Thursday, November 5, 2015

Eczema Yang Teruk

Dah lama nak share cerita ni sebenarnya. Tapi tak terluah kat blog. Nak tau tak kenapa dua bulan lepas aku lama sangat senyap dalam alam maya? tak nak tau tak apa.. aku tetap nak tulis juga kat blog ni supaya benda ni dapat aku adabikan abadikan dalam blog aku sendiri.

Lama kot aku senyap sunyi kat blog ni haritu. Masa tu langsung tak ada keyakinan diri dan tekanan perasaan yang sangat tinggi dalam diri plus tak berani untuk aku expose kat mana-mana.. malah nak tengok diri sendiri pun ngeri. Nak jumpa orang kat luar pun malu.. even orang yang aku tak kenal pun bila berselisih aku malu nak angkat muka. Nak pergi kerja pun rasa malu giler. Time tu hanya mampu menangis dalam hati je.. huhuhu.

Pernah ada satu pagi tu.. aku dah tak tahan sangat muka aku jadi pedih & gatal-gatal. Pukul 2.00 pagi aku start kereta terus pergi Klinik Gomez. Nasib klinik tu buka 24 hours.. lepas seminggu still tak mujarab juga.

Firstly wanna say sorry dulu ya.. bukan nak condemn, i just nak share cerita & pengalaman yang aku lalui je. I'm not 100% blaming to that spa. Mungkin cara lifestyle aku juga memain peranan dalam hal ni.. who knows kan? Semua ni bermula dari aku start buat facial. Ingat tak aku pernah buat entry pasal buat facial? cerita tu ada kat ENTRY NI dan ENTRY NI.


Salah satu produk yang aku guna sampai muka aku jadi naik melecur.. sekali pandang macam kena menumbuk sulung.. hahaha.
Lepas dah beberapa kali ulang-alik ke spa untuk buat soothing.. akhirnya tak ada juga jalan penyelesaian. I was decided refer to skin specialist. Doktor cakap ini eczema. Dia explain kat aku apa yang menyebabkan kita sebagai orang dewasa boleh dapat eczema, bla bla bla. Aku cuba juga google pasal eczema, macam-macam input yang aku dapat.. so redho je. Mula-mula memang tak percaya. Bukan nak riak ya.. memang selama aku hidup ni, sekali pun aku tak pernah ada eczema, allergic seafood mahu pun sensitive skin yang menyebabkan penyalahgunaan produk.

Orang kata kalau pergi sekali je memang kau tak akan nampak hasilnya. Aku ni gelojoh.. konon pergi sekali je terus nak baik. Aku suffer lagi untuk beberapa minggu. Aku cuma bergantung dengan bermacam-macam krim termasuk krim steroid pun tak jugak mau hilang.

Tengok kulit muka aku.. sangat-sangat teruk kan?? Snap pakai camera 360 ke Mode Beauty Face ke tetap tak dapat dibendung. Betapa teruknya :(
 Dah macam bekas kena tumbok je.. nak keluar jumpa orang pun malu :(
Kalau tengok depan-depan memang ngeri. Kulit muka jadi kerepot-kerepot macam kulit apa je.. i is malu sangat :(
One day, aku dah tak tahan sangat tengok muka aku yang sangat teruk, gatal-gatal & pedih. Aku ajak Nizam bawa aku jumpa Dermatologist kat Ampang Puteri. She is Doctor Mazlin. Masa first jumpa tu aku sangat-sangat yakin dengan Doktor Mazlin. Dengan harapan dengan sekali pergi je muka aku akan jadi elok macam sedia kala. Sekali lagi perangai gelojoh aku tak dapat dibendung. Doktor cuma bagi ubat untuk tempoh dua minggu je. Itu untuk tempoh percubaan. Aku syak Doktor tu pun meletakkan harapan yang tinggi pada penyakit aku ni supaya cepat baik.. hahaha.

