Thursday, April 23, 2015

Hotel Sentral Seaview Penang

Mana satu part nak mulakan pun tak tau ni. Ok sebenarnya planning ni dari bulan lepas lagi. Last minit tak jadi atas sebab-sebab tertentu. Reschedule balik.. decide pergi minggu lepas 17-19 March 3D2N. Stay kat Hotel Sentral Seaview Penang (formally known as Hotel Naza Talyya). Masa 2013 aku ke Penang & stay kat sana masih lagi nama Naza Talyya.. now on management dah bertukar dan nama hotel pun dah tukar.

Sebelum aku cerita kisah kitorang kat sana haritu, biar aku buat review tak berbayar dulu pasal hotel ni ya. Kot-kot lah boleh membantu korang kalau nak cari hotel yang comfortable dan yang tak berapa jauh dari town. Eh! bukan nak review sangat pun.. just nak bagi tau walaupun kali kedua aku pernah stay kat hotel ni.. aku tetap suka nak stay kat sini lagi.. sebab? dapat aku special rate. Thanks to my friend Dina Al-Rashid sebab tolong book kan hotel ni untuk I & my friends.. walaupun ada confusion sikit sebelum check-in haritu.. hehe ;)

Kitorang pilih bilik Deluxe Suite.. ngam untuk kitorang bertiga.

Masuk-masuk je nampak katil ni terus rasa nak terkam.. amboi over Jijah! mau taknya.. Jumaat tu kitorang bertolak dari KL petang dalam pukul 4 lebih macam tu.. sampai sana dah pukul 10 lebih.. penat driving, dengan hujannya.. nasib tak jammed.. kalau jammed mau sampai suboh esok.. hahaha.






Aik ada model pulak kat situ ;P







Facilities semua ada.. kalau nak tengok room rate boleh tengok sendiri kat website 


Tante, Zaza & Adik Zaza

Bila dah nampak cermin sebesar rumah.. mana boleh lepaskan peluang selfie.. itu kan memang tabiat orang pompuan.. hehe.


Dalam pada bertiga.. mesti jugak mau sengsorang.. baru diva tara kucha cha!.. hahaha


Favorite cermin kitorang setiap kali nak keluar.. mesti nak posing dalam lift.. cermin lift ni macam ada hantu memanggil-manggil untuk kitorang bergambar. Kenapa eh? ke sebab orang pompuan zaman sekarang ni tak boleh nampak cermin?? nampak cermin je terus sawan melantun-lantun.. hahaha

Malam tu lepas check-in kitorang keluar ke Feringghi.. lapar kau! dalam pukul 11.30 rasanya keluar cari makan.. at the same time saja nak ronda kat up town Batu Feringghi.. bila sampai tengok-tengok banyak kedai yang dah tutup. Pelik gak apasal awal nau korang tutup sedangkan haritu Jumaat malam Sabtu. Risik punya risik.. rupanya low season.. bila low season mana ada orang datang sangat. End up kitorang pergi makan char kuey tiaw je kat depan Holiday Inn.


From left : Adik Zaza, Tante & Zaza.. thats why hashtag kitorang kat IG jadi #ZTZ sebab ada dua Zaza di sini.

Lepas makan CKT.. Tante ajak pergi foot massage. Dah tengah malam pun time tu.. tak silap dah pukul doblaslebih lah macam tu.


Dalam pada gambar bertiga mesti nak ada gambar solo.. ko rasa?? hahahaha

30 minit urut kaki dapat 10 minit free shoulder massage.. RM25 sajo.. ha yo lah kak.. kau urut je lah mana yang patut

Habis je urut mengurut.. kitorang  terus balik hotel. Esoknya seawal pukul 7.30 dah bangun.


Hello! Gud morning ;)


Morning view dari bilik kitorang




Nak turun pergi breakfast.. masing-masing tak mandi.. harap basuh muka & gosok gigi je.. haha.. betul tak aku cakap?? sawan cermin asek nak bergambar kat cermin lift je..


Ya Allah! teruknya muka masing-masing tak mandi.. Eh! ada aku kisah?? ini lah yang dikatakan natural beauty.. kau ada?? hahahaha


 Walaupun banyak pilihan makanan kat buffet.. kitorang tak makan banyak.. masing-masing bangsa tekak bukan macam piranha.. makan apa yang mampu dek perut je


 Ala-ala western & eastern sikit

Lepas dah kenyang ingat nak naik bilik.. keluar je dari cafe ternampak pulak replica IG, FB & Pinterest.. singgah bergambar kejap.


Instagram @tantejosdiana

 Instagram @Cattaliya_Hunny


Instagram @zazanizam

 FB Tante, Zaza & Zaza #ZTZtoPenang2015 wah gittue! ;P

Tante, Zaza & Adik Zaza

Nanti sambung cerita lain pulak ye.. hari kedua tu kitorang ronda-ronda dengan basikal cari mural art.

10 comments:

  1. bilik macam best..orang pompuan dengan cermin memang tak boleh nak dipisahkan...haha

    ReplyDelete
  2. wah bestnya jalan2..kita pon plan nak gi penang.. tpi postponed je..

    ReplyDelete
  3. ko punyer tak makeup muka sebijik ank pompuan ko tahu!!

    ReplyDelete
  4. wahhhhh syok betui bercuti cam ni ...mmg release bais la

    ReplyDelete
  5. Girls day out...ohhhhhhhhhh speechless...best sgt kt sini...marvelos hotelnya...arghhhhhhhhhh tetiba mood holiday datang lagi...kak zazaaa miss u.

    ReplyDelete
  6. saya pun pernah pergi hotel Naza. Quite affordable & nearer to town compared to those hotel yang kat batu feringgi :) cumanya swimming pool tu facing restaurant . hihih

    ReplyDelete
  7. cantik hotel ni..lengkap semua ada..mesti puas hati kan :)

    ReplyDelete
  8. best pulokk holiday ngan kawan2..dok 1 blk tu mlm mesti begosip je ni..hik3..tp cantik la hotel tu..

    ReplyDelete