Friday, July 31, 2015

Sue Nikah

Panas lagi gambar dan cerita harini.. tak zabar-zabar I nak publish kat blog tau. Padahal boleh je tunggu reception Sue Ahad ni.. boleh buat entry sekali harung.. saja nak memperbanyakkan entry dalam bulan ni kannn??!! hahaha.

Tak kisah lah.. kalau aku update, korang baca gak kan? hihihi.

Malam tadi malam Jumaat, aku attend Majlis Nikah Sue. Amboi pandai cari hari Nikah ya.. Khamis malam Jumaat gittue.. hahaha. Dia dulu kerja kat Company yang kau kerja sekarang.. la ni dah berenti.. bila dia menjemput, kita datang lah.. apa salahnya kan. Aku bawa Khairine je malam tadi.. tak usah bawak reramai sangat setakat gi Nikah orang.. buat penuh dewan je.. kalau reception dia ok lah datang beramai-ramai sekeluarga.

Gambar pro & proper tak ada.. gambar ni aku cilok dari IG Sue.. hihi

Dia nikah lepas Isyak. Majlis nikah buat kat Masjid Wilayah. Ni baru first time aku attend majlis nikah orang kat Masjid Wilayah. Ingatkan buat kat tengah-tengah perkarangan Masjid yang kat tempat solat tu.. sebab selalu orang nikah kat masjid mesti nikoh kat tengah-tengah perkarangan masjid. Rupanya kat situ ada macam bilik/ mini dewan untuk buat majlis nikah. Canggih sangat. Zaman I dulu tak ada pun macam tu.. huhu.

 Congrats Sue & Husband.. 2 kali lapaz ya semalam.. nebes ke bang oi?? hihi. Masa akad semalam ketar-ketar suara dia.

Si cantik manis.. semalam dah tukar title.. jadi Puan Sue ;)

Jom tengok barang hantaran. Masa snap gambar hantaran ni nasib baik I tak kena pijak dengan cameraman tau.. hahaha. Tengah aku sibuk-sibuk ambik gambar satu dulang ke satu dulang, sekali aku rasa macam ada bayangan besar kat sebelah.. rupanya abang cameraman tak perasan aku kat belakang dia.. haha.

Hantaran kedua-dua belah pihak









Itu je yang sempat I snapping.

 Khairine

 Tuan blog yang berangan duduk kat stage.. teringat zaman menikah ngan Bang Nizam dulu.. syahdu sangat.

Me, Kak Rozie & Sue

Me, Kak Rozie & Sue. Actually Kak Rozie ni Boss Sue sekarang. Sue ni PA cum Manager kat Spa kak Rozie. Nanti aku buat review pasal spa Kak Rozie ya.

Me & my dotter

Ala-ala dulang girl gittue ;)

Us with bride & groom

Congrats Sue.. semoga dipanjangkan jodoh & dapat anak ramai-ramai. Tunggu majlis Ahad ni I datang pakai baju blink-blink tau.. hihihi.
Read More

Thursday, July 30, 2015

Resepi Daging Masak Hitam

Ingat nak letak tajuk "resepi daging masak hitam ala Zaza" nampak macam nak overshadow pulak sebab resepi ni dari arwah MIL turun ke SIL. Satu lagi ingat nak letak tajuk "resepi daging masak hitam Zaza masak" pun macam nak overshadow juga walaupun memang aku yang masak, kenapa kau pula yang panas??! muahahahaha.. eh, tak lah.. kan lebih helok kalau aku tak letak kedua-dua tajuk tu.. memandangkan this is my first attempt, so jangan nak letak tajuk over sangat!

Weekend lepas aku & Nizam pergi pasar pudu.. macam biasa stock up barang basah untuk seminggu. Sekali teringat daging masak hitam yang SIL selalu buat.. terus gi beli daging RM10. Kat rumah aku tu emak sorang je tak makan daging lembu.. pastu setakat perut aku, Bang Nizam & KhaNish tak lah besau mana.. takkan habis makan kalau beli sekilo daging.. so tak payah beli banyak-banyak. Bila dah rebus & potong-potong pun dah kira banyak sangat untuk penghuni rumah aku makan.


Daging masak hitam resepi turun temurun.. gittue ;)

Untuk dapatkan resepi, aku call SIL. Habis berbual dalam phone, lepas dapat resepi terus jadi macammm "eh! kenapa senang sangat resepi ni? macam tak caya je". Senang giler masak daging masak hitam rupanya.. padahal aku dah ready kertas A4 dekat empat helai (itu tipu) nak salin resepi.. bahan pun tak pakai banyak sangat. Mungkin resepi orang lain ada bahan tambahan lain kot. Bila aku try resepi simple yang SIL bagi ni, sedap je bila dah masak.

