Panas lagi gambar dan cerita harini.. tak zabar-zabar I nak publish kat blog tau. Padahal boleh je tunggu reception Sue Ahad ni.. boleh buat entry sekali harung.. saja nak memperbanyakkan entry dalam bulan ni kannn??!! hahaha.
Tak kisah lah.. kalau aku update, korang baca gak kan? hihihi.
Malam tadi malam Jumaat, aku attend Majlis Nikah Sue. Amboi pandai cari hari Nikah ya.. Khamis malam Jumaat gittue.. hahaha. Dia dulu kerja kat Company yang kau kerja sekarang.. la ni dah berenti.. bila dia menjemput, kita datang lah.. apa salahnya kan. Aku bawa Khairine je malam tadi.. tak usah bawak reramai sangat setakat gi Nikah orang.. buat penuh dewan je.. kalau reception dia ok lah datang beramai-ramai sekeluarga.
Gambar pro & proper tak ada.. gambar ni aku cilok dari IG Sue.. hihi
Dia nikah lepas Isyak. Majlis nikah buat kat Masjid Wilayah. Ni baru first time aku attend majlis nikah orang kat Masjid Wilayah. Ingatkan buat kat tengah-tengah perkarangan Masjid yang kat tempat solat tu.. sebab selalu orang nikah kat masjid mesti nikoh kat tengah-tengah perkarangan masjid. Rupanya kat situ ada macam bilik/ mini dewan untuk buat majlis nikah. Canggih sangat. Zaman I dulu tak ada pun macam tu.. huhu.
Congrats Sue & Husband.. 2 kali lapaz ya semalam.. nebes ke bang oi?? hihi. Masa akad semalam ketar-ketar suara dia.
Si cantik manis.. semalam dah tukar title.. jadi Puan Sue ;)
Jom tengok barang hantaran. Masa snap gambar hantaran ni nasib baik I tak kena pijak dengan cameraman tau.. hahaha. Tengah aku sibuk-sibuk ambik gambar satu dulang ke satu dulang, sekali aku rasa macam ada bayangan besar kat sebelah.. rupanya abang cameraman tak perasan aku kat belakang dia.. haha.
Hantaran kedua-dua belah pihak
Itu je yang sempat I snapping.
Khairine
Tuan blog yang berangan duduk kat stage.. teringat zaman menikah ngan Bang Nizam dulu.. syahdu sangat.
Me, Kak Rozie & Sue
Me, Kak Rozie & Sue. Actually Kak Rozie ni Boss Sue sekarang. Sue ni PA cum Manager kat Spa kak Rozie. Nanti aku buat review pasal spa Kak Rozie ya.
Me & my dotter
Ala-ala dulang girl gittue ;)
Us with bride & groom
Congrats Sue.. semoga dipanjangkan jodoh & dapat anak ramai-ramai. Tunggu majlis Ahad ni I datang pakai baju blink-blink tau.. hihihi.