Friday, November 13, 2015

Kampong House Eagle Ranch Resort

Gerak dari Alive 3D Art Gallery, terus menuju ke Eagle Ranch Resort. Sampai pun memang cun-cun timing untuk check-in. Masa kat kaunter, front desk cakap kena tunggu lagi setengah jam.. wtfish!! kena tunggu pulak. Tabah je menunggu setengah jam.. sempat juga kitorang bergambar mesra anak beranak kat area swimming pool. 









Kalau pergi bercuti dari segala booking, payment dan arrangement selalunya Nizam punya part. Aku cuma prepare apa yang patut nak bawa dan fikirkan apa yang patut saja. Bukan dia tak percaya kat aku dalam hal booking semua tu.. mungkin bagi dia tak gentle ar kalau serah semua tu kat bini dia.. i kan princess.. muahahahaha bongok betul alasan tu.

Dah jangan ngarut lebih sangat. Aku nak tunjuk gambar bilik.

Masuk je bilik aku jerit kat KhaNish. Jangan lanyak dulu tilam tu.. Mummy nak ambil gambar. Nizam geleng kepala je tengok perangai aku.. hahaha. 








Kalau pergi mana-mana bilik hotel/ resort semua lebih kurang sama je.. keperluan semua standard hotel/ resort gak. Aku je gatal nak share gambar. At least dapat gak buat satu entry.. hahaha. 

Terus terang cakap percutian kat Eagle Ranch haritu kurang memuaskan hati sikit. Bukan kata tempat tak best. Tempat memang best.. ala-ala cowboy town gitue. Yes aku tau ada aktiviti tunggang kuda, go kart dan lain-lain. Aktiviti malam pula kureng.. nak ke area Teluk Kemang baru ada aktiviti. Dah lah jauh dari town.. nun dah hujung PD sana. Nak ke Teluk Kemang pun ambil masa gak. Kedai makan yang dekat-dekat pun tak ada. Apa-apa pun tempat tu tetap privacy sebab tempat tu dah sampai ke hujung dunia. Bagi yang suka datang sana ok lah.. tak ada masalah buat diorang.


Petang keluar ke Teluk Kemang. Saja ambil angin pantai sementara nak tunggu malam untuk dinner. 

Menjelang malam kitorang dinner kat Medan Ikan Bakar MPPD. Well, seafood kat sana ok lah.. not bad. Harga pun ok ok je. 


Habis dinner on the way balik Resort, Nizam berenti ajak makan durian pula. Durian Kampung harga sekilo RM10 yang dijual kat tepi jalan. Then terus balik bilik buat aktiviti bebas anak beranak.
Esoknya pagi-pagi masa nak keluar breakfast, hujan turun. Berlari empat beranak ke tempat makan yang agak jauh juga dari bilik kitorang. Lepas breakfast hujan masih renyai-renyai. Nak tawaf keliling Resort pun tak best. Terus Nizam check-out. 



Ingat nak singgah masuk upside down Art Gallery. Tanya budak2 diorang cakap tak nak masuk. Diorang kata sebab dah pernah masuk masa kat Sabah dulu. Eh lain lah nak oi ni kat PD, yang korang masuk tu kat Sabah. Tetap tak nak juga.. sukati korang lah nak. Dah korang tak nak masuk, biar Mak snap gambar sign board je.. hihihi. Jalan-jalan kejap kat town PD then terus gerak balik KL.

20 comments:

  1. tak sangka byk jg tarikan kt PD hahahaha..adik baru tau ni kak jah..biasa tuju teluk kemang je haihhh

    ReplyDelete
  2. ooo kat PD sekarang pun dah ada upside down gallery.. ala kenapa tak masuk.. nak tengok rupa kat dalam tue cmne..hehehe

    ReplyDelete
  3. Kakak tengok gambar yg pertama pun dah nampak mendamaikan sungguh walaupun Zaza kata kurang puashati sebab tak banyak aktiviti. Tempat utk berehat betul-betul berehat ni Zaza...
    Tengok dari gambar si kakak dan adik pun bukan main seronok mereka sampai galeri terbalik tu pun dah tak nak masuk. Dah dapat agak apa yg ada itu yg mereka tak nak membazir duit daddy - bagus bebudak ni..

    ReplyDelete
  4. ohoiiii.. comelnya la... damai je view pokok kelapa

    ReplyDelete
  5. teringin nk pegi eagle ranch nih..bila la dapat pergi nih...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Macam best je. Ala-ala kampung gitu.
    Jemput baca :)
    http://nurulzayani.blogspot.my/2015/11/ben-kitten.html

    ReplyDelete
  7. oooo best jugak kan hotel nie! biase tgk org review je eagle ranch nie!

    ReplyDelete
  8. Swimming pool dia panjang betol! ala ala olympic size...hahhahaa
    pool kids ada tak?

    ReplyDelete
  9. teringin nak pergi sini..boleh tahan cantik juga deco & view dalam kampung house ni

    ReplyDelete
  10. Amboii kak. Bjalan jee dia ye. Hehe btw nk jugak tahu apa da upside down tu. Nnt nk try gogle la

    ReplyDelete
  11. lawaaaa la bilik die..bg ktorg ok je kot..sebab klu gi PD mmg dok blk je ngan mandi swimming pool..so klu dok hujung donia pun ok je..hihi..

    ReplyDelete
  12. Oohh my.. Relationship goals... Jeleouss nye tgok akak vacay.. Kite x de hubby.. Ngn kwn je mampu.. Huhuu.. Bg tips move on sikit kt adikk

    ReplyDelete
  13. lom pernah gi eagle ranch.
    mcm menarik!
    rumah terbalik?! tak tau plak ada di pd...
    hmmmm ok ok tq for the info, zaza :)

    ReplyDelete
  14. Pernah pi eagle ranch ni juga sis tp x menginap...best juga bilik dia kan...weeeeeee...kami pi sana only bergambar studio dalam eagle ranch tu je sis sebab dah lewat petang...menarik kalau anak dah besar duk sana sebab banyak aktiviti ATV bagai kan

    ReplyDelete
  15. cantikknyaaaa. best sgt bcuti dgn family.. tringin jugak nak pergii

    ReplyDelete
  16. Eagle memang best. Yang tak tau nak rilek2 kat mana, boleh datang eagle ni rilek2. 😄

    ReplyDelete