Korang nak resepi ni ke? aku dah try buat.. cuma terlebih letak cili je. Bila aku tenung balik macam ok je tak nampak macam terlebih cili sangat pun. Bila tanya Nizam dia kata sedap. Bila aku rasa, memang sedap hoi! muahaha. Ini first time aku nak puji masakan sendiri kat public.. aku pedulik haper! Yang kelakarnya nasib baik tak terbalik kuali aku masa menggoreng daging sebab masa goreng tu daging melekat-lekat.. cuak kejap.. hahaha. 

Apa-apa pun kipidap Zaza! you can do it better!! wah gittue ;P

Bahan-bahan
- Daging RM10 (kalau nak lebih pun boleh)
- Bawang besar 6 labu *blend*
- Bawang putih 6 ulas *blend*
- 1 sudu Cili boh/ cili giling/ cili kering
- Kicap manis untuk perapan
- Garam secukup rasa
- Minyak masak

Cara-cara
1) Rebus daging sampai empuk. Kalau daging batang pinang tak perlu direbus, just hiris kecil & tumbuk sikit bagi dia jadi leper macam daging dendeng.
2) Goreng daging sekejap jangan sampai garing. Angkat daging tu lepas tu lumurkan/ perap dengan kicap manis (brand kipas udang/ Jalin) aku guna kicap ABC je.. tu pun one of kumpulan kicap manis juga.
3) Sementara daging diperap, blend bawang merah & bawang putih. Lepas blend, terus masuk dalam kuali yang ada lebihan minyak goreng daging tadi. 
4) Tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih & cili boh) hingga betul-betul garing & pecah minyak
5) Masukkan daging yang diperap dengan kicap tadi & gaul rata. Perasa dengan garam/ gula (tak payah banyak sangat sebab daging yang diperap dengan kicap tu dah cukup manis).
6) Siap untuk dihidang

Simple sangat cara nak masak daging hitam ni.. bahan pun tak banyak & tak susah nak cari.
Read More

Wednesday, July 29, 2015

Tukar IC

Raya ke-lima tak pergi beraya ke mana pun. Isnin tu tak ada plan pergi beraya. Memang nak dok rumah je mengemas, basuh baju yang dah berlonggok yang pakai masa balik Melaka haritu (padahal balik 1 hari 1 malam je.. hihi propa sangat!). Selasa, raya ke-6 Tante ajak pergi tukar IC baru. Buat kat UTC Pudu Sentral je. Tunggu Tante datang rumah.. dia park kereta kat rumah aku then we go with my car. Keluar rumah dalam pukul 10 lebih.. siap berdoa mintak-mintak tak ramai orang.. memang dah bajet mungkin tak ramai orang sebab orang masih dalam mood raya lagi. Nasib baik tak ramai orang.. tak lama sangat menunggu.

Lagi 46 orang.. tabah menunggu.. nasib baik nombor run cepat.. satu setengah jam jugak lah menunggu nak sampai ke giliran aku.. poloh-poloh acik menunggu.


Me & Tante

Sebenarnya malu nak tunjuk gambar IC lama aku sebelum orang tu potong & ganti IC baru.. korang janji jangan gelak & jangan ngutuk eh bila tengok gambar kat IC lama aku.. *tutupmukalarilajulaju*
 Tadaaaa.. hahahaha giler punya gemok.. dagu berlapis 18 tingkek! rambut entah apa pesyen masa tu.. hahaha.

Esoknya baru datang collect. Malas nak menunggu. Bayangkan nak kena menunggu 3 jam lagi untuk collect IC baru.. memang tak lah aku nak jadi penunggu kat situ.

Ini IC baru. Tak ada lah cantik mana pun sebenarnya.. tapi better then gambar yang kat atas tu.. burok na.. hahaha. 

Masa ambil gambar kat JPN haritu aku siap request kat abang tu suruh snap skali lagi.. mula-mula masa snap tu mintak abang tu tunjuk kat aku dulu.. siap tanya kat abang tu.. cantik tak bang?? kalau tak cantik, abang snap sekali lagi ya..  hahahaha bongok betul!