After almost one hour Doktor konsult aku dan advice macam-macam, Dia bekalkan aku 'gula-gula' ni untuk bekalan dua minggu yang perlu aku habiskan without fail.. hukhuk :(

Tengok kat jari-jemari ku itu.. eczema yang teruk.. bukan setakat kat muka je. Aku noticed ni sebab serum yang aku beli dari spa. Bila nak apply kat muka we should put some amount kat tapak tangan kan? lepas seminggu pakai terus jadi macam tu.. sakit tau bila dah pecah-pecah macam tu. Nak basuh tangan pun perit nak mamp.. menjerit-jerit aku. Berapa lama jugak aku tak masak haritu.. tangan langsung tak boleh kena detergent. Kalau dah letak ubat aku langsung tak boleh buat kerja apa lagi dah. Bila dah lama tak buat kerja rumah, hidup jadi rasa bersalah pada keluarga.. pity them :(
Untuk mandian pula aku guna Seba Med atau Baby Johnson yang tak ada soap. Untuk pencuci muka aku guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Moisturiser pun aku guna brand Cetaphil juga, tapi cuma SPF15. Haritu Doktor Mazlin ada bagi aku Moisturiser Cetaphil with new look tapi SPF lagi tinggi.. yang dia bagi tu SPF 50. Kalau nak tau macam mana rupa dia, sila google.

 Then Doktor Mazlin bagi aku list ni. Dia suggest aku kalau nak beli moisturiser yang recommended by Dermatologist, this is the one yang ada dalam list atas tu.
Lepas tu dia bagi aku cream kecik-kecik ni. She said she don't have any share with this company or the brand.. dia dapat ni pun sebab dia pergi launching bendalah ni.. tu yang dia bagi je kat aku.

Setakat last month aku dah tiga kali ulang alik jumpa dengan Doktor Mazlin. First appointment dengan bekalan ubat untuk 2 minggu tak jalan. Second appointment dia extend lagi 2 minggu punya ubat pun kurang jalan gak. Third appointment (last month) dah Alhamdulillah semakin pulih kulit muka aku. Aku juga mengamalkan pakai Cetaphil Cleanser & Cetaphil Moisturiser lagi bertambah elok muka aku. Dah tak berani nak pakai produk liar kat luar sana. Bukan nak kata produk diorang tak bagus.. cuma aku tak ada keyakinan untuk try.. takut benda yang sama berulang kembali :( kalau jadi lagi kat muka aku ni.. memang tikam diri aku dibuatnya.

Sekian.

Aku yang Trauma.

Kbai!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Punca atau Faktor Penyakit Eccema
Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit eczema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, menyatakan antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini termasuklah:
  • penggunaan sabun dan detergen
  • keadaan cuaca yang panas
  • alergik kepada alam persekitaran
  • alergik bila memakai barang kemas
  • berada dalam keadaan stress
  • kuat berpeluh
  • barang kosmetik yang tidak sesuai
  • alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
  • air berklorin tinggi

20 comments:

  1. siapa kata eczema tak boleh menyerang orang dewasa kan? segalanya mungkin dalam zaman ni... i ingatkan sikit jer, rupanya banyak babe...of course bila melibatkan muka memang akan menjadi bertambah-tambah concern... apa pun syukurlah now getting better and better...betul tu, products sebenarnya tak boleh simply-simply pakai... sebab tak semua kita sesuai kan?

    take care babe...dan semoga terus dikurniakan kesihatan tubuh badan luaran dan dalaman...

    ReplyDelete
  2. oo eczema ke sebb wife saya pun kena mcmtu. tgn2 dia gatal ngan mengulas. xboleh guna sebarang pencuci

    ReplyDelete
  3. Eczema ni jgn buat main..sekali dia dtng sakit dibuatnya..anak i pon smpi sekrang pon ada eczema lagi..salah sikit guna produk or berpeluh mesti keluar eczema..

    ReplyDelete
  4. Huuh... memang tertekan bila tetiba kulit yg mulus gitu jadinya. Tapi nasib baik Zaza terus bertindak cepat. Kakak ingatkah eczema ni pada bebudak kecik aje tau. Bagus juga Dr. Mazlin ini nampak ada kesungguhan juga nak bantu patient dia. Harap lepas ini tak berulanglah Zaza..

    ReplyDelete
  5. Kak Zaza,
    Julia baca ni baru faham sebab apa sis menyepikan diri,
    Ekzema serang tanpa diminta...Cetaphil cleanser dan moisturizer ni bagus rupanya untuk kulit sangat2 sensitif macam ni ye...noted sgt2 produk tu sis, huhhh berdebar baca, now kulit sis dah kembali elok kan, alhamdulilah kak zaza, harap sangat ekzema tak datang lagi...rasa nak terjah farmasi tgk Cetaphil punya pelembab, rasa nak cuba je.

