Friday, June 26, 2015

Ramadan 8 - Gantung Kuali

Rasanya belum tahap tak ada idea lagi nak masak apa untuk lauk berbuka.. dalam kepala ni ada lagi menu yang belum di-skill-kan kat dapur.. pfffttt. 

Nampak?? begitu confident sangat ayat tu ;P

Semalam aku berbuka tiga beranak je. Bang Nizam berbuka kat KL Hilton. Aku cakap kat Nizam, aku tak payah masak lah since dia tak berbuka kat rumah.. aku ingat nak beli je. Cadangan dipersetujui oleh tuan besar.. betapa gumbira hati beta tak payah bersusah payah masak untuk berbuka semalam (libas rambut). Aku cakap kat KhaNish, Mommy beli nasi lemak je kat param.. Mommy malas nak masak sebab Babah tak ada. Tapi kan.. apa kena mengena Nizam tak berbuka kat rumah & malas masak?? yes, itu alasan semata-mata.. hahaha.

Nasi lemak ni memang sedap.. kalau hari biasa dia meniaga kat depan Public Bank kat Ampang.. just opposite to LRT Ampang station.

Aku tapau Nasi lemak 3 bungkus.. ikan bilis & timun dah tercampur sekali dalam nasi lupa nak suruh dia asingkan. Ayam goreng 2 ketul, sambal sotong untuk sorang makan & telur mata 2 biji. Nampak tak tahap gantung kuali tu?! sampaikan telur goreng pun aku beli.. hahaha. Apa salah goreng je kat rumah? Eh kata gantung kuali.. buat apa susah-susah2 nak angkat kuali.. ken?? Murtabak Singapore tu aku beli yang kecik je.. tu pun tak habis makan.

Apa-apa pun kita tetap kena bersyukur dengan rejeki yang Allah bagi.. Alhamdulillah :)

13 comments:

  1. memang kekadang bila suami tak berbuka kat rumah nak memasak tu memang malas sangat kan..apapun alhamdulillah atas rezeki dariNYA.. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. rezeki ALLAH sentiasa kena bersyukur..
    *sekali sekala gantung apa salahnya kan kak, hehe..

    ReplyDelete
  3. air kaler biru tu kak oiiii!!!!

    ReplyDelete
  4. Hehehe.. sama la kita.. husband x buka kat umah alasan cuti masak..

    ReplyDelete
  5. puas pikir bile tgk gmbr, ape yg sebelah telur tu..rupe2nye muratabak singapore..
    jakun sgt..xpenah mkn..

    ReplyDelete
  6. semalam pon berbuka nasi lemak jugak, tak tahu nak makan apa semalam, sekali tgk nasi lemak mcm sedap.

    ReplyDelete
  7. jejes air liur tengok kaler air tu...hehehe

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.
    Setakat ni aida x gantung kuali lg :-)
    Next week kot...

    ReplyDelete
  9. dugaan ,,,, baca entry siang hari,,, telan ayaq liuq lagii >_<

    ReplyDelete
  10. setakat nie i belum pernah gantung kuali lagi..hehehe.. sebab tak suka sangat beli kat param..=D

    ReplyDelete