Settled dalam pukul 12 lebih macam tu. Terus gerak pergi Jalan TAR kejap. Rasanya tak sampai sejam pun kat situ. Ramai lagi yang belum start berniaga masa tu. Habis ukur jalan kat Jalan TAR, terus menuju ke Festival City (betul ke nama shopping complex tu?) kat Danau Kota. Lunch kat Sakura Kristal.

Oh lupa nak kabo.. masa buat IC haritu aku hangkut Khairine & Sabrina (anak abang aku) sekali.. saja bawa teman.. kesian pula cuti beraya tak bawa pergi beraya.. korang teman mak tukar IC je lah ya nak.. hehehe.

Sampai je terus order laju-laju.


Refreshment


Tante order Char tue tiaw


Sabrina order Spaghetti Bolognese.. aku suruh order yang kids punya dia tak nak.. berlagak sangat nak makan portion orang besau.. sekali tak habis.. rasa nak gigit je telinga budak tu.


Khairine pun sama.. order mac & cheese, sambil makan sambil melayan ipad pastu berborak dengan Sabrina.. hujung-hujung makanan tak habis.. derrrr


 Tuan blog punya ala-ala special sikit.. lapau sangatsss.. maklumlah lepas bulan puasa ni napsu perut macam-macam kepingin.. hihi.

Esoknya hari raya ke-6 datang collect pula. Kali ni Sabrina tak ikut.. dia dah start sekolah haritu. Khairine tetap pengikut setia. Haritu racun si Zaza ajak ikut sekali.


Zaza, Khairine, Tante & Zaza.. gambar blur pun nak juga tempek sini.. lantak lah hai.. ni je gambar yang ada pun.. snap pakai ipad je.. bukan pakai camera canggih.. ngee ;P

Masa ambil IC dah siap pun kejap je dalam setengah jam settled. Macam biasalah kalau dah tengahari, perut mesti berkeroncong.. kalau buat IC dibulan Ramadon, bertabahlah juga menahan perut.. ni dah masuk bulan Syawal, mula lah tergedik-gedik macam-macam benda nak makan.. so decided pergi lunch kat Wangsa Walk.. tapi tak tau nak makan apa. Rasanya tak sampai 10 minit jejak kaki kat Wangsa Walk, terus blah.. terus terpikir nak makan steamboat. So, ke Johnny's (Aeon AU2) lah kita.


Kalau tengok gambar ni masa bulan puasa haritu, mau melalak anak tekak.. hahaha.


Ambil set untuk 4 persons


Aku, Khairine & Zaza order Nasi Goreng Prawn as a side dish


Tante makan nasi goreng mushroom tak silap aku


Me & Tante 


Zaza & Khairine

Dah konyang, jalan-jalan kejap dalam Aeon tu lepas tu diorang ajak mengopi pulak kat Espressolab, Taman Melawati.. ok moh lah kita.. aku pun tak pernah lagi lepak situ.. 1st time datang rasa terus jatuh cinta kat tempat tu.. boleh jadi port melepak lepas ni.


 Zaza, Tante & Khairine.. Khairine dah nampak macam budak besar sangat bila berdiri sebelah Auntie Tante


RVC kat sini sedap.. sila datang dan try ya.. pasti tidak mengecewakan ;)

Ok sekian saja cerita dua hari berturut-turut dalam satu entry pasal tukar IC dibulan Syawal saya.. bye ;)
Read More

Thursday, July 23, 2015

Salam Lebaran 2015

Hi.. Assalamualaikum. Selamat Hari Raya mahap zahir & batin ;) 

Macam mana raya korang? best ke? bukan main korang ya.. berderu-deru update cerita raya kat blog.. seronok je baca.. macam-macam kaler tema baju raya masing-masing.. bukan main melaram lagi Cik Bedah di pagi raya ya! hehehe. Raya aku tahun ni biasa-biasa je.. emak aku tak sihat, sampai harini pun masih lemau lagi.. so tak banyak keluar beraya.. balik kampung Nizam kat Melaka pun 2 hari 1 malam je sebab Senin tu Nizam dah start kerja. Maknanya Raya pertama je kitorang ada kat rumah, raya kedua & ketiga aku kat Melaka, Senin Nizam kerja aku pula cuti lagi. Tak feel betul raya tahun ni. Nak keluar beraya pun tak ada.. kesian kat emak sebenarnya.. kalau aku keluar beraya tinggal pulak dia sengsorang kat rumah, bila ajak keluar beraya dia tak nak.. tak larat katanya.. huhu.