    Kak zaza, i feel u sis, ju dapat juga masalah kulit ni bila lepas melahirkan anak masa dulu2...tp bukan ekzema tapi mengerutu halussssss....lepas jumpa yang sesuai mcm ephyraskinbar tu barulah stay sampai sekarang...tak semua produk liar kt luar tu sesuai dgn kita kak, yang penting dapat konsultasi dari doktor tu cukup terbaik.

    ReplyDelete
  6. alahai..teruknya..adik pun kena eczema kat tangan..harus suggest guna produk ni untuk dia..harap lepas ni tak terjadi lagi pada zaza

    ReplyDelete
  7. Huhu kesiannya u..
    I doakan u cepat sembuh k.
    Lepas ni takyah dah try2 produk lain, kekalkan je dengan apa yg u pakai sekarang.
    Cetaphil tu i dengar memang bagus.

    ReplyDelete
  8. sape yg terkena eczema mmg tau mcm mana perasaan kan! semoga akak dikurniakan kesihatan yg lebih baik selepas ni.

    ReplyDelete
  9. Saya akan gatal2 kalau pakai barang besi. So tudung saya semua tak guna kerongsang, semua jahit.

    Memang agak leceh tapi takde pilihan.

    Ni pun dah besar baru jadi gatal2.
    Sebelum ni ok je.

    Kena kat muka, mesti lagi rasa down kan.. saya paham..semoga pasni tak berulang lagi.

    ReplyDelete
  10. uhuks..tertelan air liur aku baca! scary kot!! aku ingt aku pun nak bertukar ke cetafill ni lah..

    ReplyDelete
  11. Patutlah lama u menyepi.
    ai tak berani nak guna sembarangan produk dekat luar.. letaklah promotelah produk itu ini yang mana terbaik.. ai tetap setia pada yang biasa ai guna..
    Syukur u semakin baik.. Alhamdulillah.. ;)

    ReplyDelete
  12. Salam kenal.
    Semoga dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
    Kekdahnya orang dewasa pun boleh diserang eczema huhuuu..

    ReplyDelete
  13. Sian ko jah, Teruk tu. Dah beso pon bley kena eczema yerp. Alhamdulillah dah beransur pulih.

    ReplyDelete
  14. Mmg agak teruk tu ... hope recover cepat.

    ReplyDelete
  15. bertabahla cik kak, moga cepat semboh.,

    ReplyDelete
  16. Saya mmg x pernh percaya produk keluaran Malaysia mostly bende repackaging dari indon thai beli secara pukal. klu nk wat rawatan papepun mmg pi dr pakar x de nyer nk pi spa ni sume sebab dah pernh terkena before.. produk skrng ni semua amik dr pakar, rite now im using neostrata range (tapi mhallah).. even kesan x cepat mcm produk yg menjahanamkan muke yg byk org malaysia jual tapi hasil still ade , produk terjamin, ade R & D n research bukan main buat je. nanti sis dah sembuh try lah buat PRP sure muke sis akan lebih sekata n glowing :)

    p/s: dr saya skrng nama die Dr. Shaharom Sulaiman, the best.

    Jom Terjah: The Bangangness of Jerawat! :/

    ReplyDelete
  17. teruk juga kena eczema ni..alhamdulillah ada ubat yang boleh mengurangkan masalah ni..semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  18. aduhai zaza. mesti pedih kan? Allahu Akbar...
    yes. aida pun tau pasa cetaphil tu sebab kan baru2 ni anak dara aida da period.
    before that for few months muka nurin gatal2. jerawat kecil mula naik. sian dia. but that time period lom kuar.
    bila da period je terus aida tanya kakak (a doctor but specialist lain la) rekomen cetaphil.
    sebab ia rekomended by derma & paed. elok utk anak2 if muka berjerawat.
    now nurin ok da. dia budak lagi, kalau la cetaphil tu berbahaya, sure lagi teruk muka dia kot kan.

    terpanjang plak sharing :) tapi tu la. da betul sgt la suggestion dr.mazlin tu.
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  19. makaii..teruk jgk ni kak..danish pun ade mild eczema..klu salah mkn mula la naik..

    ReplyDelete