Monday, November 9, 2015

Transformasi

Hati ni meronta-ronta nak berblog, jari ni dah sedia nak menari-nari kat keyboard.. tapi tak ada idea apa nak charot. Dalam pada tengah kering idea apa nak aku celoteh kat blog ni, tiba-tiba.. TING! keluar idea. Rasanya tak share lagi cerita & gambar ni. 

Among kengkawan yang rapat of course dah tau aku buat transformasi ni before my birthday. Ceh tak habis-habis lagi cerita birthday kau kann.. padahal dah lepas lama kot! hihihi. 

Tarikh 'keramat' 27 Oktober 2015 aku dah cantas rambut yang panjang jadi pendek.. sob sob :( mula tu memang berat hati nak potong. Nizam pun tak bagi potong pendek sangat.. kalau nak trim pun make sure trim dalam 1 or 2 inch je. TAPI! kalau ikutkan memang dia tak bagi aku potong langsung. Giler? takkan nak simpan panjang sampai tapak kaki. Panjang yang dalam gambar kiri tu pun aku dah rasa susah nak berak. Kena sanggul tinggi-tinggi atau lilit buat bun.. nak berak pun susah.. nak kena pikir pasal rambut plak dah kenapa?? hahaha.
But dengan rambut pendek actually more easy for me untuk bersiap.. tak makan masa lama untuk dry my hair plus nasib baik rambut aku ni bukan bangsa rambut degil atau rambut jenis kembang semangkok. Tak perlu buat rebonding, relaxing atau buat straighten. Kalau tak blow dry pun aku just comb elok-elok biar kering sendiri je. 

I just miss my long hair :'( 
Rindu nak selfie senget gaya artis macam ni.. pffttt. 
Rindu nak buat rambut kepok-kepok :(
Rindu nak libas-libas rambut macam ni kat tepi pantai.. hahaha. Tak semestinya libas rambut kat tepi pantai ya.. nak libas kat muka korang pon aku boleh! hahaha.
Aku noticed rambut aku ni jenis yang cepat panjang, halus pastu sikit. Orang tua-tua kata kalau banyak meneran rambut cepat panjang.. bukan setakat rambut, kuku pun sama. Eh titiba salahkan orang tua-tua plak.. hahaha. Entah ya atau tidak petua 'meneran' tu rambut & kuku cepat panjang.

Oh sebelum kena kecam kat entry ni, aku nak pesan sikit kat haters yang pernah komen kat entry aku baru-baru ni. Kalau berani sangat nak kecam, biar terang-terang ya Bedah! tak payah lah komen pakai nama Anonymous. Keji tau perangai macam tu!

Sekian.

Ada aku kesah?!

Kbai.

14 comments:

  1. Sayangnya Zaza... tapi kalau jenis cepat panjang tak kisah.
    Kakak rasa tak kerana meneran kot (sebenarnya kakak gelihati tau hihi...) kalau yg jenis sihat macam rambut Zaza ni memang cepat panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak.. memang cepat panjang rambut ni..
      baru dua minggu lebih potong rambut terus dah rasa macam dah panjang.. haha macam tak logic je kannn.

      Delete
  2. Replies
    1. eh Joyah nya kau ni..
      nanti aku PM kau kat FB.Kbai!

      Delete
  3. hahaha...memang bab meneran tu ingat sampai habis baca...sesekali buat rambut pendek..satgi panjang lagi...cung!!

    ReplyDelete
  4. Nmpk lg younger la u zaza..terus jeles tau...haha

    ReplyDelete
  5. wowowowowo! lawa kottt, but statement xleh selfie rambut ala ala retis tu x tahan tu! hahaha

    ReplyDelete
  6. syg nyer zaza...
    panjang and cantik. bleh libas-libat :)
    tapi takpe la. cepat panjang, kan?
    bila berak pun susah, memang susah sgt dah tu pada aida h ah aha...

    ReplyDelete
  7. cantik... zaza pun dah lama pasang niat nk potong rambut jugak tpi bila entah hehe..

    ReplyDelete
  8. siapakah anomunous tu sis..berani nak kecam..
    upode la sis mcm mana hasilnya rambut pendek :)

    ReplyDelete
  9. Sapa lah haters ko tu yer jah. Berani dia kecam ko yerp.

    ReplyDelete
  10. wahhh..siapakah?tu namanya pengecutt..
    rambut kepok2 tu nmpk ayu sgtt..

    ReplyDelete