Harini aku baru masuk kerja balik lepas seminggu choti ghaya.. hihihi over sangat.. padahal baru je kata raya haritu tak berjalan kemana pun.. hahaha. Saja ambil cuti panjang sikit.. bleh fifiling suri rumah tigapat hari sementara cuti.. hihi. 

Menu raya yang simple je.

Buat menu wajib.. tu pun tak banyak. Sebab kitorang cuma ada kat rumah hari raya pertama je. Raya kedua aku dah nak balik kampung Nizam kat Melaka. Emak pula kak long bawa balik rumah dia sampai hari Isnin. Abang aku balik kampung bini dia nun kat Kelantan sana. So masak rendang ayam (ayam sekor je) kuah lodeh sikit, kuah kacang sikit, rebus nasi impit mini dalam doploh ketul lepas tu readykan cookies raya je atas meja. Macam ni lah hidup keluarga yang tak besar.. semua simple je. Kalau rumah orang lain aku rasa lagi meriah kot.. sekor ayam memang tak cukup punya.

Cuma satu benda je tahun ni yang bleh aku banggakan.. tahun ni aku yang prepare & masak untuk raya.. bangga sangat. Selama ni asek datang menempek je kat emak, bila emak dah siap masak tau makan je. Tahun ni emak tak sihat, so aku lah take over untuk masak. Mula tu susah sangat hati ni.. dok pikir macam mana nak masak rendang? macam mana nak masak kuah kacang? dulu-dulu bila tengok emak prepare nak masak rasa macam complicated sangat nak masak rendang & kuah kacang. Haritu emak ada juga monitor aku kat dapur.. dia guide aku nak masak rendang & kuah kacang step dia macam ni, macam tu, letak ni, letak tu. Bila dah siap terus kembang-kembang hidung I.. hahaha. Untuk kuah lodeh aku tak susah hati sangat, sebab step nak masak dia lebih kurang macam masak masak lomak cili api je.

ootd raya Kak Zaza tahun ni. Theme kaler purple anak beranak

Cerita raya pertama tahun ni macam charlie chaplin sket.. by tengahari macam tu kitorang bertolak nak balik Melaka. Masa dalam perjalanan tu rasa susah hati sangat-sangat bila dok kenangkan emak sorang-sorang kat rumah.. dengan tak sihatnya, sambil tu fikir juga kot-kot ada orang datang rumah nanti sapa nak layan.. orang tua tu memang lemau sangat-sangat haritu. Kak long cakap dia datang rumah emak lambat sikit, mungkin malam macam tu. Abang aku dah selamat sampai Kelantan, yang aku ni nak balik Melaka je.. so sacrifice je lah untuk emak. Bila sampai kat Nilai kitorang patah balik.. hahaha. Sampai je rumah emak aku heran.. aik kenapa korang balik? kitorang cakap tak sampai hati nak tinggalkan emak.. begitu lah ceritanya.


Raya kedua baru bertolak ke Melaka. Nasib baik hiway tak berapa jammed. Jammed sikit-sikit tu standard lah but still moving.. jangan jammed yang stok melekat tak berjalan tu memang boleh pitam tengah jalan gamaknya.

Sampai je kampung tengok Abah, Along & family dia semua tak ada. Diorang keluar beraya kat kampung Abah & ke rumah in-law Along kat area Melaka juga.. so layan diri sendiri je lah kat rumah time tu.. hahaha.

Buka pintu dapur rumah tengok pokok cempedak tengah membiak bagai johan. Hoi! apa banyak na buah bergayut-gayut nih??? kau tengok tu Bedah.. dia berbuah sampai ke tanah.. geram betul aku tengok.. tapi sayangnya buah cempedak ni pra-matang lagi.. tak ada rejeki nak merasa raya haritu.

Anak-anak buah pompuan.. gini lah rupa kalau berjumpa

Raya kedua tu pun tak kemana.. dok rumah je coz ramai yang datang beraya kat rumah..  tak kesempatan nak jalan raya. Malam dalam pukul 9 lebih macam tu baru reda orang tak ada datang. Kitorang plan nak buat bakau-bakau kat depan rumah. Aku, Along & Kak Ngah pergi beli bahan kat supermarket, balik tu terus membakar.

Masuk hari raya ketiga pun tak keluar beraya. As usual aku, Along, Kak Ngah & dua tiga orang anak buah merayap pergi cari tepung florenta konon nak buat florentine cookies lah haritu. Hujung-hujung tepung tu non hado. Separuh negeri Melaka kitorang merayap cari.. dari satu supermarket ke satu supermarket tak ada. Last-last Along cakap, nanti balik KL baru buat.. tepung tu susah nak cari kat Melaka.. kat KL melambak je ada jual.

