm besorrrrr beshhhhhhh!...Kalu QI sebaya anak zaza sure sama terjun hehehhe...oh zaza demam ye lepas balik sabah...patutlah no mood...nanti amik mood ye pelan2...by the way suka tgk pearlllllllllllll....pernah pi tawau beli pearl kt my mum kalung pearl real...besttt tuh pun masa pi handle kursus...

    Zaza like ur seluar belang2 lah....hehhehhe nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi QI!! haha suka I kalau Umi QI bagi komen.. kemain panjang berjela macam kain ela hehehe.. terima kasih lah sebab ingat daku dalam doamu hehe terharu sangat bila ada yang ingat kat kita :))

      ha tulah ini pun payah nak pikior apa nak buat cerita kat entry sabah kali ni.. ha nxt year turn Umi QI & family plak ke sabah yer.. bleh beli pearl banyak2 :)) QI nanti dah besar boleh lah join abg danish & kakak khairine berkubang yer hehe

      seluar?? auuwwww belang2 kuda belang tu Umi QI minat?? macehhhhh hehehe

      Delete
  7. best jugak dok hotel ni..nice view :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best Fiza.. nanti kalau ke Sabah Fiza book hotel ni ye :))

      Delete
  8. Za..sory lmbt singgah..
    At least merasa bwk ank2 g sabah..
    Rindu kt pantai tg aru..
    Dulu rin sek sk tg aru..tp skjp jep.
    Dlm 6 bulan camtu pindah kota belud plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its Ok Rine.. I tau u bz holiday jg kannn hehehe
      ohhh Rine pernah dok sabah yer.. ok nxt year plan lah bawa anak2 ke sana.. menggamit memory you :))

      Delete
  9. jalan sakan ko bedah ooiii...jeles cik kiah ni...cik kiah tak dapat nk jalan2...pak kiah nya tak boleh nak cuti...sbb keje tempat baru...adooiii...stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak lah sakan mana pun cik kiah oiii.. saja cuti2 sekolah ni bawa budak2 berjalan hehe.. eh tak apa, nxt year CNY boleh ler ajak pak kiah pergi bercuti2 tau.. hehehe

      Delete
  10. woi mmg dorg x bg kan snap pic.hahaha.mmg aku pon sama.snap jugak.dasar kan~ haha.za ku teirngin nk pakai sua cm mu.belang belang~ tapi gemuk! haih bila lah nk kurus ni.

    ReplyDelete
  11. syoknya berjalan ke sabah kak.. :)
    ntah bila la nak jejak kaki ke sana..hehe

    ReplyDelete
  12. Hari fast food sedunia hehe..ni.......kalau TLBD sure suka ni naik belon ....bilalah okje nak bawak pi anak anak naik kapal terbang...moga tercapai hajat cik bedah cik jah oiii....
    mak nenek tak ikut ke zaza?

    ReplyDelete
  13. Cantiknya pemandangan dekat tepi laut tu. Kita dah la pencinta laut. =D bila la nak g kk ni. Hehe.

    ReplyDelete