Friday, June 26, 2015

Ramadan 9 - Nasi Goreng Minced Chicken Resepi Zaza

Gempak nama nasi goreng kau Jah.. ala-ala nama omputeh melayu gittuw.. hahaha. Pagi tadi bersahur dengan nasi goreng. Aku prepare bahan siap-siap malam tadi supaya bangun tak perlu nak berjam-jam untuk aku nak kopek bawang (padahal bawang 3 ulas je pon) & potong buncis kat dapur.

Preparation

Antara bahan-bahan yang diperlukan:

Minced chicken/ beef
Kacang buncis potong serong
Bawang putih 2 ulas
Cili padi (optional, kalau nak pedas boleh letak lebih)
Kiub ayam
Telur
Garam & Minyak untuk menumis


Cara-cara:

1) Tumis bawang putih bersama cili padi sampai naik bau.
2) Masukkan minced chicken ikut kuantiti yang kau suka.
3) Bila minced chicken dah agak-agak nak masak, masukkan kuib ayam seketul.
4) Masukkan kacang buncis, goreng macam kau masak sayur goreng. Agak-agak kacang buncis dah separuh masak, masukkan telur.
5) Then boleh masukkan nasi putih ke dalam kuali. Kacau rata, perasakan dengan Maggie secukup rasa & garam.. garam tu jangan over sangat sebab cube ayam tu dah masin.. karang letak banyak-banyak darah tinggi pulak lepas makan nasi goreng.. jadi kes plak kang.


Macam ni je rupa nasi goreng minced chicken resepi Zaza.. anak aku yang umur 11 tahun pun boleh buat.. hahaha cerita nak gempak je.. padahal nasi goreng simple je kot.. hihi.

Harini tak fikir lagi menu apa nak masak.. silap2 karang aku pegi rumah SIL je.. buat-buat menempek tumpang berbuka kat rumah dia.. hihihi.. bunyik macam nak mengambil kesempatan sangat perangai tu.. hahaha.

Kbai ;)

14 comments:

  1. simple tapi aida pasti ia sedap :)
    ye la kan pepagi sahur tu kan nak masak bebanyak.
    aida akan masak berbuka utk sahur sekali :)
    tak larat nak masak pepagi.
    nanti jadi zombi kat opis :)

    ReplyDelete
  2. sodap la ni kak haiii klu mkn sahur2..ni yg wat naikkan selera mkn..

    ReplyDelete
  3. sahur ni makan yang simple2 je kan...itu pun rasanya dah sedap..apatah lagi untuk anak2

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak. biar simple janji rasa dia GEMPAK..

    btw camne nak contact akak ye? email or no phone?

    ReplyDelete
  5. Mcm tu pun sedap zaza..bertmbh lg klu tgk tang pose..nsb i bkk blok u dh malam...hahahaha

    ReplyDelete
  6. Vahvahvah! Dh habis sahur ni.baru bca.telan ailio jelah.

    ReplyDelete
  7. aduhai kak Jah ku sayang... buat ayaq liuq meleleh ja tgh hari ni tengok nasi goreng niii.. yummy.. selamat berpuasa kak.. lama nya xdtg sini.. hihi

    ReplyDelete
  8. Bulan puasa ni tengok menu apa pun sedap.. huhuhu..

    ReplyDelete
  9. simple jer...anak anak comfirm suka kalau saya buat nasi goreng mcm nie...

    ReplyDelete
  10. Senang sangat ni..simple..makan panas panas masa sahur memang sedap

    ReplyDelete
  11. Eh time sahur ok la masak simple2 mcmni..nanti i nak ciplak menu u nie..=D

    ReplyDelete
  12. Yg simple tu lah selalunya sedap ☺

    ReplyDelete