 Dah penat mencari, Along ajak lepak makan sate kat Kg. Jawa. Skali sate tak ada.. kedai tu buka tapi orang jual sate tu cuti.. hurmm tak ada rejeki nak makan sate.

Aku ngan Along order rojak, anak2 buah lain makan nasi goreng ke apa tah haritu.

Dalam tengahari aku gerak dari Melaka. Nak nyinggah ke Rembau pula member opis jemput datang rumah dia buat makan-makan. Amboi raya ketiga dah buat makan-makan besar, kalah rumah menteri!

Rembau most wanted girl.. hihi

Petang sebelum pukul 7 baru bertolak dari Rembau. Nizam kata tak berani nak redah Plus hiway.. so kita ikut LEKAS hiway. Alhamdulillah, langsung tak jammed ikut LEKAS. Sampai Kajang - KL pun tak jammed.

Oklah nanti sambung cerita lain pula k.. bye :)
Read More

Tuesday, July 7, 2015

Ramadan 18 - Khairine Adrina

Dari bulan lepas nak potong rambut Khairine.. dah panjang sangat rambut budak ni. Dia ni kalau aku bawa pegi saloon, dia yang melebih dari aku.. siap request nak colour rambut bagai. Suka na overshadow emak sendiri.. hahaha. So Ahad haritu ada free time sikit. Terus bawa dia pergi saloon.. tak potong banyak pun.. buat layer tepi sikit, length remain unchanged. Dia sendiri yang tak nak berambut pendek.. konon-konon macam dah besar sangat lah tu.. *matakeatas*.


Kemain kepok-kepok kau!!! hahaha. Kat rumah asek lah dok selfie, konon macam nak tunjuk yang rambut dia chantek lettew.. pffttt. Lepas tu tiga hari tak cuci rambut.. sayang katanya.. hahaha perangai apa lah dia ni.

Dua gambar ni aku cilok dari moment dia kat wechat.. lepas tu dia marah.. "Mommy curi gambar Khairine" hihihi kantoi sudah.. 


Kenapa dah nampak besar sangat budak ni? kalau berdiri dengan aku dah nak dekat sama tinggi.

Balik dari saloon, lepak-lepak kat rumah sementara menunggu petang.. dalam pukul 5 macam tu baru sibuk prepare nak masak.


Sempat masak daging masak kurma, sambal ikan tenggeri & sayur goreng. Aku buat sambal ikan tu sebab emak aku tak makan daging.. so takkan nak kejam sangat tak ada lauk untuk dia pulak.. maka, jadilah sambal ikan tu untuk emak.
Read More

Monday, July 6, 2015

Ramadan 17 - Makan Nasi Jagung

Kenapa tak ada entry Ramadan 16? Sebab tak ada gambar. MALAS dan TAK SEMPAT nak snap.. i am so busy in the kitchen that time. Hah.. terus cakap omputeh.. kelas kau Maria!

Kita terus je langkah ke ramadan 17 ya. Menu berbuka makan nasi jagung. Requested by Bang Nizam lah.. sapa lagi. Elok sangat bagi idea kat bini jelita dia menu apa nak masak Sabtu lepas.. ngeeee ;) so tak pecah kepala nak pilih menu apa nak masak.. idea menu masih ada lagi apa yang nak dimasak *amboieksyensangat* hihihi.


Bersimpang perenang pinggan mangkuk & periuk belanga atas meja.. hehehe. 

Sabtu tu dalam pukul satu lebih kitorang keluar kejap gi beli barang.. barang apa ek? lupa dah.. seingat aku dua tiga tempat juga kitorang menyinggah.. adoiii lupa lah! kena take time nak ingat balik.. emmmm. Oh baru teringat.. aku pergi tukar baju raya Khairine kat Ampang Park.. masa beli haritu tak bawa dia.. aku main beli je.. sekali terbesar pulak. Lepas tu pergi Giant kejap beli bahan nak masak nasi jagung.. sampai rumah dah dekat pukul 5.30 macam tu.. terus berjoget kat dapur sediakan menu berbuka.

  Jelatah made by Bang Nizam.. curlassss laki I buat jelatah.. pffftt :p

Beli nanas sebiji kat Giant. Aku cakap kat Nizam aku tak pandai potong nanas sebiji bulat-bulat macam tu.. maklumlah nanas tu kan tajam.. karang darah tangan I ni sapa nak jawab? hahaha.. geds sangat!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah